Lembutkan Hati Anak Suka Lawan Cakap, Pasangan Panas Baran Dengan Amalan Doa Ini

Share

Anak-anak merupakan harta yang tidak ternilai buat mak ayah. Setiap mak ayah pastinya inginkan anak yang memiliki jiwa yang lembut agar mudah mendengar kata dan nasihat yang diberikan.

Dalam mendidik jiwa anak-anak ini, sebenarnya ada doa-doa tertentu daripada ayat Al Quran yang boleh diamalkan bagi melembutkan hati mereka.Memandangkan ayat-ayat daripada Al Quran itu sendiri merupakan satu penawar dan mukjizat yang istimewa.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu melembutkan hati pasangan mahupun sesiapa sahaja terutamanya bagi yang keras hati mahupun panas baran. Doa ini diambil daripada ayat 19, Surah As Syura.

Jemput baca perkongsian daripada Muhammad Hassan ini;

“Tadi solat asar ada pakcik ni dia datang kat anak saya, saya suruh anak salam dan minta pakcik ini doa untuk anak. Saya nak kongsi satu doa yang saya belajar hari ini. jika anak-anak susah dengar cakap, lawan cakap, terlalu aktif.Atau boleh juga baca doa ini untuk pasangan kita yang jenis panas baran.”

“Baca doa ini ketika atau sebelum mereka tidur dan letak telapak tangan di atas ubun-ubun anak. Insyaallah mudahan anak-anak akan lembut budi bahasa dan dengar cakap.”

“Para guru juga boleh baca doa ini kepada pelajar yang ‘terlalu aktif’.

Surah Ash-Shura: Ayat 19

MOGA BERMANFAAT.

-encikMatt-
#LelakiBurQa

MW:

Selamat beramal!Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak ayah bolehlah amalkan doa ini selalu agar anak-anak dilembutkan hati mereka dan mudah menerima nasihat yang diberikan.Malah elok juga dibaca buat pasangan suami isteri yang sering ‘panas’ dalam rumahtangga.

Sumber: Muhammad Hassan

Published by
Suhaidah Abd Wahab