Ramai yang seolah-olah keliru bila memilih pasangan hidup. Apatah lagi buat wanita yang sudah terlajak usia yang benar-benar harus memilih pasangan yang ikhlas. Pada hari ini bukanlah mudah wanita terutamanya yang bekerjaya memilih lelaki untuk dijadikan suami. Ikuti perkongsian pemilik akaun facebook Maryam Elyas tentang hal ini. Tip yang diberikan mudahan dapat membantu wanita yang buntu dalam memilih pasangan.

“Lelaki Tak Berduit Tak Semestinya Tak Layak Jadi Suami” – Maryam Elyas

Lelaki Tak Berduit, Tak Layak Jadi Suami?

“Ada sorang si cantik manis tanya aku, macam mana nak ikhlas hati terima si dia yang kurang RM sebagai pasangan. Katanya, dia takut si dia tu hanya nak ambik kesempatan pada kemampuan RM yang dia ada.

“Aku jawab ikut pengalaman. Sepanjang aku jadi wartawan, memang banyak aku tengok rumahtangga ni runtuh sebab duit. Baca elok-elok ya. Cerai-berai sebab duit. Tapi bukan sebab lelaki takde duit. Sebaliknya lelaki tak tau tanggungjawab.

“Ada duit atau takde duit bukan syarat untuk lelaki tu dikatakan bertanggungjawab atau tak.

IKLAN

“Bagi aku, pasangan ni adalah pelengkap pada kita. Dia melengkapi apa yang kita tak ada. Bila kita fikir macam ni, kita akan nampak apa kekurangan kita.

“Kalau kita fikir apa yang kita ada, kita akan nampak banyak kekurangan pada si dia. So kita jadi kedekut. Kita nak si dia share apa yang dia ada. Tapi kita berkira apa yang kita nak share dengan si dia.

“Berbalik pada soalan adik manis yang buntu soal jodoh tu, aku cerita pengalaman aku sendiri dengan Mr Mama aku. Macam aku dulu, aku fikir apa yang aku tak ada. Aku kurang sabar, tapi si dia jenis sabar tahap dewa. Aku malas bab mengemas, tapi bakal mak mentua aku kata, si dia memang terror bab tu.

“Soal RM, aku pejam mata je walaupun aku banyak kali juga fikir bab tu. Aku berlapang dada. Aku fikir asalkan dia nak bekerja, itu dah cukup baik. Bukannya mentang-mentang OKU, dia nak duduk ngangkang je kat rumah.

IKLAN

“Bagi aku, asalkan dia sayang aku, cinta aku dan aku dapat rasa kasih sayang dia, itu dah memadai bagi aku. Sebab, kalau dia sayang aku, takkan dia nak tengok aku kerja macam nak mampus tanpa dia bantu walau sikit.

“Aku tak pernah letak ciri-ciri lelaki idaman. Sebab bagi aku, itu semua rezeki. Jodoh kan rahsia Allah. Kalau kita menetapkan ciri-ciri bakal jodoh kita, tu bagaikan dah melangkaui apa yang Allah tetapkan. Dan percayalah, biasanya kita hanya pandang luaran je bab ciri-ciri ni. Kita lupa dalaman. Berapa ramai yang tetapkan nak lelaki yang hensem dan kaya berbanding lelaki yang cukup solat 5 waktu?

“Buat apa fikir piawaian luaran bakal jodoh sampai pening kepala? Tapi jangan pulak sampai tak fikir langsung, main sauk je mana yang datang. Bagi aku bersederhanalah.

IKLAN

Pokok Pangkal Dia Bukan Lelaki Yang Pemalas

“Kalau dia kurang dari segi RM, tapi bab yang lain dia OK, insya-Allah dia boleh jadi jodoh yang baik. Pokok pangkalnya dia bukan lelaki yang pemalas dan tak ambik tau bab tanggungjawab. Yang tu kau boleh say bye bye.

“Cinta tak boleh dijual beli, dik. Jodoh tu rahsia Allah. Duit memang penting tapi duit bukan segalanya. Tapi zaman sekarang semuanya memerlukan duit kan? Itu realiti. Cuma kau jangan terlalu mata duitan.

“So, jawapan aku, lelaki yang tak berduit layak jadi suami asalkan dia ada usaha cari duit. Lelaki yang tak layak jadi suami ialah lelaki tak bertanggungjawab.

“CikYam – Duit boleh cari. Tapi cinta sejati takde jual kat Maidin, Tesko atau Jaiyen waima kat pasar pagi sekalipun, dik.” 

“Lelaki Tak Berduit Tak Semestinya Tak Layak Jadi Suami” – Maryam Elyas
Foto: Sumber Facebook Maryam Elyas
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI