Lelaki Ini Sanggup Tukar Jantina Jadi ‘IBU’ Untuk Dapatkan Hak Jagaan Anak Perempuannya

Share

Apabila berlaku perpisahanan, perkara yang selalu dituntut bukan saja nafkah tapi juga melibatkan hak jagaan anak untuk diberikan kasih sayang sepenuhnya. Malah, kebiasaan, keutamaan hak jagaan akan diberikan kepada pihak ibunya bergantung kepada keputusan mahkamah.

Namun, lain pula jadinya bagi seorang bapa ini yang telah mencetuskan kontroversi selepas menukar jantinanya secara sah kepada ‘perempuan’ kerana sistem perundangan didakwa memihak kepada ibu dalam kes hak jagaan anak.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Hak Jagaan Anak, IBU Didahulukan, Tak Perlu BEREBUT Sebaliknya Utamakan KEBAJIKAN, Kasih Sayang

Surirumah Berhak Dapat Hak Jagaan Anak Sebab Tanggungjawab Nafkah, Ayah Beri Bukannya MAK

Hak Jagaan Anak, Utamakan Hak Ibu

René Salinas Ramos, bapa kepada dua anak perempuan telah menghadapi prosiding undang-undang untuk dapatkan hak penjagaan kanak-kanak perempuan yang kini tinggal bersama ibu kandungnya.

Melalui sistem perundangan Ecuador, hak jagaan anak diutamakan kepada ibu tanpa mengira keadaan. Jadi, lelaki ini telah memutuskan untuk menukar jantina secara sah bagi mendapatkan hak anak perempuannya.

Ramos mendakwa bahawa ini tidak ada kaitan dengan seksualiti atau identiti jantinanya dan ia hanya “ujian cintanya terhadap anak perempuannya”.

Dalam temubual bersama media Ecuador memberitahu dia tidak dapat melihat anak perempuan pertamanya selama 1½ tahun dan anak perempuan keduanya pula menjadi mangsa penderaan fizikal.

Walau bagaimanapun, selepas mengemukakan hujah kepada Lembaga Bagaimanapun, selepas mengemukakan hujahnya kepada Lembaga Perlindungan Hak, dia diberitahu anak-anak perempuannya perlu tinggal bersama ibu mereka sehingga perkara ini selesai.

Sebab itulah, dia memutuskan untuk menjadi ibu kepada anak-anak perempuannya juga.

“Kini saya juga seorang ibu. Saya sangat yakin dengan seksualiti ini, apa yang saya cari adalah untuk memberikan kasih sayang dan perlindungan yang boleh diberikan oleh seorang ibu kepada anak-anaknya,” kata René.

Tukar Jantina Pada Kad Pengenalan

René Salinas Ramos juga pergi ke Pejabat Pendaftaran Awam Azuay untuk menukar jantina pada kad pengenalannya dan ia tidak mengambil masa lama untuk perubahan itu menjadi rasmi.

“Undang-undang merampas hak kami untuk menjadi ibu bapa. Pihak berkuasa mengambil jalan mudad dengan meletakkan anak-anak di bawah jagaan ibu tanpa mengira keadaan,” katanya.

Jadi, dengan menjadi ibu, dia berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang nasib bapa lain dalam situasi yang sama seperti dirinya.

Mingguan Wanita: Selayaknya, hak jagaan anak dapat pada ibu tapi kena tengok juga keadaan ibu itu, kalau tak mampu boleh dilonggarkan dan diberikan pada bapanya.

Sumber: Oddity Central

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora