Lelaki Lamar Kekasih Buat Pembentangan ‘POWER POINT’ Depan Bakal Mentua

Share

Macam-macam cara digunakan sebagai salah satu usaha untuk melamar kekasih hati untuk dijadikan isteri. Baru-baru ini, seorang lelaki ternyata mempunyai cara unik untuk melamar kekasihnya di hadapan kedua-dua bakal mentuanya, iaitu dengan menggunakan pembentangan Power Point, lapor portal berita Dream.co hari ini.

Pembentangan Perancangan Masa Depan

Menerusi satu video yang tular di Instagram, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Yasher Fadhli menggunakan perisian pembentangan popular itu bagi menjelaskan mengenai perancangan masa hadapannya.

Bagaikan seorang Ketua Pegawai Eksekutif, Yasher secara bersahaja dan yakin menerangkan mengenai pelan kehidupannya dan kekasihnya selepas berumah tangga.

“Kita bukan lagi dalam fasa untuk bertahan. Kebiasannya, kalau bercakap tentang kewangan, kita sering menyebut mengenai cara untuk bertahan, bagaimana untuk makan dan lokasi tempat tinggal.

“Rancangan kami sekarang adalah tentang cara-cara untuk bekerja keras,” katanya.

Di hadapan lelaki tersebut, kedua-dua bakal mentuanya bersama kekasihnya dilihat sedang mendengar pembentangan itu dengan teliti.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen yang mengagumi cara digunakan Yasher bahkan ada yang meminta tip daripadanya.

“Sangat memberi inspirasi! Ini merupakan cara paling sesuai untuk menyampaikan pandangan yang berbeza kepada ibu bapa,”

kata seorang netizen.

“Hebat sekali! Berapa jumlah slide keseluruhan?” kata seorang lagi. – Agensi

 Baca Lagi Di Sini:
Insiden Memalukan, Bapa Mertua Sepak Bakal Menantu Ketika Akad Nikah

Tak Perlu Berlumba Jadi MENANTU TERBAIK, Cukuplah Jaga Hubungan Dan Hormat Mentua, Ipar

Bukan Semua Mentua Baik Dan Tak Semua Menantu Buruk, Terimalah Sebab Itu Pilihannya

Mingguan Wanita: Memanf terbaik usaha yang ditunjukkan untuk melamarkan kekasih hati. Wajar dijadikan contoh buat generasi muda bagi menunjukkan usaha dan halatuju masa depan selepas berkahwin nanti.

Sumber: Kosmo

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab