Lelaki Ini Kongsi Kenalpasti Duit RM100 Palsu, Kena Hati-Hati Jangan Mudah Tertipu!

Share

Zaman sekarang ini, ada macam-macam cara untuk orang menipu terutamanya yang melibatkan wang ringgit. Terbaru, duit RM100 palsu yang digunan untuk membeli barangan.

Izzad Syamer dalam video perkongsiannya di page Port Dickson Area menunjukkan perbezaan antara duit RM100 palsu dengan original apabila dilihat di bawah cahaya sinaran UV.

Daripada perkongsiannya, memang sama dan hanya nombor siri pada duit itu saja membezakan ia palsu dan tulen.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sanggup Palsukan Kematian Isteri Untuk Berkahwin Lain, Lelaki Ini Berdepan Hukuman Penjara

Lelaki Ini Kongsi Cara Nak Pilih Restoran Mamak Muslim Yang Betul, Jangan Keliru!

Info Lebih Menarik DI SINI

Beza Duit RM100 Palsu Dengan Original

Daripada apa yang dikatakan, persamaan duit RM100 palsu dengan duit sebenar adalah hampir 93 peratus sama.

Apa yang dibezakan dalam video tular itu adalah duit RM100 palsu tetap mengeluarkan cahaya reflektif kehijauan pada angka 100 di bahagian cetakan Gunung Kinabalu, tulisan dan logo Bank Negara Malaysia (BNM).


6.

Sebaliknya, cahaya reflektif sama tidak kelihatan pada bahagian nombor siri seperti duit asli. Sedangkan pada duit asli, cahaya dapat dilihat pada nombor siri.
Lelaki itu turut menasihatkan agar pengguna supaya berhati-hati kerana not wang palsu itu sukar dibezakan dengan duit kertas sebenar.

Mingguan Wanita : Sindikit pun makin pakar dah. Tapi, pakar macam mana pun, ia tetap tidak akan dapat sama dengan yang tulen. Kena hati-hati dan jangan mudah tertipu terutamanya pada penjual.

Sumber: Izzad Syameer

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
webadmin