Lelaki pun pandai merajuk. Bukan mengada-ngada tapi sebab lelaki pun ada perasaan. Jangan ingat perempuan sahaja boleh merajuk, lelaki pun sama. Selalu bila sebut merajuk, mesti merujuk pada kaum perempuan sahaja.

Lelaki Pun Pandai Merajuk

Mengapa bila sebut sahaja merajuk anda fikir hanya kaum wanita sahaja yang ada perasaan itu. Sedar tak sedar sebenarnya lelaki juga memiliki sifat merajuk. Malah kadangkala tahap merajuk lelaki mengalahkan isteri atau teman wanita.

Lelaki Pun Pandai Merajuk, Bukan Mengada-ngada Tapi Sebab Lelaki Pun Ada Perasaan

Bagaimanapun tak ramai lelaki yang ingin mengaku bahawa mereka merajuk. Dengan sifat kejantanan dalam diri, mana mungkin seorang lelaki ingin tampil dilihat seperti kanak-kanak merengek yang mahukan mainan.

Tapi sebagai lelaki kita tak perlu malu. Merajuk itu normal. Merajuk itu perkara yang siapa sahaja akan dilalui oleh seorang lelaki. Kalau tak pernah merajuk itu bermakna ada yang ‘tidak kena’ dalam diri anda.

Bukan Mengada-ngada Tapi Sebab Lelaki Pun Ada Perasaan

Merajuk ini sangat dekat dengan perhatian. Kerana apa? Kerana dengan perhatianlah merajuk ini boleh berlaku. Berikut dikongsikan punca utama boleh menyebabkan lelaki merajuk.

CEMBURU

Dalam hubungan romantis rasa cemburu itu satu perkara yang lumrah. Namun kadangkala perasaan cemburu itu berbeza-beza tahapnya pada setiap orang. Lelaki boleh merajuk kerana cemburu melihat isteri atau teman wanitanya melebih-lebihkan orang lain.

Sebagai contoh lelaki boleh cemburu akan hubungan si dia dengan lelaki di tempat kerja atau sebagainya. Perkara seperti ini jika tidak dibawa berbincang boleh memudaratkan hubungan dalam jangka masa panjang.

Ads

Lelaki Pun Pandai Merajuk, Bukan Mengada-ngada Tapi Sebab Lelaki Pun Ada Perasaan

KENA MARAH

Tiada siapa pun suka kena marah apatah lagi dimarahi oleh orang tersayang. Lebih teruk lag jika lelaki itu dimarahi di atas kesilapan yang dia tak buat pun. Memang patutulah dia merajuk!

MAKAN HATI

Ini antara jenis merajuk yang paling parah. Lelaki yang merajuk sebab perkara ini biasanya sukar untuk dia memaafkan semula. Kebiasaannya ia berlaku dalam tempoh yang lama dan dia sudah tak tahan makan hati dan memendam kemarahan. Cara terbaiknya, putuskan segala hubungan dan bertindak dingin.

Ads

RASA TAK DIHORMATI

Pantang bagi lelaki jika dia merasakan dirinya sudah tidak dihormati. Mungkin dia memilih untuk berdiam diri tapi itu tak bermakna dia tak marah. Merajauknya memang sukar untuk dipujuk.

Lelaki Pun Pandai Merajuk, Bukan Mengada-ngada Tapi Sebab Lelaki Pun Ada Perasaan

RASA TAK DIHARGAI

Setiap orang tak sempurna dan pasti ada kekurangannya. Namun jika segala usaha yang dicurahkan tetapi langsung tak dihargai memang ia boleh menjadi punca seorang lelaki merajuk.

Ads

DAHAGA PERHATIAN

Lelaki juga perlukan perhatian apatah lagi daripada orang tersayang. Jadi antara mekanisme untuk meraka tarik perhatian pasangan ialah dengan merajuk walaupun untuk perkara kecil. Ini kita panggil jenis merajuk yang buang tabiat!

SEBAB STRES

Lain orang lain caranya untuk berdepan dengan stres. Bila sudah tidak tertahan dan menanggungnya ada lelaki lebih cenderung untuk mendiamkan diri dan mengasingkan dirinya, seolah-olah dia sedang merajuk walhal dia sebenarnya ingin lari daripada sebarang tekanan.

Artikel berkaitan: “Merajuk Jangan Biar Lama-Lama, CEPAT LAH PELUK PASANGAN” 8 Tip Rumahtangga Kekal Harmoni Amalan Yana Samsudin

Kalau Isteri Merajuk, Suami Kenalah Pujuk, Jangan Biar Isteri Asingkan Diri Lama-lama

Suami Merajuk Biar Atau Pujuk?

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI