Sebelum ini Mingguan Wanita pernah kongsikan artikel mengenai sebuah pesawat penerbangan komersial terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas sejumlah penumpang pengsan dan muntah gara-gara terhidu bau badan busuk seorang penumpang lelaki.Ramai yang menganggap lelaki tersebut seorang yang pengotor dan tidak menjaga kebersihan diri menyebabkan badannya berbau.Namun perkara sebenar yang berlaku adalah sebaliknya.
Menurut laporan terkini akhbar Belanda, De Telegraaf, penumpang lelaki yang memiliki bau badan busuk tersebut telah meninggal dunia akibat penyakit tisu nekrotik yang dihidapinya.Penumpang malang itu dikenal pasti sebagai gitaris rock Rusia, Andrey Suchilin, berusia 58 tahun.
Suchilin telah dikeluarkan dari penerbangan Transavia Airlines dari Sepanyol ke Belanda pada 29 Mei selepas pesawat itu melakukan pendaratan kecemasan di Portugal setelah beberapa penumpang muntah dan pengsan kerana bau badannya yang terlalu kuat.
Ads
Bau Busuk Bukan Sebab Pengotor
Rupanya, cerita sebenar yang perlu diketahui bahawa bau tersebut bukanlah disebabkan dia seorang pengotor, tetapi disebabkan penyakit tisu nekrosis, yang mana sel-sel tubuh memusnahkannya menggunakan enzim tersendiri, biasanya diikuti dengan jangkitan. Selepas dikeluarkan dari pesawat di Faro, Portugal, Suchilin menulis di laman Facebooknya:
“Perkara tragis dan melucukan dalam keseluruhan situasi ini ialah saya mempunyai penyakit, yang (tak perlu cerita bagaimana dan mengapa) yang membuatkan seseorang itu berbau busuk.”
Suchilin dibawa ke hospital untuk rawatan tetapi keadaannya merosot dan dia koma. Walaupun banyak pembedahan dilakukan untuk cuba menghentikan jangkitan, dia meninggal dunia pada 25 Jun.Isteri Suchilin, Lidia, memberitahu kawan-kawannya tentang perkembangan suaminya di laman Facebooknya.Dia juga mendedahkan perjuangannya dengan syarikat insurans Ingosstrakh semasa suaminya sakit.Walaupun telah mendapatkan rawatan sebelum meninggalkan Sepanyol, doktor memberitahu suaminya bahawa dia hanya mempunyai ‘ordinary beach infection’ dan diberi antibiotik, kata Lida.
Ads
Rayu Sumbangan Wang Untuk Rawatan
Apabila dia diminta keluar dari pesawat di Faro untuk mendapatkan rawatan, Ingosstrakh berkata insuransnya telah tamat tempoh dan syarikat itu enggan membiayai rawatan perubatannya. Suchilin dan isterinya bertekak dengan syarikat itu selama lima jam, satu tempoh masa yang sangat berharga untuk merawat penyakit itu, tulis Lidia. Mereka akhirnya terpaksa memanggil ambulans dan merayu sumbangan wang daripada rakan mereka melalui Facebook.
Ads
Sementara itu, Transavia Airlines mengeluarkan kenyataan kepada Newsweek, menyatakan bahawa kakitangannya ‘bersimpati dengan ahli keluarga dan berharap mereka tabah berdepan kehilangan ini’. Tiada seorang penumpang dan kru pesawat udara pun yang mendapat risiko mahupun jangkitan akibat kejadian tersebut.
Terdahulu, Suchilin adalah seorang gitaris profesional yang dihormati bersama kumpulannya, C-Major.Baru-baru ini, Suchilin bekerja dalam bidang kewartawanan dan kejuruteraan, serta membuat susunan muzik untuk pertunjukan teater.
Pengajaran daripada kisah ini, kita jangan mudah menilai sesuatu perkara yang berlaku tanpa mengetahui kisah sebenar.Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya.
Macam-macam cara digunakan sebagai salah satu usaha untuk melamar kekasih hati untuk dijadikan isteri. Baru-baru ini, seorang lelaki ternyata mempunyai cara unik untuk melamar kekasihnya di hadapan kedua-dua bakal mentuanya, iaitu dengan menggunakan pembentangan Power Point, lapor portal berita Dream.co hari ini.
