Ramai yang seolah-olah keliru bila memilih pasangan hidup. Apatah lagi buat wanita yang sudah terlajak usia yang benar-benar harus memilih pasangan yang ikhlas. Pada hari ini bukanlah mudah wanita terutamanya yang bekerjaya memilih lelaki untuk dijadikan suami. Ikuti perkongsian pemilik akaun facebook Maryam Elyas tentang hal ini. Tip yang diberikan mudahan dapat membantu wanita yang buntu dalam memilih pasangan.
Lelaki Tak Berduit, Tak Layak Jadi Suami?
“Ada sorang si cantik manis tanya aku, macam mana nak ikhlas hati terima si dia yang kurang RM sebagai pasangan. Katanya, dia takut si dia tu hanya nak ambik kesempatan pada kemampuan RM yang dia ada.
“Aku jawab ikut pengalaman. Sepanjang aku jadi wartawan, memang banyak aku tengok rumahtangga ni runtuh sebab duit. Baca elok-elok ya. Cerai-berai sebab duit. Tapi bukan sebab lelaki takde duit. Sebaliknya lelaki tak tau tanggungjawab.
“Ada duit atau takde duit bukan syarat untuk lelaki tu dikatakan bertanggungjawab atau tak.
Ads
“Bagi aku, pasangan ni adalah pelengkap pada kita. Dia melengkapi apa yang kita tak ada. Bila kita fikir macam ni, kita akan nampak apa kekurangan kita.
“Kalau kita fikir apa yang kita ada, kita akan nampak banyak kekurangan pada si dia. So kita jadi kedekut. Kita nak si dia share apa yang dia ada. Tapi kita berkira apa yang kita nak share dengan si dia.
“Berbalik pada soalan adik manis yang buntu soal jodoh tu, aku cerita pengalaman aku sendiri dengan Mr Mama aku. Macam aku dulu, aku fikir apa yang aku tak ada. Aku kurang sabar, tapi si dia jenis sabar tahap dewa. Aku malas bab mengemas, tapi bakal mak mentua aku kata, si dia memang terror bab tu.
“Soal RM, aku pejam mata je walaupun aku banyak kali juga fikir bab tu. Aku berlapang dada. Aku fikir asalkan dia nak bekerja, itu dah cukup baik. Bukannya mentang-mentang OKU, dia nak duduk ngangkang je kat rumah.
Ads
“Bagi aku, asalkan dia sayang aku, cinta aku dan aku dapat rasa kasih sayang dia, itu dah memadai bagi aku. Sebab, kalau dia sayang aku, takkan dia nak tengok aku kerja macam nak mampus tanpa dia bantu walau sikit.
“Aku tak pernah letak ciri-ciri lelaki idaman. Sebab bagi aku, itu semua rezeki. Jodoh kan rahsia Allah. Kalau kita menetapkan ciri-ciri bakal jodoh kita, tu bagaikan dah melangkaui apa yang Allah tetapkan. Dan percayalah, biasanya kita hanya pandang luaran je bab ciri-ciri ni. Kita lupa dalaman. Berapa ramai yang tetapkan nak lelaki yang hensem dan kaya berbanding lelaki yang cukup solat 5 waktu?
“Buat apa fikir piawaian luaran bakal jodoh sampai pening kepala? Tapi jangan pulak sampai tak fikir langsung, main sauk je mana yang datang. Bagi aku bersederhanalah.
Ads
Pokok Pangkal Dia Bukan Lelaki Yang Pemalas
“Kalau dia kurang dari segi RM, tapi bab yang lain dia OK, insya-Allah dia boleh jadi jodoh yang baik. Pokok pangkalnya dia bukan lelaki yang pemalas dan tak ambik tau bab tanggungjawab. Yang tu kau boleh say bye bye.
“Cinta tak boleh dijual beli, dik. Jodoh tu rahsia Allah. Duit memang penting tapi duit bukan segalanya. Tapi zaman sekarang semuanya memerlukan duit kan? Itu realiti. Cuma kau jangan terlalu mata duitan.
“So, jawapan aku, lelaki yang tak berduit layak jadi suami asalkan dia ada usaha cari duit. Lelaki yang tak layak jadi suami ialah lelaki tak bertanggungjawab.
“CikYam – Duit boleh cari. Tapi cinta sejati takde jual kat Maidin, Tesko atau Jaiyen waima kat pasar pagi sekalipun, dik.”
Foto: Sumber Facebook Maryam Elyas
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dividen KWSP, Mufti Kelantan nasihat umat islam tukar ke simpanan shariah “berdosa jika degil…”. Satu angka cukup menggerunkan bila mana hanya 1,785,250 orang berbanding 8,882,184 pencarum beragama Islam memilih Simpanan Shariah KWSP.
Hal ini didedahkan oleh pakar kewangan islam, Dr Zaharuddin Abd Rahman di fbnya berdasarkan data KWSP setakat 31 Disember 2023 di mana hanya 20.1 peratus umat Islam yang mencarum di KWSP memilih Simpanan Shariah.
Dividen KWSP
Jelasnya, walau simpanan konvensional memperoleh dividen sebanyak 5.5% NAMUN bagi mereka yang inginkan pendapatan halal lagi bersih sahaja, 66% dari jumlah dividen konvensional itu mesti dibersihkan.
“Ini menjadikan dividen patuh shariah KWSP konvensional yang halal dinikmati hanyalah sebanyak 1.87%. Jika dividen konvensional itu nilainya RM 10,000 maka RM6,600 perlu dibersihkan dan boleh guna wang sedia ada yang bukan simpanan KWSP.
Tambahnya, dana KWSP simpanan konvensional dilaburkan secara bercampur dengan 66% pendapatan dari RM 50.7 billion datang dari pelaburan tidak patuh shariah seperti perbankan konvensional, insuran, interest dan sebagainya.
Mufti Kelantan Nasihat Umat Islam Tukar Ke Simpanan Shariah “Berdosa Jika Degil…”
Mufti Kelantan Mufti Datuk Mohamad Shukri Mohamad
Dalam pada itu, memetik laporan Sinar Harian yang menghubungi Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, agamawan ini menasihatkan pencarum KWSP beragama Islam digalakkan menukar daripada simpanan konvensional kepada syariah supaya ‘simpanan’ lebih bersih dan halal.
“Pencarum perlu memilih yang terbaik seperti disarankan dalam ajaran Islam. Jika kita sudah tahu ada pilihan yang halal dan bersih, MAKA BERDOSA jika terus berdegil untuk kekal dengan kaedah konvensional.
“Kita tidak mahu melihat kepada jumlah dividen tetapi paling penting ialah wang atau harta yang ada itu halal,” katanya.
Tambah beliau, pencarum KWSP perlu bersyukur kerana sebelum ini hanya ada simpanan konvensional tetapi kini terdapat pilihan kepada yang lebih Islamik.
“Kita berterima kasih kepada KWSP kerana pencarum sudah boleh memilih kepada syariah.
Beliau menambah, masih ada sebahagian pencarum KWSP belum memahami dan sebahagian lagi belum berkesempatan beralih kepada simpanan syariah.
“Kita nasihatkan umat Islam bertukar kepada kaedah Islam untuk mendapat pahala dan jika semua memilih patuh syariah, insya-ALLAH pulangan selepas ini akan meningkat,” katanya.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru ini mengumumkan dividen 5.5 peratus dan 5.4 peratus masing-masing untuk simpanan konvensional dan simpanan shariah bagi 2023.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjak usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun telah menjadi yatim piatu setelah kedua ibu bapanya meninggal kerana coronavirus dalam masa 100 hari.
Melalui laporan yang dipetik daripada NBC NEWS, akaun GoFundMe telah dibentuk untuk membantu Raiden Gonzalez dari San Antonio, Texas, setelah dia kehilangan ayahnya Adan Gonzalez pada bulan Jun sebelum ibunya Mariah Gonzalez meninggal pada bulan Oktober.
Raiden bersama ibu bapanya Adan dan Mariah
Tinggal Bersama Nenek
Raiden bakal menyambut ulang tahun kelimanya pada 22 November ini. Dia kini tinggal bersama neneknya dari sebelah ibunya, Rozie Salinas.
Puan Salinas mengatakan tragedi mula menimpa keluarganya setelah salah seorang rakan kerja Adan diuji positif untuk Covid-19 awal tahun ini.
Adan dimasukkan ke hospital pada 3 Jun dan meninggal tiga minggu kemudian pada 26 Jun.
Pemandu lori itu digambarkan sebagai “salah seorang daripada dua orang yang paling sakit di hospital” oleh doktor yang merawatnya.
