Barangkali telah sampai ajalnya. Seorang lelaki maut setelah melakukan squat sebanyak 300 kali.
Jangan main-main iya, walaupun senaman ini dilihat ringan tetapi jika jarang-jarang atau tidak pernah lakukan ia akan memberi kesan yang besar. Apatah lagi ianya dilakukan dengan tempoh waktu yang lama dan berkali-kali.
Dipaksa Melakukan Squat
Seorang lelaki di Manila, Filipina maut selepas dipercayai dipaksa oleh pengawal kampung untuk melakukan squat sebanyak 300 kali.
Squat adalah gaya senaman apabila seseorang berdiri dan merendahkan badan kepada posisi seakan-akan mencangkung.
Lelaki itu terpaksa menjalani hukuman berkenaan kerana melanggar kuarantin Covid-19, kata keluarganya.
Melanggar Kuarantin, Perlu Jalani Hukuman
The Guardian melaporkan, mangsa, Darren Manaog Penaredondo, 28, ditangkap membeli minuman selepas jam 6 petang yang didakwa melanggar perintah berkurung Covid-19 di bandar General Trias, di wilayah Cavite, lapor Rappler.
Wilayah itu kini dikenakan status kuarantin yang dipertingkat bermula jam 6 petang sehingga 5 pagi.
Ads
Pasangan kepada Penaredondo, Reichelyn Balce memberitahu Rappler, Penaredondo dan seorang lelaki lain dipercayai melanggar peraturan Covid-19 dan dibawa ke Plaza Malabon di depan dewan perbandaran.
Mengulangi Senaman Kerana Pergerakan Tak Selari
Mereka kemudian disuruh melakukan senaman tekan tubi sebanyak 100 kali.
Pihak berkuasa didakwa mengatakan mangsa dipaksa untuk mengulangi senaman itu jika pergerakan mereka tidak selari.
Akhirnya, kedua-duanya melakukan aksi seperti ‘squat’ sebanyak 300 kali, dakwa Balce menerusi catatan di Facebook (FB).
Penaredondo tiba di rumah pada jam 8 pagi keesokan harinya dan hampir tidak dapat bergerak kerana terlalu penat.
Ads
Jatuh Berkali-kali Lakukan Senaman
Penaredondo memberitahu Balce, dia juga jatuh beberapa kali ketika melakukan senaman.
“Sepanjang hari itu, dia kesukaran untuk berjalan dan hanya merangkak,” tulisnya.
Kemudian pada hari itu, dia mula mengalami sawan dan jantungnya terhenti.
Dia dapat bernafas semula untuk seketika, tetapi meninggal dunia kira-kira jam 10 malam.
Dalam pada itu, Ketua Polis Bandar Marlo Nillo Solero berkata, tidak ada hukuman seperti itu bagi orang yang melanggar peraturan Covid-19, sebaliknya mereka diberikan nasihat.
Ads
Datuk bandar berkenaan, Jeneral Trias Antonio Ferrer menerusi kenyataan di FB mengesahkan perkara itu sedang disiasat.
MW: Kerajaan atau pihak berwajib mengeluarkan arahan atau undang-undang untuk menyekat penularan Covid-19 demi kebaikan bersama. Namun insiden yang berlaku ini sudah pasti membuatkan pihak berwajib perlu mengkaji semua tentang hukuman yang dijalankan di sana.
Rupanya ada teknik dan ramuan istimewa bagi menghasilkan Ayam Goreng Berempah jadi lebih sedap daripada biasa.Menu ayam goreng berempah ini cukup mudah disediakan, aromanya mampu membuka selera dan memang tak cukup seketul, apatah lagi jika dinikmati waktu panas-panas.
Perkongsian resipi ini daripada Puan Najwa Romli. Beliau berkongsi bahan-bahan yang digunakan serta mengajar cara nakmenghasilkan Ayam Goreng Berempah yang bukan sahaja rangup diluar namun tetap lembut didalam. Menurut beliau lagi, resipi ini juga merupakan ramuan yang sama beliau gunakan untuk berniaga.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Ni kakwa nak share resepi ayam goreng rempah yang kakwa buat berniaga. Resepi ni sangat sesuai untuk mak-mak yang super duper bizi mengalah Ketua JKKKKKK hihihi. Yang best sebab boleh simpan dalam chiller hingga 3-4 hari.Terasa nak makan goreng tak sampai 5 minit. Rangup diluar lembut di dalam…ya ampunn..krupp..krapp..rempah dia tu perghh!
Share dan tag lah semua mak-mak yang super duper bizi tu..nak buat berniaga pun boleh. Moga ada keberkatan di situ.”
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam.
1 labuBawang putih
4 batang Serai
3 inci Halia
3 inci Lengkuas
2 tangkai Daun kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
Cara Membuat:
1.Hiris segala bahan tersebut kecuali daun kari.
2.Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu.Namun boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan 2 sudu besar air.
3.Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.
4.Sambil menunggu perapan ayam tersebut,susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.
5.Susun ayam didalam loyang kukus dan kukuskan ia dalam 20 minit.Biarkan sejuk.Boleh terus digoreng dalam masa 5 minit.
Jika ingin disimpan didalam simpan chiller masukkan kedalam bekas kedap udara. ia mampu bertahan sehingga 3-4 hari.
Viral dari semalam kisah seorang peraih getah berusia 41 tahun yang menikahi kanak-kanak berusia 11 tahun di Selatan Thailand. Akui suami berkenaan, pernikahannya dengan isteri ketiganya yang berlangsung di Selatan Thailand itu hanyalah tanda ‘ikat’ sahaja.
Yang mana, dia tidak lagi tinggal bersama pasangannya. Sebaliknya, isteri ketiganya itu masih di bawah jagaan ibu mentuanya. Dengan kata mudahnya, mereka ‘nikah gantung’.
“Saya nikah gantung dan tidak tinggal bersama isteri ketiga. Dia masih berada di bawah jagaan ibu bapanya dan kami sudah berjanji akan mengambil isteri saya apabila dia cukup umur.”
Dan sebelum melangsungkan perkahwinan ini, dia dah siap-siap tanya pada mereka yang lebih arif di negara jiran itu.
“Perkara ini tidak salah kerana saya sudah rujuk mereka yang lebih arif di Selatan Thailand. Janganlah menyalahkan saya dan mengaibkan kami.”
“Saya mengenali isteri ketiga saya sudah lama dan saya menyembunyikan pernikahan ini untuk mengelakkan terjadinya perselisihan faham bagi dua isteri lain.
Isteri Ketiga Selalu Tidur Di Rumah Isteri Pertama
Pernikahan lelaki ini mula menjadi viral apabila isteri keduanya memuat naik status facebook dengan mengucapkan tahniah di atas perkahwinan suaminya itu, beserta gambar pernikahan mereka.
Difahamkan isteri ketiganya itu merupakan kenalan kepada anaknya dari perkahwinan bersama isteri pertama.
Dalam laporan Mstar menyebut “Isteri baharunya itu kawan dengan anak tiri saya yang berusia 15 tahun. Dia (isteri ketiga selalu tidur di rumah isteri pertama memandangkan emaknya kerja tukang masak di kedai makan madu saya (isteri pertama) itu.”
Hasil dari perkongsian perkahwinan sebelumnya lelaki ini mempunyai dua orang anak dengan isteri pertama dan empat orang anak dari isteri kedua. Difahamkan sebelum memuat naik status tersebut, isteri keduanya itu telahpun berbincang keizinan daripada isteri pertamanya.
Setelah kisah pernikahan suaminya menjadi viral, status berkenaan mula dipadamkan dari akaun facebook isteri keduanya itu.
Tindakan suami berkenaan mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen yang mana rata-rata tidak bersetuju dengan tindakannya menikahi gadis di bawah umur.
Mak ayah yang sedang pasang impian atau survey nak bercuti ke Kashmir, India eloklah baca perkongsian Nurul Adila Rahized ( Adila Rahized ), 24 tahun ini. Trip kali ke tiga jejak Kashmir ini membolehkan beliau catatkan tip dan budaya jelajah Kashmir.
Tak lah nanti, percutian mak ayah jadi huru hara. Lagi-lagi kita semua maklum Kashmir ni memang cantik sungguh pemandangannya. Terus terimbas cerita Hindustan evergreen.
“Ini kali ketiga saya datang ke Kashmir. Kali kedua pada musim winter. First winter trip saya pada Februari 2017. Dan genaplah setahun saya repeat winter trip ke sini.