Pembentangan Perancangan Masa Depan
Menerusi satu video yang tular di Instagram, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Yasher Fadhli menggunakan perisian pembentangan popular itu bagi menjelaskan mengenai perancangan masa hadapannya.
Bagaikan seorang Ketua Pegawai Eksekutif, Yasher secara bersahaja dan yakin menerangkan mengenai pelan kehidupannya dan kekasihnya selepas berumah tangga.
“Kita bukan lagi dalam fasa untuk bertahan. Kebiasannya, kalau bercakap tentang kewangan, kita sering menyebut mengenai cara untuk bertahan, bagaimana untuk makan dan lokasi tempat tinggal.
“Rancangan kami sekarang adalah tentang cara-cara untuk bekerja keras,” katanya.
Di hadapan lelaki tersebut, kedua-dua bakal mentuanya bersama kekasihnya dilihat sedang mendengar pembentangan itu dengan teliti.
Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen yang mengagumi cara digunakan Yasher bahkan ada yang meminta tip daripadanya.
“Sangat memberi inspirasi! Ini merupakan cara paling sesuai untuk menyampaikan pandangan yang berbeza kepada ibu bapa,” kata seorang netizen.
“Hebat sekali! Berapa jumlah slide keseluruhan?” kata seorang lagi. – Agensi
Mingguan Wanita: Memanf terbaik usaha yang ditunjukkan untuk melamarkan kekasih hati. Wajar dijadikan contoh buat generasi muda bagi menunjukkan usaha dan halatuju masa depan selepas berkahwin nanti.
Bila masuk cerita bab dapur, pastinya ramai nak tahu cara praktikal yang mudahkan kerja mak-mak di dapur. Tambahan pula kalau anda jenis keluar bekerja. Betul tak?
Haaa… ini tip ringkas dari seorang suri rumah, Suhana Mat Rasu yang mana cara penyimpanan yang diguna berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan-bahan masakan yang mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je…
1.Daun sup
Pastikan pokok daun sup di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais.
Caranya:
Potong 2 botol minuman, masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja. Air yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk.
Pokok yg disimpan dengan kaedah ini dapat bertahan lebih dari sebulan.
2.Lengkuas dan Serai
Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut.
Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan.
Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya.
3.Cili api dan Lada Merah
Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk.
Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar.
Setiap kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.
Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama.
Bahan-bahan yang disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada pelakon kecil molek, Sari Yanti yang mengumumkan dia kini sedang hamil enam bulan.
Berita gembira itu Sari Yanti kongsikan menerusi postingnya di akaun Instagram sempena sambutan ulang tahun perkahwinannya bersama pelawak, Jep Sepah.
Foto: Instagram
Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari mendirikan rumah tangga bersama Jep pada 25 Februari 2017 dan hasil perkahwinan mereka, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Dariya Inara yang kini berusia hampir dua tahun.
Foto: Instagram
Menerusi postingnya juga, Sari Yanti mengharapkan ikatan perkahwinan yang dibina akan dirahmati Allah di dunia dan akhirat.
Esok anniversary kami yang ke 3 . Ya Allah rahmatilah perkahwinan @jepsepahtu dan @sariyanti di dunia hingga akhirat. amin ❤ .
.
Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke 3 tahun kami sedang tunggu kehadiran ahli baru .. insyaallah. Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga 🤗
.
Kakak tak penah kisah @jepsepahtu rambut panjang ke pendek. Mana mana pun sayangnya sama. Hatinya sama. Tak ada beza. I love you Husband @jepsepahtu . Happy 3rd Anniversary 💋❤
.
Nota kaki : my 6th pregnancy. #6monthpregnant
Hasil perkahwinan terdahulu, Sari Yanti dikurniakan dua anak iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq. Foto: Instagram
Rata-rata peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan berdoa agar kebahagian mengiringi pasangan ini selamanya. Insyallah.
MW: Semoga Sari Yanti dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang kehamilannya kali ini. Dalam masa yang sama, Allah mempermudahkan urusan hariannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...