Fenomena berkahwin di Siam atau di sempadan sudah seakan menjadi ‘perkara biasa’ dalam masyarakat kita. Selalunya ia melibatkan poligami. Kebanyakan perkahwinan yang berlangsung di Thailand ini biasanya disebabkan perkahwinan itu tanpa pengetahuan isteri pertama atau tidak mendapat persetujuan daripada isteri pertama.
Poligami memang manis buat kaum lelaki tetapi tidak bagi golongan wanita. Banyak masalah yang akan terjadi terutama pada sebelah pihak perempuan apabila pernikahan dilangsungkan di Siam.
Berikut perkongsian oleh Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis, Perak dan Selangor, Fahmi Ramli sebagai panduan untuk semua.
Saya bimbang akan ada lebih ramai lagi yang akan rasa ‘This is normal’ bila berkahwin poligami di Siam.
INI SEBAB MENGAPA ANDA PERLU TINGGALKAN LELAKI SEPERTI INI:
✅ Kalau dia boleh langgar undang-undang yang ditetapkan oleh Malaysia untuk berpoligami, maka besar kemungkinan banyak restu yang dia tak dapat atau mungkin dia tak layak berpoligami.
✅ Kalau suatu hari nanti, katakanlah jodoh pendek, dia ceraikan anda, pasti yang akan susah naik turun Mahkamah untuk buat pengesahan itu adalah si isteri.
✅ Jika anda melahirkan anak, ketahuilah anak-anak tersebut tidak boleh dibin atau bintikan kepada suami tersebut selagi tidak disahkan di Mahkamah Syariah.
✅ Kalau dia meninggal sebelum sempat buat pengesahan di Mahkamah, dokumen-dokumen pernikahan pulak hilang, apa pun bahagian faraid atau harta sepencarian anda tak layak tuntut.
✅ Walaupun restu atau izin isteri pertama itu tak perlu bagi seseorang lelaki berpoligami, tapi perlu diingat, bimbang kerana kita mungkin sukar dapat kebahagiaan tanpa restu ibu bapa suami atau bimbang kerana kita menjadi penyebab sebuah rumah tangga itu runtuh.
Sumber: Fahmi Ramli
Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis, Perak & Selangor
Fahmi Ramli & Co
Kredit foto (top image): Freepik
Baca artikel berkaitan: Kahwin Di Sempadan Tak Daftar Nikah, Anak Isteri Merana Tanggung Akibatnya!
Nikah Sembunyi Di Thailand, Kesilapan Ayah Akhirnya Anak Perempuan Terkahwin Abang Sendiri
Nikah Sempadan Bukan Murah, Ejen Dedah Kos Cecah RM10,000 Bagi Golongan VIP