“Ada beberapa info saya baru dapat dari latest trip ini.”
Tahun lalu, Adila ke Kashmir pada 23 Februari. “Masa itu salji yang turun masha Allah lebat betul. Tapi tahun ini walaupun saya datang awal Februari salji yang turun sangat sangat kurang.
“Local pun cakap benda yang sama tapi Alhamdulillah rezeki kami still dapat merasa snowfall di Sonamarg.”
okay time winter ( snowfall ) nak jalan-jalan di area Sonamarg kena hire snow car. Satu kereta rs1500-2000. Kalau tak hire snow car ni, kereta normal boleh sampai main road yang jalannya tak ada snow saja, tak boleh masuk pedalaman Sonamarg ni sebab jalan licin ada snow.
Yang Nak Bercuti Ke Kashmir Ini Tipnya
Bagi yang belum pernah ke Kashmir, Adila kongsikan serba sedikit tip dan budaya di sana.
Harga Dan Jual Beli
Wajib bargain. Kalau betul nak beli sesuatu barang tu, bargain sampai dapat harga yang kita nak dan harga tu biar masuk akal lah.
Jangan lah minta melampau sangat. Especially kalau menginap di houseboat, peniaga ni akan datang ke houseboat tak kira pagi-pagi buta atau malam hari. Untuk jual barang-barang so bargain as much as possible tapi berpada pada lah.
Dinner time.
Layan jagung sweet + salty berharga rs50 kira-kira RM3.20 di Gulmarg.
Makanan
Dari segi pemakanan untuk muslim don’t worry di Kashmir makanannya semua halal sebab 90% rakyat di Kashmir adalah islam.
Di sana famous dengan mutton, so sesiapa spesies macam saya, tak makan kambing jangan risau. Masakan ayam pun banyak.
Ada yang tanya, diaorang makan nasi ke? Yes makanan rutin harian diaorang nasi juga untuk lunch dan dinner tapi bukan breakfast ! breakfast biasanya makan puri, pratha omelette, dhal, roti dan seangkatan dengannya, no nasi at all okay.
Kanak-kanak kashmir pada musim sejuk di Sonamarg
suasana waktu senja di depan white mosque, Srinagar
Shikara ride di Dal Lake
Aktiviti Dan Tempat Lawatan
Di Srinagar, biasanya akan melawat taman taman seperti Pari Mahal, Chesham Shahi, Nishat, Shalimaar Garden dan juga masjid terkenal di Srinagar iaitu Jamia masjid dan Hazratbal Shrine ( White Mosque ).
Aktiviti di Srinagar tak lain tak bukan shikara ride di Dal Lake. Tasik nya yang tenang, sambil menikmati view Banjaran Himalaya yang tersergam indah.
Pasang pula lagu pulanglah oleh Aisyah, fuh ! boleh meleleh tu lagi lagi untuk traveller yang jiwa kacau ni.
Di Gulmarg mostly aktiviti skiing, sledge, gondola ride dan snowbike. tapi tu untuk musim salji sahaja, kalau pergi time summer, aktiviti yang boleh dilakukan di sini hanyalah gondola ride dan pony ride.
Di Gulmarg biasanya kita akan sewa special gulmarg guide, harga around 600 rupee kira-kira RM35-40 per guide. So guide ni akan lead satu group ni untuk berjalan di Gulmarg.
Di Pahalgam biasanya aktiviti pony ride. Harga berbeza based on berapa tempat kita nak pergi. kalau boleh, cover lah semua sampai ke Baisaran. Harga around rs 1000-2000 berbaloi dengan perjalanan selama 3 jam setengah pergi dan 30 minit balik.
