Sungguh malang tidak berbau, boleh berlaku dimana-mana sahaja.Penyebabnya adakalanya sungguh tidak diduga. Pesanan buat semua, berhati-hatilah ketika berada didalam bilik air.Keadaannya yang basah, lembab dan licin berisiko untuk jatuh tergelincir sekaligus boleh mengakibatkan kecederaan pada diri.
Seorang lelaki maut dan menemui ajal selepas tergelincir dalam bilik air dan terjatuh ke atas berus pencuci tandas menembusi tengkorak menerusi mata kanan.
Gambar ngeri menunjukkan mangsa berusia 60 tahun itu terbaring di katil hospital di Moscow dengan berus yang berlumuran darah masih terjulur dari kepalanya.
Pakar bedah terpaksa ‘mengopek tengkorak mangsa’ untuk mengeluarkan pemegang berus berkenaan, lapor Daily Mail.
Namun keadaannya semakin teruk dan meninggal dunia beberapa hari kemudian kerana tidak sedar daripada koma.Akhbar tempatan, Moskovsky Komsomolets melaporkan, mangsa tergelincir pada lantai bilik air di rumahnya di Istra.
Menurut laporan, berus berkenaan dikerat tetapi pemegangnya tidak dapat terus dikeluarkan.
“Doktor mengopek tengkoraknya dan membuang serpihan tulang berkenaan sebelum mengeluarkan pemegang berus berkenaan.
“Pada mulanya pembedahan nampak berjaya, namun pesakit itu tidak terjaga dari koma dan akhirnya meninggal dunia,” lapor akhbar berkenaan.
Jadikan kisah ini satu pengajaran.Semoga kita lebih berhati-hati dan berwaspada ketika berada didalam bilik air, bagi mengelakkan risiko yang boleh mendatangkan bahaya pada diri seperti terjatuh mahupun tergelincir ditempat sebegini.