Membuat simpanan setiap bulan sangat penting sebagai kegunaan sewaktu kecemasan mahupun kegunaan dimasa hadapan. Ada macam-macam cara yang boleh digunakan untuk melakukan simpanan ini. Bagi pasangan suami isteri, boleh cuba membuat simpanan bersama seperti yang dikongsikan oleh Encik Hafizul Hakim ini.
Siapa sangka bermula RM1 dan dilakukan secara konsisten, suami isteri boleh dapat RM465 sebulan! Cara ini lebih menyeronokkan dan tidak terasa ‘menabung’ kerana ada target yang perlu dipenuhi sehingga akhir bulan.
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.
Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.
Begitu, mudah je kan.
Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.
Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!
1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00
Total jumlah 12 bulan: RM465 x 12 bulan
Lebih kurang RM5,580. Apa dapat dibuat dengan duit banyak ni?
– kumpul modal deposit rumah
– kumpul modal kahwin (bagi yang single lagi)
– dana kecemasan keluarga
– dana pendidikan anak-anak
– dana umrah/haji
– spend 30% untuk bercuti, lebih simpan.
Best kan! Seronok menyimpan macam ni!
Posting ini lebih afdal tag pasangan, daripada marah-marah pasal Husna. Hihi
Ilmu yang bermanfaat adalah yang diamalkan terus. Moga kalian tak pandang RM1 terlalu besar sebagai permulaan langkah pertama.
Hafizul Hakim
Sebarkan kebaikan!
Semoga bermanfaat!
Jadi suami isteri pastikan asingkan sedikit pendapatan setiap bulan untuk menabung dan membuat simpanan.Boleh gunakan cara kreatif ini, agar simpanan konsisten dan lebih pastinya lebih menyeronokkan ketika menabung.
Selamat Mencuba!
Sumber: Hafizul Hakim