Kekeluargaan

Lelaki Muda Bila Kahwin Dengan Wanita Berusia, Hidup Lebih Bahagia

Share

Kalau sudah jodoh, tiada masalah untuk seorang lelaki muda berkahwin dengan wanita yang lebih berusia dari dirinya. Islam tidak pernah menegah seorang lelaki untuk memilih wanita yang lebih tua daripada mereka sebagai pasangan hidup.

Kebanyakan lelaki mempunyai kecenderungan memilih pasangan yang muda dari mereka. Akan tetapi tahukah anda bahawa banyak kelebihannya jika anda berkahwin dengan wanita lebih berusia?

Lelaki Muda Bila Kahwin Dengan Wanita Berusia

Contoh terbaik yang boleh kita sentiasa jadikan teladan ialah Rasulullah SAW yang berkahwin dengan Siti Khadijah R.A yang lebih tua daripada baginda. Umur bukanlah penghalang untuk mengecap kebahagian dalam berumahtangga dan membina keluarga yang hidup dalam keadaan sejahtera.

Berikut dikongsikan fakta tentang kelebihan lelaki yang mempunyai pasangan dan berkahwin dengan wanita lebih berusia.

Hidup Lebih Bahagia

NALURI KEIBUAN MENEBAL

Kebanyakan wanita yang lebih berusia mempunyai pemikiran yang lebih dewasa. Jadi secara semula jadi naluri keibuan telah wujud dalam diri mereka. Perasaan kasih sayang dalam membelai dan mendidik anak-anak sudah tersemat dalam diri mereka.

MATANG DAN BERDIKARI

Perempuan yang lebih berusia bersifat lebih matang dan bijak dalam mengendali masalah walaupun dalam situasi yang berbeza. Mereka akan lebih bersabar dalam mengharungi ujian kehidupan dan mampu mengendalinya seorang diri. Setelah memiliki teman hidup, mereka akan menjadi semakin matang.

TINGGI KEYAKINAN DIRI

Ya, kebanyakan wanita yang lebih tua berbanding lelaki memiliki keyakinan diri yang tinggi. Pengalaman mereka telah bertemu dengan seghala macam orang. Lalu menjadikan mereka lebih masak dengan selok-belok kehidupan menjadikan mereka seseorang ada keyakinan diri. Mereka juga dapat membantu suaminya dalam membuat sebarang keputusan dengan lebih matang.

LEBIH SERIUS

Apabila terbuka hati untuk berkahwin itu mereka sudah cukup jelas akan matlamat dan bukan sekadar main-main. Mereka lebih memandang serius akan hubungan suci yang bakal terjalin. Semuanya sudah sangat teratur dan mereka juga seorang yang mempunyai pendirian tetap.

BERSIKAP TERBUKA

Sudah lumrah, kebanyakan wanita terkenal dengan bahasa kiasannya yang kadangkala sukar ‘ditangkap’ oleh lelaki. Keistimewaan dalam memiliki isteri yang lebih berusia adalah mereka lebih cenderung berinteraksi tanpa sebarang kiasan. Mereka akan menyampaikan hasrat di hati dengan jelas agar si lelaki mudah memahaminya.

Lain orang mungkin lain sikapnya. Terpulang kepada diri masing-masing untuk menilai pasangan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda.

Published by
Has