Ayam gunting yang digoreng garing dan ditabur dengan serbuk perisa tertentu memang sedap rasanya. Kalau perasan ayam gunting ni selalu di jual di gerai-gerai tepi jalan, pasar malam dan sebagainya.
Sebenarnya mak-mak sediakan sendiri ayam gunting ini di rumah dengan taburan serbuknya sekali. Ikut resepi yang dikongsikan oleh Are Peace ini.Menurut lelaki ini, resipi ayam gunting tersebut diberikan oleh peniaga ayam gunting sendiri yang dia gunakan untuk meniaga.
“Dalam seminggu 2 nie selalu beli ayam gunting dekat-dekat dengan rumah nie.Nak jadi kan rezeki saya.. hari ni terdetik di hati nak tanya guna serbuk apa tabur atas ayam tu…Sebab rasa lain dan memang sedap.
“Jadi brother tu cakap, hari-hari beli ayam dengan saya kenapa hari ni baru tanya” hehe
“Brother tu cakap dia pun orang yang ajar dan bagi resepi ni untuk dia meniaga dengan percuma.Jadi saya tolong share kan resepi ni untuk semua.Moga allah murahkan lagi rezeki brother ayam gunting tu.Amin”
Saya dah buat ni memang sedap.
Isi ayam potong nipis-nipis
1 kotak tepung goreng ayam yang kecil
1 1/2 cawan serbuk roti
telur
1. Campurkan tepung dengan serbuk roti.
2. Masukkan kepingan ayam dan gaul sekata.
3. Celup dalam telur.
4. Kemudian, masukan kembali dalam tepung tadi
dan goreng. (*buat sekeping-sekeping ye jangan masukan semua ayam tu dalam tepung).
5. Angkat dan toskan, kemudian gunting.
1 kiub ayam
2 sb serbuk paprika (kalau suka pedas boleh tambah serbuk cili)
twisties separuh sahaja guna dari 1pax tu
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar gula
*Kisar kering semua bahan diatas untuk dijadikan serbuk dan boleh taburkan pada ayam gunting tadi.
Siap!
MW: Menarik sungguh resipi ayam gunting ni. Mak-mak boleh buat sendiri je di rumah. Terjamin bersih, jimat dan puas hati makan.
Sumber: Are Peace