Pandemik covid-19 memberi impak besar kepada semua penduduk dunia. Ada yang kehilangan ahli keluarga, ada juga diuji kehilangan mata pencarian dan ada pula yang dijangkiti Covid-19. Seorang bapa dari Klaten, Jawa Tengah terdesak menjual buah pinggangnya kerana perlukan wang segera bagi menyara keluarganya.

Frans Larry Oktavianus, sebelum ini bekerja sebagai pencuci kereta di Jalan Kaliurang, Yogyakarta, manakala isterinya merupakan suri rumah sepenuh masa. Larry juga mempunyai empat orang anak yang masih kecil. Dengan pendapatan yang sederhana, Larry hampir terduduk apabila dia kehilangan kerja sebaik pihak pentadbiran mengumumkan perintah larangan bekerja.

Menerusi Detik News, Larry yang tinggal di Kampung Karangasem berjalan kaki ke Semarang semata-mata mahu menjual buah pinggangnya kerana kesempitan hidup. Sambil menggantung satu poster tulisan tangan di dadanya…

“Berkah Dalem, maaf saya Frans Larry O ingin jual ginjal untuk nafkahi keluarga saya, melunasi hutang, pendidikan, kesehatan, tempat tinggal, makan agar keluarga saya tak diremehkan. Maaf saya bukan mengemis,” tulis Larry dalam poster tersebut.

IKLAN

Menurut Larry lagi dia terdesak untuk menjual ginjalnya kerana itu sahaja jalan yang ada baginya menyelesaikan hutang dan juga demi kelangsungan hidup keluarganya.

“Kemarin saya udah dirumahkan karena pekerjaan sepi setelah corona. Padahal ada utang yang harus saya bayar, untuk makan dan kebutuhan,” kata Larry.

Lelaki Ini Nekad Jual Ginjal Kerana Hilang Kerja Dan Perlu Sara Keluarga
Pihak pentadbiran mengambil berat situasi Larry dan terus menghulurkan bantuan buat keluarganya

Dihalang isteri

IKLAN

Larry juga mengaku dia tidak tahu berapa sebenar harga ginjal di pasaran. Asalkan ada pihak yang sudi membeli kerana dia benar-benar terdesak. Larry berjalan kaki dari rumahnya ke Semarang dengan harapan lebih ramai orang yang perasan dengan ‘promosi’ dan ‘barang jualan’ yang sedang dijualnya.

“Harganya berapa saya tidak tahu sebab hanya itu yang berharga dan masih tersisa dari diri saya,” ungkap Larry sambil berlinang air mata.

IKLAN

Sebenarnya, isterinya melarang Larry untuk menjual ginjal. Walau bagaimanapun dalam keadaan sulit ini, Larry tiada pilihan lain dan lelaki ini yakin perbuatannya menjual ginjal tidak menyalahi hukum.

Perbuatan Larry ini tular di media sosial di Indonesia dan akhirnya mendapat perhatian kerajaan. Belum pun sempat ginjalnya dijual, Larry akhirnya mendapat bantuan sembako (sumbangan barang keperluan asas) dari Kapolres Klaten AKBP Wiyono Eko Prasetyo dan Dandim 0723/Klaten Letkol Kav. Minarso. Selain itu dia juga menerima bantuan lain termasuk Program Keluarga Harapan dan Kartu Indonesia Sehat (KIS).

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI