“Lelaki Soleh Pasti Akan Memilih Siapa Yang Layak Jadi Ibu Kepada Anaknya…”

Share

Setiap wanita yang bakal bergelar isteri akan mendambakan lelaki soleh untuk jadi IMAM dalam rumah tangga. Ini bukan hanya bahagiakan hati sendiri, malah akan menjemput rezeki lebih mudah.

Namun sebelum berangan nak memiliki lelaki soleh, kita yang bergelar perempuan kena didik hati agar tidak menjadi ‘murah’. Dan begitulah juga pada anak-anak dan adik perempuan, ajar mereka tentang mahalnya menjadi wanita.

Untuk renungan bersama, jemput baca perkongsian Puan Intan Dzulkefkli ini sejenak. Moga kita mampu berubah ke arah yang lebih manis dan baik.

Nak Lelaki Soleh, Kita Dulu Kena Jadi Solehah

Pesan pada anak perempuan kita, adik perempuan kita ‘laa taqrobuz zina’ bukan setakat jangan sampai ‘ter’mengandung tapi kerana kena fahamkan dia ‘mahal’nya dia pada maharnya itu.

Dia hanya boleh dipegang, disentuh, diucap sayang, diminta serahkan kehormatannya oleh pemberi maharnya sahaja. Selain dari itu, sila tong sampahkan walau ayat manis tilljannah-bergula batu, yizlumik ber-‘ana enti’.

Percayalah, kamu tidak rugi melepaskan lelaki-lelaki murahan seperti itu.

Sayangi Diri Dulu Baru Sayang Orang Lain

Tutup ketat-ketat hati, jangan bagi syaitan itu masuk mencelah.

Hargai dirimu sebelum mahu orang menghargaimu.

Sayangi dirimu sebelum mahu orang menyayangimu.

Baik yang pakai kopiah mahupun pakai subang, sama sahaja nilainya kalau minta pegang-pegang, minta sayang-sayang walhal belum berani datang berdepan, jumpa ibubapamu.

Jangan takut dikatakan tak laku sebab tak bercouple, tak bertunang tetapi mudah diangkut ke hulur hilir berdua-duaan, belum apa-apa manja mengeletis mengalahkan beluncas ber-abang-sayang.

Sedar nilaimu wahai muslimah!

Tiada manusia yang mengutip epal yang sudah ditebuk ulat dan jatuh berguguran di tanah untuk dimakan, melainkan mereka sanggup bersusah mendapatkan epal yang tinggi di dahan kerana mahukan kualitinya. Melainkan mereka memang jenis ‘main tangkap muat’ untuk hidupnya.

Percayalah, lelaki soleh yang berkualiti pasti berhati-hati memilih siapa yang menjadi surinya, ibu kepada zuriatnya.

Just know your value.

Kalau lelaki itu tidak tahu menghormatimu dan prinsipmu, say ‘next’!

Rebutlah Jadi Wanita Solehah

Wahai wanita yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul, kamu adalah penghulu bidadari suamimu yang soleh di syurga. Yakinlah, wanita solehah walau bujang sepanjang hayat takkan pernah tersia.

Kalau tak berjodoh suami soleh di dunia, layaknya kalian disatukan di syurga.

Sebelum Bermimpi Imam Yang Baik

Bagaimana mahu mengharap lelaki yang mengajakmu berzina untuk memimpin tanganmu masuk syurga?

Lelaki yang tidak tahu memuliakan walimu bermakna bukan lelaki yang mampu memuliakanmu.

Titik.

Please don’t settle for less when you deserve the best.

You are a precious diamond!

Published by
Nadia