Kata lelaki ini, Ariff Ismail, walaupun alami keguguran, ibu perlu juga berpantang. Sekurang-kurangnya dua minggu. Sebab itulah, dia bantu rakannya ini siapkan menu pek makanan berpantang yang mudah.
Hari ini berkesempatan menyediakan makanan untuk ibu berpantang. Baru baru ini salah seorang life planner bawah kelolaan saya mengalami keguguran. Oleh itu, saya luangkan sedikit masa untuk sediakan pek makanan berpantang untuk beliau.
Ramai yang tak sedar, berpantang dan makanan pantang bukan untuk ibu yang baru lepas bersalin sahaja, ibu ibu yang mengalami keguguran juga perlu berpantang. Paling kurang perlu ambil masa sehingga 2 minggu.
Pemilihan bahan mentah amat penting untuk ibu dalam pantang, perlu segar dan berkhasiat
. Pastikan ikan yang dipilih tidak mengakibatkan kegatalan atau elergik kepada ibu yang berpantang.Untuk kali ini, saya sediakan bekalan selama seminggu untuk beliau. Bahan mentah yang saya pilih kali ini adalah, ayam kampung, daging batang pinang, ikan selar dan ikan salmon.
Saya pelbagai menu supaya ibu yang berpantang tak rasa jemu untuk makan lauk pantang. Bila kita sediakan lauk pantang, perbanyakan penggunaan halia dan lada hitam. Ini dapat memanaskan dan melancarkan badan ibu yang sedang berpantang.
Saya kongsikan sedikit resepi masakan berpantang:
Bahan bahan perapan:
– Bawang putih
– Bawang merah
– Halia
– Kunyit
– Lada hitam
– Garam
Cara penyediaan:
Bahan bahan:
– Bawang merah
– Halia
– Bawang Putih
-Garam
– Asam Keping
Cara Penyedian:
Bahan bahan:
– Daging
– Lada Hitam
– Halia
– Bawang Merah
– Garam
Cara penyediaan:
Bahan bahan:
– Ayam Kampung
– Halia
– Kicap
– Lada Hitam
– Bawang merah
– Bawang Putih
Cara Penyediaan:
Bahan bahan:
– Ikan Salmon
– Garam
– Lada Hitam
– Minyak Zaiton
– Lemon
Cara Penyediaan:
MW : Mudah kan semua resepi pek makanan berpantang ini. Silakan mencuba.
Sumber/Foto : Ariff Ismail