Lelaki kongsikan tips mengorat perempuan Cina, demand agak tinggi banding gadis Melayu. Dalam memilih pasangan, setiap dari kita pasti mempunyai cita rasa berbeza. Ada yang meletakkan standard tinggi dalam memilih pasangan tetapi dalam masa yang sama ada yang menyerahkan kepada takdir.
Cita rasa tentang memilih pasangan juga berbeza-beza setiap dari kita. Tapi bagi yang bercadang untuk mengorat perempuan Cina sebagai suri hati mereka, dikongsikan oleh Adam Kelvin paling utama lelaki tersebut perlu ada wang yang banyak. Itu syarat pertama selain beberapa syarat lain termasuk perlu ada rumah, kerja yang stabil dan paling utama perlu ada kereta. Bukan motor ya.
Bacalah, kalau-kalau berhajat untuk mengorat Ah Moi sebagai suri hati.
Mencabar sangat sebenarnya nak dapatkan pasangan Cina terutamanya buat Cina Muslim. Standard yang ditetapkan amat tinggi.
Saya pernah rasa macam not worth it. Kononnya kalau dapat perempuan Cina, lagi senanglah nak dakwah pada ayah saya.
Haha.. btw, ni saya share la buat followers saya yang sukakan Ah Moi.
Bukanlah kata wajib kaya. Paling kurang lelaki tu mesti bijak dalam menguruskan kewangan. Lebih kepada financial management.
Macam mana nak kembangkan duit yang ada untuk memberi keselesaan buat keluarga di masa depan. It not about how much you gain, it is all about how much you can save and invest.
Tapi kalau kaya, memang bonus! Haha..cuma berhati-hatilah. Kalau cinta atas dasar material semata-mata, be prepare. untuk diabaikan bila jatuh kelak.
Benda ni dah tertanam sejak azali, mesti beli sebuah rumah pada usia yang muda. Pakai kereta biasa dulu tak apa ketika awal-awal kerja. Yang penting mesti beli rumah sebuah.
Hartanah dan orang Cina tak dapat dipisahkan. Kami memang suka hartanah. Lambang kekayaan sebenar dan returnnya akan menaik berbanding kenderaan yang nilainya semakin menurun.
Kalau ada rumah sebiji pun dah cukup untuk yakinkan Ah Moi bahawa kita ni mampu bagi keselesaan buat keluarga. Ada kondominium, lagi wowww!
Haiya. Jatuhlah air muka kalau dating naik motor. Nampak sangat pokai. Paling kurang kereta Axia atau Myvi pun okay. Ni zaman belajarlah.
Nanti dah kerja, mau upgrade. Kena pulak GF dari family kaya, mana pandang kereta kecil. Paling kurang, Honda atau Toyota la.
Sebab kereta ni transport untuk ke mana-mana kalau berlaku emergency. Lambang kita ni berfikir jauhlah kalau ada kereta ni. Taklah GF panas dan rambut rosak bila naik motor pakai helmet.
Ni saya kagum dengan perempuan Melayu. Ada segelintir yang berkahwin dalam keadaan suaminya tak ada kereta. Mereka sanggup susah bersama. Ke hulu ke hilir naik motor dengan anak-anak. Salute beb!
Bukanlah kena kerja hebat, tapi kalau kerja tu bagus, lagilah dapat greenlight. Haha..
Cumanya Ah Moi ni nak security. Kerja yang stabil atau pun kalau berniaga mesti mau ada duit masuk setiap hari.
Kena ada vision untuk stabilkan kerjaya dan pendapatan sepanjang hubungan tu sebelum berkahwin. Nak jaga anak orang, bukan main hentam saja.
Mau fikir cinta saja takkan kenyangkan perut. Muka hensem takkan dapat bayar bil-bil. Mereka lebih realistik dalam sesebuah perhubungan.
Itu saja kot yang saya tahu kalau nak Ah Moi.
Cuma bila fikir balik, saya rasa bukan Ah Moi saja, mana-mana perempuan pun perlukan lelaki sebegini. Bezanya orang Islam ni ada konsep tawakal. Mereka sanggup susah masa awal-awal kahwin kerana tahu rezeki Allah akan bagi apabila berusaha.
Berbeza dengan kami orang Cina, selagi tak kaya, maksudnya tak betul-betul usahalah tu. Tuah belum ada. Konsep tawakal? Jauh sekali.
Indahnya Islam.
Walaupun saya berkahwin dengan Melayu, ia bukan penghalang untuk saya bagi tip kepada mereka yang nakkan Ah Moi. Hahaha.. perempuan Melayu di luar sana, ramai Ah Cai sedang menunggu!
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI:-Gadis Ditikam 16 Kali Maafkan Perlakuan Kekasih, Sudah Tarik Laporan Polis & Rancang Nikah
Rahsia Cantik Gadis Korea, Bilas Muka Dengan Ais Batu, Air Sejuk, Kulit Lembut, Anjal
Keluarga Wanita Kena Tikam Dengan Bekas Tunang Beri Nasihat Pada Gadis, Hati-Hati Memilih Pasangan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Seronok dan teruja! Pengalaman krew Mingguan Wanita menyertai kelas Eco Printing di Chalet Perkampungan Orang Asli, Beswoh, Sg Siput, Perak.