“Lelaki Kena Bertanggungjawab Kepada Isteri…” Ilmu Rumah Tangga Ashraf Muslim

Share

Perkahwinan bukanlah semanis rekaan cerita dalam drama dan nak bina rumah tangga pun tak semudah yang kita sangkakan. Mungkin waktu bercinta semuanya indah tetapi itu belum lagi diuji sikap pasangan.

Jadi baik suami atau isteri, masing-masing kena gali ilmu yang luar biasa untuk tampung emosi yang kadang berombak. Nak lagi dekat di hati, jemput renungkan perkongsian Ashraf Muslim ini, moga-moga kita dapat perbaiki apa yang kurang dalam hubungan sebagai pasangan suami isteri.

Ilmu Rumah Tangga

Lelaki mesti menjaga keluarganya, kerana dia takkan masuk syurga seorang diri. Rasulullah ﷺ mengatakan; “Barangsiapa yang diberikan tiga orang anak perempuan oleh Allah سبحانه وتعالى, dan dididiknya dengan baik sehingga baligh, maka anak perempuan itu akan menjadi pendinding daripada api neraka.

Seorang ibu bertanya; “Kalau dua orang bagaimana?” Jawab Rasulullah ﷺ, “Pun sama.” Dalam riwayat lain disebutkan kalau dua anak perempuan dididik dengan betul akan menjadi sebab ibubapanya untuk masuk syurga. Dalam riwayat lain pula disebutkan kalau seseorang ada dua anak perempuan dan dididik dengan betul akan macam ni dengan aku, sambil menujukkan kedudukan jari manis dan jari kelingking, yakni bermaksud duduk sangat dengan Nabi ﷺ .

Oleh itu, lelaki perlu bertanggungjawab kepada isteri, anak perempuan, adik-beradik perempuan supaya orang perempuan dapat apa yang sepaturnya diperolehi daripada orang lelaki. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat, kepada Allah سبحانه وتعالى, dan suaminya, dan yang memelihara kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara, ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya.

Kena Jadi Solehah

Perempuan yang yang dimaksukan secara khusus ialah isteri atau perempuan di bawah jagaan lelaki, hendaklah menjadi solehah sifatnya, taat, dan menjaga kerhormatannya. Dalam hadis Rasulullah ﷺ bersabda; “Sebaik-baik perempuan ialah kalau kamu lihat kepadanya akan menggembirakan kamu, kalau kamu perintah padanya, dia taat, dan kalau kamu tidak ada bersamanya, perempuan itu menjaga kamu pada harta, diri dan maruahnya .

Yakni maksudnya, bukan ketiadaan suami, bapa, abang, adik membolehkan perempuan keluar ke mana saja seperti keluar dari penjara, dan berbuat apa saja yang dia nak. Perempuan yang dihantar bapanya untuk belajar di universiti, duduk di asrama, dia mesti menjaga kehormatannya untuk tidak duduk berdua-duaan dengan lelaki. Jika tidak, dia tidak menjaga hak bapanya. Tidak boleh keluar melancong dengan lelaki lain, agar tidak khianat amanah bapanya.

Wallahu’alam dari @habibalizaenalalhamid .

Apa pun, sepatutnya suami isteri kena tahu tanggungjawab masing-masing sebab kehidupan rumah-tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau Sunnah Rasulullah S.A.W, malah ini adalah merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat daripada Allah.

Published by
Nadia