Lelaki Ini Kongsi Tips Mudah Cara Simpan Duit Dalam Tabung Bajet, Boleh Dapat RM780 Setahun!

Share

Tak kiralah banyak atau sedikit, mak-mak kena pastikan ada simpanan tetap setiap bulan sebagai kegunaan sewaktu kecemasan mahupun kegunaan dimasa hadapan.Ada macam-macam cara yang boleh digunakan untuk melakukan simpanan ini.

Jika menerusi perkongsian sebelum ini, Encik Hafizul Hakim ada kongsikan “Tips Mudah Cara Suami Isteri Simpan Duit Bermula RM1, Tapi Boleh Dapat RM465 Sebulan!”

Ramai menganggap jumlah tabungan tersebut agak ‘membebankan’ lebih-lebih lagi dengan keadaan komitmen sedia ada.Sebenarnya ada cara yang lebih mudah boleh dicuba iaitu dengan jumlah yang lebih sedikit tapi tetap mendapat tabungan yang banyak.

Bagi pasangan suami isteri, atau nak tabung sendiri je pun boleh cuba membuat simpanan yang dinamakan tabung bajet seperti yang dikongsikan oleh lelaki ini.

Siapa sangka bermula RM10 sebulan dan dilakukan secara berperingkat dan konsisten,boleh dapat RM780 setahun! Cara ini lebih menyeronokkan dan tidak terasa ‘menabung’ kerana ada target yang perlu dipenuhi sehingga akhir tahun. Malah boleh digunakan untuk pelbagai perkara nanti.

Berikut perkongsian tersebut sebagai panduan;

“Cuba bayangkan, apa korang dapat beli dengan RM780?”

Mesti banyak benda dapat dibeli. Nak beli 1 dinar emas (4.25 gram) dapat, melancong dalam negeri boleh, nak beli jersi Juventus original pun ok.

Nak jadikan sebagai modal bisnes air buah pun boleh sangat-sangat!

Kalau saya, dana sebegini lebih kepada reward family. Bawak pergi makan paling sedap dan sebagainya.

Masa mula menyimpan kat mana-mana sekalipun, memang nampak sikit dan tak berbaloi. Apabila sampai penghujung, baru ia nampak sangat besar.

Contoh salah satu tabung yang kita boleh buat ialah Tabung Bajet. Tak payah berpasangan, sendiri pun boleh buat. Cuma sediakan balang kosong je!

Bermula dari Januari dengan RM10 kemudian penambahan RM20 pada Februari dan seterusnya.

Januari: RM10
Februari: RM20
March: RM30
April: RM40
May: RM50
June: RM60
July: RM70
Ogos: RM80
September: RM90
Oktober: RM100
November: RM110
December: RM120

Korang tahu tak, berapa jumlah total setahun ini bersamaan RM780! Banyak benda dapat dibeli dan dibuat dengan amaun jumlah ni kan.Cuba korang bayangkan 10 tahun konsisten, dah ada RM7,780! Dapat pergi umrah dah.

Hafizul Hakim
Menyimpan itu mudah, kita yang buat susah!

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

MW: Selamat Menabung! Biar mula dengan sedikit tapi konsisten membuat simpanan demi masa depan.

Sumber: Hafizul Hakim

Published by
Suhaidah Abd Wahab