Kalau tak nak pony ride, in case atas faktor usia atau condition, boleh ambil sightseeing car khas di Pahalgam (around rs1500-2000 per car) untuk melihat pemandangan Pahalgam ke Aru Valley atau Beetab Valley. Untuk sightseeing car ni lebih berbaloi time spring/summer/ early autumn sebab view yang sangat cantik.
pony man (3 orang) yang gigih handle 6 kuda turun naik lereng bukit , fuhhh kitorang yang duduk atas kuda tu pun dah rasa mencabar, ni pulak diorang yang handle kuda kuda tu semua selama 3 jam pergi dan 30 minit balik, respect ! kami kumpul tips rs100 sorang so satu pony man dapat rs200 rupee.kitorang bagi tips based on serviced diorang, kalau diorang ok, baik, bagi la tips lebih sikit . lagipun gaji diorang tak seberapa sangat dan anggaplah kita bersedekah sesama muslim
pak cik shikara tu pakai pehran ( baju macam jubah, tebal, besar dan dipakai masa winter sahaja)
Ni last point masa pony ride tu, nama stop ni baisaran atau dipanggil mini switzerland.dah sampai sini ada entrance fee rs20 rupee.time winter (this time no snowfall)rumputnya kering tak berapa cantik, tunggu lah time spring/summer , view dia sangat sangat lah awesome !
Cable car phase 2 di Gulmarg, Kashmir.
Tipping
Di sini tipping ada lah benda biasa dan almost look like wajib walaupun tak wajib. Kita akan bagi tips based on their service.
Selalunya tips akan beri kepada driver for whole journey, pony man, orang shikara ride dan gulmarg guide. Basically kita bagi tips tu sebagai tanda penghargaan dan tak perlu banyak, hanya sebagai ucapan terima kasih.
Eh satu lagi, orang yang angkat-angkat bagasi kita tu kena bagi tips tau. Yang ni diaorang akan minta tips walau kita tak bagi. So kalau tak nak diaorang minta tips, angkat sendiri ya bagasi anda semua.
Gulmarg phase 2. Sesiapa ada asthma tak dinasihatkan pergi ke sini, sebab oksigen yang kurang. Jalan sikit pun terasa mengah dan letih.
Untuk sampai ke puncak Affar Wat, Gulmarg ni, boleh naik cable car sampai phase 2. Suhu time ni -5 sehingga -10 dan mungkin lebih dari tu, plus angin kat sini kuat, satu badan cramp !! harga cable car phase 1 – rs 700 dan phase 2 – rs950 (return price)
Ini Bajet Ke Kashmir, India 5 Hari 4 Malam
Flight dari KL-Delhi dan Delhi – Srinagar : RM1000 ke RM1500 (Saya dapat flight tickets total dal am RM1000)
Pakej ground RM790 ( termasuk transport, hotel, entrance fee, makan pagi dan malam ) – ini bergantung kepada berapa orang yang pergi. Yang latest ini, saya pergi 8 orang.
Lunch dan aktiviti : RM400 – RM500.
Visa : RM195
Skiing di Gulmarg range price rs1000/RM63 ( boleh nego ikut skill masing masing )
Snowfall di Sonamarg. Memang rezeki kami datang ke sini ada snowfall, sebab local cakap, dah seminggu tak snowfall dekat sonamarg. Alhamdulillah
Entrance fee ke pari mahal ni rs20 je dalam RM1.30 sorang
Skiing di Gulmarg, untuk yang first time nak skii, takde masalah, ada instructor akan ajar korang.
Cari Geng Ke Kashmir Bulan 7 Ni
Itulah serba sedikit info tentang perjalanan ke Kashmir yang dikongsikan Adila. Katanya, “Tahun ni Dila target nak pergi 4 musim di Kashmir. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin..”
Sesiapa yang nak join hiking di Kashmir pada bulan 7 ini boleh roger Adila. Dia tengah cari geng siapa yang nak follow. Anggaran untuk trip bulan 7 ini katanya dalam RM3000 untuk flights, visa, pakej, makan etc
“Kita akan camping sati malam di Tulyan Lake. This is my first experience nak try hiking defat dana. Insya-Allah nanti Dila akan share pula pengalaman hiking lat Kashmir. Kalau ada rezeki sampai ke sana. Amin..”
Lagi Gambar Cantik Di Kashmir, India
ni first stop masa pony ride di Pahalgam. breathtaking view !
View depan houseboat morning star, recommended
baju tradisi kashmiri bagi perempuan. bayaran untuk sewa baju ni sebanyak 100 rupee bersamaan RM6.30 dan boleh disewa di Pari Mahal, Srinagar.
Kawasan penduduk tempatan, kami melawat keluarga tour guide di sini dan kami dihidangkan saffron tea dan cookies. Sedappp
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...