
Lelaki Ini Kongsi Petua Atasi Perut Meragam Dengan ‘Susu Buang Angin’
Bila makan macam-macam, perut pun boleh meragam. Mulalah rasa tak selesa, rasa ada ‘angin’ & sebu je dalam badan. Macam-macam petua tradisional juga yang boleh dicuba untuk hilangkan angin ni antaranya dengan susu tepung!
Mengikut perkongsian petua oleh Khairul Hakimin Muhammad, beliau berkongsi cara untuk membuat susu dengan campuran madu dan halia tua yang telah diajar oleh isterinya untuk mengatasi masalah ini, supaya angin dapat keluar dan akan melawas dengan baik.
Menurut beliau lagi, syarat utama minuman ini ialah perlu menggunakan susu tepung.
SUSU BUANG ANGIN
Bahan-Bahannya:
2 sudu besar Susu Tepung
1 sudu besar Madu
1/2 inci Halia Tua
1 cawan Air Panas
Cara Membuat:
1.Kikis kulit halia dan ketuk sedikit. Bukan tumbuk lumat.
2.Kemudian letakkan air mendidih separuh cawan dahulu dan campakkan halia tadi. Biarkan dalam seminit.
3.Masukkan pula madu.

4.Setelah itu masukkan pula susu tepung.
5.Akhir sekali, kacau dan tambah air panas lagi. Minum sejam sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
Selamat Mencuba!
Kredit: Khairul Hakimin Muhammad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bergelar Kakak, Ainul Mardhiah Dah Pandai Tutup Telinga Dengar Mama Membebel

Diam tak diam, dah lima bulan ‘si comel kesayangan Malaysia’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin bergelar kakak. Sekitar Julai lalu, ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi melahirkan anak kedua, Umar Abdurrahman.
Setahun lalu, Ainul pernah diterbangkan ke London, United Kingdom (UK) untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram dalam mulut. Sehingga hari ini, masih ramai yang mengikuti perkembangan Ainul dari semasa ke semasa.
Ainul Mardhiah seronok terima kunjungan doktor yang pernah rawatnya di London.
Perkongsian terbaru dari ibu Ainul begitu mencuit hati. Bila mana ibunya maklumkan yang Ainul dah semakin pandai beri respons dengan apa yang ibunya lakukan.
“Ainul sekarang dah pandai tutup telinga bila dengar mama dia membebel. Tak sempat nak record bila Ainul tutup telinga tu!.” Terangnya dengan berkongsi dua keping gambar terbaru Ainul yang cantik mengenakan dress set dengan seluar.
Haa.. dah macam orang besar kan. Comel pun comel bila Ainul Mardhiah jadi kakak ni.
Bergelar Kakak, Ainul Mardhiah Makin Panjang Akalnya
Manakala bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak maklumkan anak sulungnya itu sudah semakin panjang akalnya.
“Alhamdulillah, semakin baik dan panjang akal dia sekarang. Tidur pun dah pukul 12 sekarang. Asyik nak main jer.”
Jika sebelum ini Ainul sendirian di rumah, sekarang Ainul dah ada kawan a.k.a adik lelaki untuk Ainul bermain sama-sama.
Dalam proses membesar ini, Ainul masih lagi menjalani terapi di pusat fisioterapi dekat Gym Academy. Kata ibunya, “Alhamdulillah Ainul pun sekarang dah pandai jalan, dan juga dah pandai bersosial dengan orang lain.

“Untuk ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang istimewa, jangan putus asa, sentiasa cari solusi untuk bantu anak-anak kita capai perkembangan mereka.”
MW : Semoga Ainul Mardhiah membesar dengan sihat dan ibu ayahnya diberikan kemudahan untuk membesarkan Ainul. Seterusnya, menyuntik inspirasi kepada ibu ayah lain yang diuji membesarkan anak-anak istimewa.
Sumber/Foto : Nurul Erwani Zaidi, Ahmad Safiuddin
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masak Cara Ekspres, Jom Pulun Buat Minyak Bawang Putih, Kiub Cili Kering, Bawang Dan Limau Kasturi!

Isi Kandungan
ToggleMinyak bawang putih ni kalau nak goreng sayur atau buat sup memang perghhh.. sedap melampau! Bawang putih goreng tu pula letak dalam makanan bersup/bergoreng, macam mee, bihun, kueyteaw semua, nak letak kat sayur goreng pun sedap! Makan dengan moi dan megi.
Cara nak buat mudah sangat, mak-mak boleh buat ikut resepi yang dikongsikan Puan Nur Hidayah Othman ini.
Kak dayah buat #garlicoil dengan #garlicflakes. Resepi kak dayah dapat dari kawan tempat keje. Cuma kak dayah olah sikit cara simpanan dia.
Dah banyak kali buat. Baru ni dapat share. Garlic oil ni sangat sedap. Boleh guna masa masak atau tabur atas mee sup ke mihun sup ke mee goreng, mihun goreng, nasi goreng.
Cara buat minyak bawang putih #bawangputihflakes :
1) Kopek bawang putih
2) Cincang halus atau kasar
3) Panaskan minyak
4) Goreng sehingga light brown terus tutup api
5) Tutup api dan tapis bawang putih.
Boleh disimpan secara asing minyak dengan bawang putih atau campur kedua-duanya. Kak dayah buat 2 jenis simpanan.
Kiub Cili Boh Dan Limau
Mak-mak, alang-alang dah cuti ni jom perosah dapur. Lagi pun nak puasa dah ni.
Kiub Bawang Besar
Kopek kopek. Basuh. Blend tak yah boh air. Sebab bawang besar ni dah banyak air.

Yang ini memudahkan nak masak. Balik kerja sampai rumah dah kol 6 terus boleh masak cara express.
Selain bawang mak-mak boleh buat lada, bawang, bawang putih, halia, serai, limau kasturi, dan tempoyak.
Kiub ni bantu mommies yang koje, yang small family, nak masak sikit, bujang-bujang pun elok tau.
Jom share sekiranya bermanfaat.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Enam Beradik Bergelar Anak Yatim, Ibu Sempat Sediakan Juadah Akhir Sebelum Maut Kemalangan

Isi Kandungan
ToggleEnam beradik bergelar anak yatim, ibu sempat sediakan juadah terakhir sebelum maut kemalangan. Perubahan sikap seorang ibu, Zaiton Haron, 49 yang sempat memasak juadah enak untuk anak-anak petanda dirinya bakal pergi selama-lamanya.
Enam beradik dari Kampung Chuchuh Puteri di sini tidak pernah menyangka gulai lemak pucuk paku serta ayam madu goreng menjadi masakan terakhir ibu mereka yang maut dalam kemalangan di kilometer 76, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Masjid Pahi di sini Isnin lalu.
Enam Beradik Bergelar Anak Yatim
Anak sulung, Muhamad Riduan Mohd Yusoff, 25, berkata, hal ini kerana sudah lama ibunya, Zaiton Haron, 49, tidak memasak masakan yang enak tersebut kerana kebiasaannya hanya nasi putih dan telur goreng sahaja.
“Sehari sebelum kejadian ibu ada pulang ke rumah pada sekitar jam 11 pagi hingga 6 petang. Sepanjang tempoh itu ibu tidak duduk diam, dia memasak, kemas rumah, jemur tilam, cuci pakaian dan sebagainya.
“Kebiasaannya apabila ibu pulang melawat kami di rumah, dia banyak berehat serta hanya masak nasi serta telur sahaja. Inilah kali pertama dia beria masak dan tidak sangka ia merupakan kali terakhir kami dapat merasa air tangannya,” katanya sebak ketika ditemui pemberita di rumah di Kampung Chuchuh Puteri di sini pada Selasa.

Ibu Sempat Sediakan Juadah Akhir Sebelum Maut Kemalangan
Muhamad Riduan merupakan ‘penjaga’ kepada lima adiknya yang berusia 8 hingga 20 tahun apabila kedua ibu bapa mereka berpisah Januari lalu dan arwah Zaiton terpaksa meninggalkan anak-anak untuk bekerja sebagai pembantu kantin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pahi.
Ibu tunggal tersebut menumpang di rumah ibu saudaranya, Noriha Che Ali, 49, di Kampung Pahi yang juga maut dalam kemalangan tersebut ketika motosikal dinaiki mereka berdua dirempuh oleh sebuah kereta ketika pulang dari kerja.
Menurut Muhamad Riduan, sehingga sekarang dia dan adik-adiknya masih terkejut dan tidak percaya ibu mereka telah tiada.
Ujarnya, mereka mengetahui tentang kemalangan itu pada jam 3.30 petang selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung kemudian dibawa oleh saudara mara ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk melihat ibu.
Dia memberitahu, ibunya telah meninggal dunia di lokasi kejadian dan ketika itu hanya ALLAH yang tahu bagaimana perasaan mereka.
“Ayat terakhir ibu pada Ahad lalu sebelum menaiki motosikal pulang ke Pahi, dia berpesan kepada saya untuk menjaga adik-adik. Jika mereka lapar, tolong masak, jaga adik-adik.
“Rupanya ini pesanan terakhir ibu. Saya mengambil tugas menjaga adik-adik sejak Ramadan lalu iaitu bulan Mac,” katanya yang sanggup berhenti kerja sebagai pembantu kedai di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung untuk menjaga tiga adiknya yang masih bersekolah.
Menurut dia, jenazah ibunya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Chuchuh Puteri pada jam 10. 30 pagi.
Sinar Harian Online melaporkan dua sahabat maut dipercayai apabila motosikal dinaiki dirempuh oleh sebuah kereta ketika pulang dari kerja di kilometer 76, Jalan Kota Bharu – Gua Musang berhampiran Masjid Pahi di sini pada Isnin.
Sinar Harian Online melaporkan dua sahabat maut dipercayai apabila motosikal dinaiki dirempuh oleh sebuah kereta ketika pulang dari kerja di kilometer 76, Jalan Kota Bharu – Gua Musang berhampiran Masjid Pahi di Kuala Krai pada Isnin.
Kedua-dua wanita yang berusia 48 dan 49 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada jam 4 petang.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- 5 Beradik Bergelar Yatim Piatu, Sebulan Selepas Ibu Meninggal Bapa Maut Kemalangan
Suami Isteri Meninggal Dunia Kemalangan Motosikal, Bayi 8 Bulan Bergelar Yatim Piatu
Luluh Hati Nenek Cucu 8 Tahun Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI