Meskipun tugas menyusukan anak terletak pada bahu ibu, namun dalam tempoh tersebut kaum bapa juga turut berperanan penting mengenai penyusuan ini.Bukan mudah sebenarnya bagi seorang ibu untuk berjaya memberi penyusuan penuh susu badan kepada bayi selama dua tahun TANPA sokongan dari kaum bapa. Pastinya dorongan dari suami mampu meredakan emosi dan keletihan ibu-ibu yang menyusukan bayi.
Melalui perkongsian oleh En Muhammad Ahmad, beliau dedahkan ini antara 4 perkara yang kaum bapa perlu PEKA dalam bab penyusuan anak.
“Ilmu penyusuan antara ilmu yang saya tekankan kepada anak muda yang mahu mendirikan rumahtangga. Bukan apa,kita mahu generasi akan datang akan lebih ramai lagi para suami yang benar-benar fokus untuk memberi sokongan kepada isteri bukan sahaja dari segi emosi bahkan teknik yang betul.”
“Ramai saya jumpa sebelum ini suami ZERO dan lepas tangan dalam bab penyusuan. Bila isteri mengadu ‘tiada susu’ maka solusinya adalah suami mencari formula milk. Bukan mahu berjumpa dengan doktor atau minta bantuan dari pakar penyusuan.”
Teknik posisi kedudukan bayi ketika menyusu. yang biasa saya kongsi kepada para bapa adalah agar mereka faham konsep ‘ latch-on’ atau memastikan kedudukan mulut bayi dalam keadaan selesa ketika menyusu.
Namun ramai diantara ibu muda akan jadi stress disebabkan satu posisi sahaja. Yang biasa kita lihat adalah posisi ‘cradle’ sehingga berbulan-bulan. Sedangkan posisi lain seperti ‘football’ ‘ side lying’ ‘back lying’ etc ini sangat membantu ibu untuk lebih rehat.
Ketika isteri sedang hamil kenal pasti bentuk fizikal nipple isteri. Biasa kita dengar masalah ibu tidak sanggup meneruskan penyusuan adalah kerana masalah fizikal. Bayangkan jika ibu mengalami masalah flat atau inverted nipples.
Akhirnya ibu mula stress bayi asyik menangis. Dalam masa yang sama bayi pula mengalami masalah tongue tie,lagilah stress.
Suami yang tidak faham mula naik angin,bayi tidak mengerti apa-apa dijerkah untuk diamkan. Kesannya pada ibu. Mula depression sehingga mencampak bayi. Jadi para bakal bapa kena peka ini.
Sentiasa bersama isteri untuk minggu-minggu pertama. Beri dorongan dan semangat. Bantu isteri mana yang perlu. Sediakan apa yang patut. Sediakan menu yang sihat untuk isteri. Kenal pasti masalah kesihatan isteri terutama berkaitan dengan depresi. Sokongan suami sangat penting untuk menstabilkan emosi ibu.
Dengan sokongan suami,isteri akan lebih rehat dan tenang. Ini akan menjayakan ‘demand and supply’ . Konsep ‘Demand & supply’ sangat penting untuk membantu bayi mendapat fore milk dan hind milk dengan lebih efektif. Apabila efektif barulah berat badan anak naik cantik.
Namun masih ramai ibu muda yang keliru tentang colostrum di awal penyusuan. Susu sikit katanya. Lagi sadis dipum untuk dapatkan susu yang banyak. Aduh. Sedangkan itulah susu awal yang penting untuk imunisasi bayi dan memang jumlahnya sedikit dalam tempoh beberapa hari. Sebab itulah pentingnya ‘lacth’ yang betul agar bayi tidak terlepas walaupun setitis colostrum.
Fokus saya adalah untuk menyedarkan bakal bapa betapa pentingnya ilmu penyusuan.
-EncikMatt-
Semoga bermanfaat perkongsian ini!
Sumber:Muhammad Ahmad