Lelaki Ini Kongsi Pengalaman SPM Teruk Tapi Boleh Sambung Belajar Luar Negara PERCUMA

Share

Ramai pelajar yang bercita-cita untuk sambung belajar ke luar negara. Namun demikian keputusan SPM yang teruk dan tak berap Ok, membantutkan hasrat untuk meneruskan impian ini.

Sebenarnya jangan berputus asa, ini kerana mungkin ramai yang masih tak tahu ada caranya walaupun keputusan SPM tak berapa cemerlang tetap berpeluang sambung belajar ke luar negara malah secara percuma. Tak perlu membuat pinjaman pelajaran pun. Terutamanya jika memilih pembelajaran secara praktikal atau kemahiran.

Baca perkongsian pengalaman daripada Nurafiz Miskan ini sebagai panduan;

Jika mempunyai keputusan SPM teruk atau biasa-biasa sahaja boleh sambung belajar di KKTM ia percuma dan tak perlu membuat pinjaman pelajaran.

Ramai yang masih tak tahu, walaupun keputusan SPM teruk tetap berpeluang untuk sambung belajar luar negara.Saya cerita berdasarkan pengalaman sendiri, result SPM saya kebanyakannya subjek-subjek yang penting dapat 7 dan 6.

Saya kongsikan macam mana walaupun dengan ‘result’ macam ni saya boleh sambung belajar ke luar negara.

Mohon Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM)

Selepas SPM saya memohon Kolej Kemahiran yang dipanggil Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) yang menawarkan Diploma Kemahiran. Ia percuma.

Jadi jika pernah Institut Kemahiran Mara (IKM) menawarkan Sijil Kemahiran, Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) menawarkan Diploma.

Di KKTM pembelajarannya ialah 70 peratus praktikal dan 30 peratus teori. Banyak praktikal yang diajar. Bagi anak-anak yang tak suka belajar teori tapi lebih suka praktikal, boleh cuba mohon di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) ini.

Selepas habis Diploma, MARA ada buka satu tawaran untuk sambung belajar di luar negara. Kemudian saya mohon, alhamdulillah saya dapat tawaran itu dan terpilih untuk mengikuti program itu. Iyalah siapa sangka walaupun SPM saya teruk masih boleh sambung belajar luar negara.

Saya belajar di luar negara selama 3 tahun dan berjaya tamatkan pengajian dalam bidang ‘Bachelor of Engineering in Mechanical & Advance Manufacturing”.

Kesimpulannya walaupun dapat keputusan SPM kurang Ok masih berpeluang sambung belajar ke luar negara. Boleh ‘search’ dan mohon di (KKTM).

Info Ekstra!

  • Bagi lepasan diploma politeknik yang mendapat CGPA3.3 ke atas layak untuk memasuki tahun 3 terus di universiti-universiti di UK dan Australia.

Semoga Bermanfaat!

@afizmiskan Tolong saya share.. Sebab masih ramai lagi yang tahu perkara ni.. #spm #studyoverseas #mara #ikm #kktm ♬ Emotional

Mesti Baca:Bercita-cita Jadi ‘Pilot’ WAJIB Dapat 5 Kredit Dalam SPM, Juruterbang Dedah Kriteria Utama
Baca Lagi Di Sini:3 Subjek Dapat G Termasuk Sejarah, Bapa Tak Malu Malah Bangga Kongsi Pencapaian Anak Dalam SPM


Artikel Menarik:“Sepatutnya Abah Yang Teman Ke Pentas..” Ayah Meninggal 15 Jam Sebelum Keputusan SPM Diumumkan

Mingguan Wanita: Jadi rebut peluang yang dikongsikan ini, walaupun ‘result’ SPM anak tak berapa ok, namun jika anak minat belajar praktikal tetap berpeluang sambung belajar ke luar negara, malah secara percuma pula.

Sumber: Nurafiz Miskan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab