Apabila memasuki usia 30an mulalah kulit wajah ada jeragat dan tompok hitam jika tidak dijaga sebaiknya.Seeloknya jaga dari awal, untuk elak kulit muka bermasalah dikemudian hari. Ada petua semulajadi yang berkesan dalam menghilangkan jeragat dan tompok hitam pada wajah ini. Hanya guna 3 bahan kulit akan rasa halus, licin dan berseri.
Ikut petua semulajadi yang dikongsikan oleh Hawa ini sebagai rujukan;
Ramai mintak tip jeragat, kali nie hawa share petua yang menjadi pada mak Hawa sendiri dengan hanya guna lemon, kunyit dan tepung beras dapat bantu hilangkan jeragat dan tompok-tompok hitam. Selepas cuci muka kulit muka rasa halus je.
Review jujur selepas basuh muka, kulit Hawa rasa berangin dan betul-betul nampak berseri.
1 sudu tepung beras
1/2 sudu serbuk kunyit (nak guna kunyit hidup pun boleh)
1 biji lemon (perah jusnya)
1. Masukkan tepung berad dan kunyit ke dalam mangkuk.
2. Kemudian, masukkan perahan jus lemon tadi dan gaul rata.
3. Gosokkan perlahan-lahan di seluruh kulit muka.
Hasilnya selepas basuh muka, kulit Hawa rasa berangin dan betul-betul nampak berseri.
@ohana.hq Ramai mintak #tipsjeragat 😊#dituruti��🏻 .Kali nie hawa #share #petua yg menjadi pada mak hawa sendiri dgn hanya guna LEMON , KUNYIT DAN TEPUNG BERAS .DAPAT #bantu HILANG JERAGAT & TOMPOK2 HITAM.#fyp #tipsjeragat #jeragattreatment #jeragatdegil #darkspot #petuacantik #treatmentwajah #ohanamalaysia #ohanawhiteninglotion ♬ suara asli – Pras
Mesti Baca:Rawatan Ais Tomato, Petua Tradisi Hilangkan Jerawat Halus & Jeragat, Kulit Tegang Dan Cantik
Baca Lagi Di Sini:Cara Mudah Hilangkan Jeragat, Guna Getah Bawang Merah & Nampak Awet Muda Lagi!
Artikel Menarik:Masker Hilangkan Jeragat, Pakai Seminggu 4 Kali Tapi Jangan Lebih Dari 15 Minit!
Mingguan Wanita: Amalkan petua semulajadi kena secara konsisten barulah ia berkesan. Ikut petua ni pastinya cara yang selamat, murah dan berkesan dalam menghilangkan jeragat serta membuatkan wajah berseri.
Sumber: Ohana.hq
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.