Lelaki kalau nak isteri tak bekerja, cari yang tak bekerja dari zaman bercinta lagi. Dalam membina rumah tangga, setiap individu mempunyai prinsip dan keutamaan tersendiri. Salah satu perkara yang sering menjadi isu adalah sama ada pasangan, khususnya isteri, perlu bekerja atau tidak selepas berkahwin.
Lelaki Kalau Nak Isteri Tak Bekerja
Bagi sesetengah lelaki, mereka mungkin sudah menetapkan dalam fikiran bahawa mereka mahukan isteri yang tidak bekerja dan sepenuh masa menguruskan rumah tangga. Keinginan ini bukanlah sesuatu yang salah, tetapi ia perlu dipertimbangkan dengan matang dan disampaikan dengan jelas sejak awal hubungan.
Cari Yang Tak Bekerja Dari Zaman Bercinta Lagi
Berikut perkongsian Firdaus Syakirin
“Kalau sebelum kawin lagi memang dah set dalam otak, tak nak isteri yang bekerja, maka cari yang tak bekerja dari masa bercinta lagi…”
Cari wanita yang tak bekerjaya dari awal lagi, senang…
Isteri memang kena dengar cakap suami, isteri memang kena mintak izin suami untuk keluar rumah, kalau suami tak bagi kerja, maka isteri tak boleh ingkar arahan suami, isteri kena ikut…kalau tak isteri jadi derhaka…betul tak?
But why you married her if you memang dari awal lagi tak nak dia bekerja? Memang nak dia duduk di rumah?
At the time you choose her as your life partner pun, dia memang seorang wanita yang bekerjaya, ada income tetap bulanan, ada komitmen yg perlu dia tunaikan, ada tempat yang perlu dia bagi sumbangan…
Jangan sewenang-sewenangnya menafikan hak dia…dia belajar tinggi-tinggi, orang tua dia hantar masuk universiti, bayar duit yuran, duit tuisyen, duit buku dengan harapan someday dia akan dapat berbakti semula kepada diorang, dia boleh tanggung adik-adik dia, dia boleh kumpul harta, aset untuk masa depannya…backup kalau jadi apa-apa kat dia…
Ads
Tapi end up, kita blocked semua matlamat dan cita-cita dia atas alasan, kita nak dia duduk rumah, jadi suri rumah sepenuh masa lepas kawin dengan kita.
Kaum wanita bukan seronok-seronok nak keje, nak biar anak orang lain jaga dan bela, nak hadap jem, nak serabut otak fikir benda lain selain dari keluarga sendiri…it is not for fun la diorang pilih untuk bekerja…
Let me give one easy example, wife kita nak bersalin, kita cari doktor perempuan, tapi yang ada semua doktor lelaki sebab doktor perempuan bila dah kawin, suami dia tak bagi dia keje, suruh dia duduk umah, jadi suri rumah…so doktor perempuan semua berhenti keje, duduk umah…makanya, doktor lelaki la sambut kelahiran anak kita…ok macam tu? Boleh imagine?
Saya bersetuju kalau kita sebagai suami nak isteri berhenti keje atas sebab-sebab tertentu yang mana ada kebaikan untuk hubungan kita, rumah tangga kita dan keluarga kita selepas kita dah berkahwin dengan dia…dia mungkin boleh terima atau buat pertimbangan akan cadangan kita tu atas asbab, kita dah pun bagi dia peluang untuk bekerja, ruang untuk dia buat keputusan, dia dah capai matlamatnya, setel komitmennya dan sebagainya…
Benda boleh bincang, buat apa nak gaduh. Suarakan apa yang kita nak BAKAL ISTERI kita jadi selepas berkahwin dengan kita, apa perancangan kita untuk dia, dan jika ianya bertentangan dengan matlamat dia, dia tak boleh terima perancangan kita untuk dia, maka carilah yang sekufu, yang boleh terima akan kemahuan kita sebagai bakal suaminya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
Ads
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak ayah tak boleh sesekali pandang mudah soal nak pujuk anak solat dari umurnya kecil sebab inilah akan jadi ‘pendinding diri’ bila dia melangkah masuk remaja dan membina rumah tangga dewasa kelak.
