Lelaki pandai masak lebih menarik perhatian kaum wanita? Betul ke? Tahukah anda bahawa terdapat kajian yang menyatakan wanita mendapati lelaki sangat seksi bila bekerja keras memasak di dapur.
Saintis telah meletakkan neurotransmitter pada 20 orang respondens wanita. Mereka kemudian memerhatikan bagaimana reaksi wanita-wanita tersebut semasa melihat pasangan masing-masing sedang memasak.
Hasilnya menunjukkan wanita akan menjadi lebih terangsang terhadap pasangan mereka yang sedang melakukan tugasan di dapur lebih-lebih lagi jika menggunakan peralatan elektrik.
Seorang lelaki yang mempersiapkan makanan untuk ditunjukkan pada seorang wanita menandakan bahawa dia tahu bagaimana untuk menunjukkan kemampuannya. Dia juga menunjukkan pada pasangannya bahawa dia mampu untuk memberikan perhatian yang lebih.
Seorang lelaki yang menginginkan untuk menyiapkan makan malam juga menandakan bahawa dia mampu untuk membangunkan kehidupan intim yang jauh lebih baik. Selain itu, kemungkinan apabila ingin untuk berhubungan intim secara segera, lelaki itu mungkin mempunyai cara tersendiri dan lebih bersedia untuk melakukannya.
Hal lainnya, lelaki yang rela memasak untuk pasangan menunjukkan bahawa dia memiliki inisiatif yang secara tidak langsung menunjukkan dia lebih berdikari. Dia mampu untuk menyelesaikan urusan dapur, dan tidak berfikir bahawa memasak semuanya adalah pekerjaan perempuan.
Oleh itu harus dijaga baik-baik lelaki macam ini. Sememangnya jenis lelaki edisi terhad yang kaum wanita tidak akan jumpa di mana-mana. Lelaki jenis ini amat rendah egonya dan mudah untuk bertolak –ansur dalam segala hal yang berkaitan dengan rumah tangga.
Mereka bukan sahaja rajin membantu isteri di dapur malah mereka juga lelaki yang boleh diharapkan ketika isteri mereka sedang berpantang. Seeloknya sikap seperti ini dipunyai oleh kebanyakan lelaki, yalah kalau anda asyik mengharapkan isteri apabila anda menduda nanti takkan asyik harap nak kahwin lain untuk makan minum anda lebih terjaga.
Nah sekarang sudah kita ketahui untuk lelaki yang pandai memasak mereka lebih mudah menarik perhatian wanita. Lelaki yang pandai memasak ini juga turut rajin bersenam, sudah tentu ramai wanita akan berebut-rebut untuk mendapatkan perhatian mereka ini.
Jadi kepada anda, kaum lelaki, usahlah buang masa lagi. Mungkin sekarang masa paling tepat untuk belajar memasak. Percayalah isteri yang bahagia mampu menjamin kehidupan suami yang lebih cemerlang!
Sumber: Sunbeam
Artikel berkaitan: Lelaki Kalau Ajak Poligami Tapi Nak Nikah Di Siam, Peguam Syarie Nasihat Wanita Tinggalkan Dia
Rahsia Lelaki Nak Panjang Umur, Peluklah Isteri Dua Minit Sehari
Lelaki Miang, Ini Risiko Jika Keluar Dengan Gadis Bawah Umur