Mariah yang juga seorang guru sekolah sangat bersedih dengan kematian suaminya. Dia telah merancang acara peringatan untuk suaminya. Namun Mariah telah meninggal dunia hanya beberapa jam setelah jatuh sakit.
Bercakap mengenai cucunya, Puan Salinas memberitahu NBC News: “Disebabkan dia anak emak, Raiden amat merindui ibunya. Malah pagi ini dia memberitahu saya bahawa dia berharap dapat bertemu ibunya semula. Dia hanya menginginkan ibunya kembali semula.”
“Maksud saya, apa yang harus saya katakan kepadanya? Anda tahu, saya baru mengatakan kepadanya bahawa mereka sekarang malaikat mengawasi kita dan melindungi kita.”
Tambah Salinas: “Raiden yang membuatkan saya mampu meneruskan hidup. Berkali-kali dia mengingatkan saya bahawa dia menyayangi saya. Dia selalu berterima kasih kepada saya kerana menjaganya, tetapi harus fikir mengenai dirinya. Ini keadaan yang sukar untuk diproses.”
Puan Salinas merancang untuk mengadakan majlis ulang tahun khas untuk Raiden pada akhir bulan ini dengan acara pandu lalu yang menampilkan kelab trak, penunggang basikal, kelab Mustang, kereta klasik, kelab Jeep, serta pasukan bomba.
“Sambutannya pasti meriah.”
Dia juga merancang untuk mengadakan acara peringatan untuk anak perempuan dan menantunya selepas Krismas.
“Nahas helikopter TLDM, individu komen biadap “askar lain semua mati masa perang…” Di sebalik nahas dua helikopter semasa raptai sempena hari Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) semalam di mana 10 wira TLDM terkorban, masih ada indvidu tidak berasa simpati dengan tragedi yang menimpa.
Nahas Helikopter TLDM
Malah dari kata-kata itu turut mempamerkan betapa rendahnya nilai nyawa kerana mengeluarkan satu komen berbunyi “baru raptai dah mampos, tak sempat nak perang di ungkapkan oleh seorang individu Saifuddin Shafik @saishafik di platform X semalam.
Ekoran itu, nama individu ini menjadi trending hari ini bila mana ramai bertindak mengecam kata-kata nistanya selain ada laporan polis dibuat ke atasnya kerana kebiadapan kata-kata dilontarkan sebaik video nahas itu dikongsikan di media sosial.
Menyedari hal ini menjadi sensitif, dirinya telah menyah aktif akaun media sosialnya termasuk membuat satu permohonan maaf kerana menurutnya kata-katanya itu tidak sama sampai maksudnya.
Tulisnya “salam semua, saya minta maaf sekiranya bahasa yang diguna agak kasar. Ini sebenarnya isi tersirat di sebalik komen saya sebelum ini.
“Saya mohon maaf kerana komen saya melampaui batas. Secara jujur, ini adalah perkara pertama yang saya fikir bila melihat video tersebut. Bukanlah bermaksud saya ingin merendahkan atau mencaci mereka yang terkorban, cuma saya mengharapkan sekiranya perajurit negara terkorban bukan sebegini rupa.
“Saya berharap siasatan dijalankan untuk mengetahui apakah punca sebenar. Kesilapan manusia atau equipment melfuntion. Sekiranya saya menghuraikan komen saya sebelum ini, ia sebenarnya bermaksud,
“Inna Lillahi Wa Inna Ilahirojiun. Takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa.
Indvidu Buat Komen Biadap “Askar Lain Semua Mati Masa Perang…”
Hal sama dilakukan seorang lagi pemilik akaun X @amrarosl yang menulis “Askar lain mati masa perang, askar Malaysia mati masa latihan. Macam manalah boleh bertembung. Yang bawak tu tak habis belajar ke apa,” katanya yang kemudian sudah menyah akuan X nya selepas isu ini tular.
Dalam pada itu, seorang bekas anggota TLDM turut membuat laporan polis ke atas @saishafik atas komen biadapnya dan berharap tindkan dari pihak berkuasa kerana tidak sensitive dengan tragedi meragut 10 nyawa ini.
Saat satu negara berdukacita, ada yang tidak sensitif mengenai berita menyedihkan ini. Itulah kata orang, cakap siang pandang-pandang, kalau dipanggil pihak berkuasa, menjawab la nanti.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!