Haaa… cerita bab solat ini, mak ayah tak boleh ajar anak solat mudah-mudah sebab beribadat pada Allah pun kena biasakan anak buat tepat pada waktunya. Kelak dia buat apa pun akan lebih disiplin dan tidak akan melewatkan segala hal dalam hidupnya.
Macam mana nak didik, baca pekongsian ini….
Pujuk Anak Solat
Solat adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti, bukan puasa, haji, zakat atau infak yang kita buat. Jadi jika puasa tetapi tidak solat, sia-sia juga. Solat tidak ada fidyah atau tebusan tetapi puasa boleh ditebus dengan fidyah. Jadi macam mana nak ajar anak solat agar ikut waktunya, tidak melambat-lambatkan malah dengar azan terus boleh bangkit untuk solat?
Ok, sebenarnya untuk suntik aura positif ini dalam diri anak-anak tak payah, anda boleh baca perkongsian dari Puan Ainizal Abdul Latif ini, agak ‘lembut’ tetapi in shaa Allah anak akan bertindak.
Kelmarin suami menasihati anak gadis saya yang lewat solat asar. Sudah di penghujung waktu. Memandang kan usianya sudah melebihi 10 tahun dan sudah menjengah baligh, pendekatan memarahinya dengan membentak- bentak mungkin tidak sesuai rasanya pada kami untuk di aplikasikan.
Tanggung jawab Seorang Ayah
Saya serahkan tugas menasihati anak perempuan ini kepada papanya.
Papanya bertanya, “Kenapa lewat sangat baru solat kakak..”
Dia menjawab dan mencari alasan untuk mempertahankan diri, ” Kakak tertidur tadi. Dah terjaga, tapi lepas tu tak sedar dan terlelap semula. Itu yang jadi lewat sangat..”
Papanya tidak fokus kepada alasannya, sebaliknya terus menyambung,
“Kakak, papa ada satu cerita yang papa nak ‘share’. Ada seorang bapa ni, dia dikurniakan seorang anak perempuan yang cantik. Sampai masa cukup umurnya, datang satu keluarga datang mahu meminang anak perempuannya.
Ketika keluarga tu menyatakan hasrat mahu meminang anak perempuannya, bapanya terdiam dan termenung seketika. Tidak lama kemudian, bapa nya mengambil keputusan untuk menolak pinangan tersebut.”
“Kenapa dia tolak pinangan tu papa? Bapanya kenal ke dengan lelaki yang meminang anaknya itu.”
Tanyanya laju dan berminat mahu tahu cerita seterusnya.
Papanya pantas menjawab, “Tidak. Bapanya tidak kenal langsung dengan lelaki itu. Ketika ditanya oleh pihak lelaki mengapa pinangan nya di tolak, bapa perempuan itu terus menjawab,
Sekiranya anak perempuan ku ini seorang yang menjaga solatnya, tidak pernah lalai dan solat diawal waktu, sentiasa menjaga auratnya, faham dengan Al Quran, maka sekarang juga aku terima pinangan ini. Namun, sekarang dia masih lagi berusaha menyempurnakan ibadahnya.
Dalam keadaan nya yang begini, aku risau bagaimanalah keadaan suaminya kelak. Kerana aku percaya pada janji Allah, bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jika dia sudah mampu menjaga semua ibadahnya dengan baik, aku yakin, Allah akan mengurniakan lelaki yang menjaga ibadahnya juga.”
Jadi kakak, jika kita mahukan yang terbaik, kita mesti lakukan yang terbaik juga.”
Saya lihat, mukanya sedikit berubah. Mungkin dia bermonolog, “Aku baru 12 tahun, dah kenapa nak cerita pasal jodoh yang baik…”
Lantas saya mencelah,
“Doa untuk dikurniakan pasangan yang baik bukan nanti apabila sudah sampai masa mahu berkahwin. Sebaliknya bermula apabila kita sudah menanggung dosa sendiri.
Sesungguhnya ayat Allah ini sungguh memberi motivasi untuk beribadah dengan sempurna dan Allah menjanjikan balasan dengan pasangan yang sama dan sefikrah dalam hal ibadah.”
An-Nur : 26
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Dia mula termenung dan kelihatan lebih tersentuh apabila di ‘hidangkan’ dengan dalil daripada Allah. Saya terus menyambung lagi.
Betapa pentingnya menjaga solat dan memiliki kerurunan yang menjaga solat sehinggakan Allah merakamkan doa Nabi Ibrahim di dalam Al Quran sehibgga hari Qiyamat nanti.
Ibrahim : 40 :
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
Jadi untuk mendapat jodoh dan keturunan yang baik, segalanya bermula dengan memperbaiki diri dan amalan kita terlebih dahulu.”
Bermula hari itu, sekiranya ingin mengingati anak dara ini bersegera dengan solat, bukan lagi menyuruh-nyuruhnya solat, sebaliknya ungkapan :
“Kakak, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik…”
Menjadi motivasi paling ampuh yang papanya gunakan untuk menyegerakannya untuk bersolat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ajak Suami Kemas Rumah & Jaga Anak Ada Caranya, Tak Adalah Nanti Buat Sambil Muka Masam Mencuka
Kalau nak suami kemas rumah dan jaga anak, kena pakai petua. Lelaki biasalah ada egonya. Bila disuruh-suruh, seolah-olah macam isteri ‘memerintah’ pula. Itu yang ramai suami-suami rasa tercabar.
Memang ada suami-suami yang ibunya tidak pernah mengajar membuat kerja-kerja rumah. Bagaimanapun apabila sudah berkahwin, sikap menjadi ‘raja’ itu perlu diubah. Di sinilah peranan isteri amat penting dalam ‘mendidik’ suami.
Apa yang boleh dilakukan oleh si isteri ialah mulakan seawal mungkin ketika di awal perkahwinan. Jangan mengeluh, mungkin si suami rasa janggal untuk membuat kerja orang perempuan atau penat pulang dari tempat kerja.
Untuk elak berlakunya salah faham, apa kata anda mencuba LIMA cara paling lembut dan mesra ini, siapa tahu suami akan terus rajin membantu tanpa diminta apa lagi dipaksa.
1. MULAKAN SEAWAL PERKAHWINAN
Kalau baru berkahwin, elok mulakan rutin seawal perkahwinan agar terbiasa dengan tanggungjawab menguruskan rumah tangga. Di awal perkahwinan adalah masa yang sesuai kerana setiap pasangan mula untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat.
Mungkin si suami tidak diasuh untuk melakukan tugas-tugas mengurus rumah oleh keluarga. Haaa.. inilah tanggungjawab anda, ajak pasangan mengurus rumah. Tapi jangan paksa, bagi dia masa. Gunakanlah perkataan “tolong” setiap kali anda meminta bantuan si suami. Elak daripada ayat yang berunsurkan mengarah atau memaksa.
2. SERAHKAN TUGAS YANG SESUAI
Nak suami membantu, jangan pula kita berikan tugasan yang dia tak suka. Kenal pasti tugas yang sesuai dengannya seperti membuang sampah, membersihkan kipas dan siling, membersihkan longkang, membersihkan tingkap, kemas meja selepas makan, dan sebagainya.
Zaman sekarang ramai suami yang membantu menguruskan anak-anak seperti memberi makan anak, mandikan dan pakaikan baju anak-anak dan ada juga yang memasak.
3. JANGAN SINDIR, BUAT BERSAMA
Agak tengok suami macam tak yakin untuk melakukan tugas-tugas itu, awal-awal elok anda teman. Misalnya, memasak sama-sama, mengemas meja selepas makan bersama, mandikan dan pakaikan baju anak bersama. Bukan sahaja anda dan pasangan anda menguruskan rumah, malah hubungan yang terjalin antara anda berdua akan bertambah erat.
Paling penting, jangan sesekali bandingkan caranya dengan cara kita buat kerja. Mungkin suami kurang teliti berbanding anda atau sebaliknya. Terimalah seadanya dan beri masa buat suami, suatu hari nanti pasti akan biasa melakukannya.
4. BERIKAN GANJARAN UNTUK SEMANGAT
Berikan hadiah atau ganjaran kepada si suami? Haa… ini akan membuatkan si suami rasa dihargai. Anda boleh memberikan ganjaran dengan memasakkan makanan kegemarannya, belanja menonton wayang atau membelai dengan urutan setelah penat membantu anda memasak di dapur dan mengemas meja makan selepas makan. Eh, tapi jangan sampai mengungkit, ya!
5. PUJILAH PASANGAN
Ya, suami akan rasa dihargai dan buat si dia rasa rela hati untuk tolong anda kemudian hari.
Owh ya, jangan lupa selit motivasi padanya, walaupun si dia membantu dalam menguruskan rumah tangga, dia tetap macho dan lelaki yang gagah perkasa kerana membantu kaum hawa yang lemah. Membantu anda di rumah bukan bermakna si suami dayus atau anda ‘queen control’.
Macam mana kaum wanita, agak-agak boleh tak ‘pancing’ suami untuk tolong kerja rumah selepas ini? Moga ada salah satu tip ini yang boleh dekatkan suami ke dapur dan kemas rumah. Bukan nak suruh buat semua, janji dia ada tolong. Itu lebih dari syukur!
Nak siapkan hal rumahtangga ini bukan kerja yang mudah, setiap hari isteri buat kerja yang sama sampai kadang dirinya nampak selekeh di mata suami.
Ada yang kritik, bila wanita keluar bukan main cantik tetapi waktu duduk rumah nampak selekeh. Eh, sebenarnya tak ada niat langsung nak tunjuk rupa serabai pada suami sendiri. Tapi, puncanya ada dalam perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini. Jemput hadam.
Hal Rumahtangga Tak Pernah Habis
Isteri kita perlukan terapi.
Terapi tu, maksudnya “pemulihan”, dia perlu refresh balik diri dia untuk apa yang dia dah lalui. Seorang isteri selalu akan mendahulukan anak-anak, suami dalam apa jua keadaan sekalipun. Tanpa disedari, mereka mengorbankan kegembiraan sendiri, apa yang diri sendiri perlukan.
Bila balik kerja, saya tengok isteri ada depan pintu, saya tanya,
“Kenapa letak mop atas kepala?”
Dia kata, mana ada… Saya cakap, “ Sorry, rambut rupanya, dah rupa macam mop ja dari jauh.”
Betapa strugglenya dia dalam melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Sampai kekemasan diri pun tak sempat difikirkannya, janji bila suami balik, makanan dah siap masak, rumah bersih, nampak kemas. Nak boleh masak smpai siap tu, berapa kali kena kemas umah tu, tahu-tahu dan paham-paham je la. Masakan yang mengambil masa 10-15 minit, jadi sejam. Baru potong ayam, belah ikan, anak buat hal. Baru nak menumis, teringat anak tak mandi lagi. Baru nak masukkan ayam, ikan ke dalam masakan, anak satu lagi nak balik sekolah dah. Kena pergi ambil.
Itu Isteri Boleh Jadi Stress
Lama-kelamaan, isteri akan stress, akan tertekan dengan apa yang dibuatnya hari ke hari, suami perlu mengurangkan stress ni, tekanan ni dengan cara, bagi dia rehat secukupnya. Saya pernah search pakej SPA yg ada disekitar tempat saya tinggal, then booked. Bila weekend, saya cakap kat isteri, saya dah booked satu session kat awak, kat SPA ni, awak pergi, rehat dan relax, manjakan badan awk, bagi orang urut, mandi, lulur dan sebagainya. Saya jaga anak, tak mahal pun, dalam 100-200. Alah, duit boleh cari… Jangan risau.
Bagi Isteri Ruang Untuk Rehat
Kemudian dalam 3 bulan sekali, pasti saya akan bawa isteri untuk bercuti. Tak jauh dari rumah pun tak apa, asalkan dia “dapat keluar” dari rumah. Tinggalkan sekejap suasana, persekitaran yang sama, yang hari-hari dia kena tempuhi untuk tengok suasana dan persekitaran yang baru. Bantu dia dalm urusan hariannya pun dapat mengurangkan stress dia. Ini yamg paling mudah untuk dilakukan dan tak melibatkan sebarang kos, wang ringgit. Ada isteri, keluar shopping pun dah stress released, bawa pergi dinner kat luar, makan sedap-sedap pun dah ok. Terpulang pada cara kita, cara masing-masing, kemahuan masing-masing bagaimana kita nak hilangkan, kurangkan tekanan dalam diri kita tu.
Please take note wahai suami smua, isteri perlukan masa, ruang dan peluang untuk “refresh” dan “reset” diri dia semula. Supaya she can continue to do whatever will be the best for her family.
What do you think makes a happy family? Your wife happiness and she absolutely deserves to be happy.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...