Kalau di negeri Pantai Timur, makan kerang rebus sudah sinonim dan menjadi pilihan semasa bulan Ramadan. Mungkin ia pembuka selera untuk digandingkan dengan nasi. Ada sesetengahnya hanya cicah dengan sambal dah sedap.
Walau bagaimanapun, untuk kerang rebus, ada cara tersendiri untuk memasaknya. Sesetengah orang hanya dengan air hanya sekali mendidih saja, barulah rasa manis-manis dan kesegarannya. Tak kurang juga yang masa hingga kulitnya terbuka, barulah dapat makan.
Semua ini bergantung kepada citarasa sendiri dalam rebus kerang untuk dinikmati bersama keluarga.
Ada sesetengah daripada kita, nak masak kerang kena masukkan air yang banyak. Sebaliknya, bagi lelaki yang dikenali sebagai Syahr Musafir di Facebooknya berkongsi tentang cara rebus kerang tanpa air.
Macam pelik bunyinya. Tapi itulah yang terbaik dan memastikan isi kerang lembut dan tidak liat. Bolehlah cuba nanti.
“Semalam saya ada beli kerang. Ada orang nasihatkan saya kerang tak elok disejukbekukan. Jadi, saya rasakan lebih baik rebus terus. Bagi nak rebus kerang ini, saya ikut tip yang diberikan oleh isteri saya, Rahimah AR Zawyah.
Tak perlu guna air pun. Bunyinya macam pelik sebab rebus tanpa guna air.
Rebus kerang tak guna air sebab apabila dipanaskan, kerang akan keluarkan air sendiri. Air itulah jadi air rebusan.
Ads
Saya biasa rebus guna air, isi kerang jadi biasa. Cara merebus tanpa air ni, rupa-rupanya menjadikan isi kerang lebih lembut dan tidak liat, dan tidak berair. Terbaiklah.
Alhamdulillah.
Cara Memasak
1. Panaskan kuali dan masukkan serai yang dititik. Tak perlu air ye. Gunakan api kecil. Jangan guna api besar.
2. Apabila air kuali tu kering, masukkan kerang.
3. NamPak berasap sebab tak ada air.
Ads
4. Biarkan seketika dan kelihatan air dari kerang mula keluar. Mendidih.
5. Air makin banyak keluar dan kulit kerang mulai terbuka.
6. Tak perlu tunggu semua kerang terbuka ye. Boleh hidangkan.
7. Semalam berbuka dengan mi kari ketam jadi kerang ini sedap dimakan bersama mi kari tu dan selebihnya makan colek kerang sebagai moreh. Alhamdulillah.
Ads
#SuamiMasak
#DapurDrSyahr
MW: Biasa kalau rebus kerang memang selalu letak air. Lepas ni, boleh cuba yang ini pula. Selamat mencuba.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Mungkin ramai lagi yang jenis suka panaskan makanan dalam microwave sebab nak cepat, tetapi macam mana kesannya pada tubuh badan kita? Pernah ambil tahu tak?
Haaa… sebenarnya menggunakan microwave akan memberikan kesan sampingan. Dan tak semua makanan boleh panaskan guna microwave ya.
Jom kita lihat 9 jenis makan yang tidak boleh dipanaskan semula kerana akan menyebabkan kehadiran toksik, mahu pun menyebabkan permasalahan sistem penghadaman.
1. Kentang
Memanaskan semula kentang boleh menggalakkan pertumbuhan, ‘botulism’, iaitu satu bentuk keracunan makan yang disebabkan oleh bakteria C. botulinum. Jadi anda tak boleh panaskan begitu saja kentang atau dengan membalut menggunakan aluminium foil. Haba yang terhasil dari proses pemanasan semula makanan akan memberi tempat untuk terhasilnya pertumbuhan bakteria, dan bukan membunuh bakteria.
2. Ayam
Kalau nak makan semula masakan ayam, ada dua cara sama ada menikmati secara sejuk atau memanaskan semula dengan suhu rendah dalam jangka masa yang panjang. Protein yang telah membeku setelah berada lama dalam peti sejuk akan berubah setelah dipanaskan semula. Ini akan menjadi faktor utama sakit perut. Microwave juga tidak membantu dalam proses yang betul.
3. Cendawan
Cendawan mempunyai protein tertentu yang boleh menyebabkan masalah usus atau hati, jika dipanaskan semula selepas sehari disimpan. Mungkin anda harus memakannya pada hari yang sama. Bagi lebihan makanan, sebaiknya makan ketika masih sejuk, kerana dapat menghalang dari permasalahan tersebut.
4. Nasi
Nasi adalah makan ruji bagi kebanyakan penduduk di dunia dan mempunyai risiko tinggi untuk tercemar. Ia mungkin mengandungi spora berbahaya yang ada sebelum dimasak lagi dan tak akan hilang ketika proses memasak. Perkara terburuk yang mungkin anda sering lakukan adalah dengan membiarkan pada suhu bilik, yang menyebabkan bakteria untuk terus membiak. Cara terbaik adalah dengan menyimpannya di dalam peti sejuk selama beberapa jam, sebelum boleh memanaskannnya semula.
5. Minyak
Minyak boleh menjadi tengik atau bertukar menjadi lemak apabila dikenakan haba yang tinggi. Ini termasuk juga kacang hazel, avokado, walnut, atau biji anggur. Gunakan mereka pada suhu bilik adalah lebih baik.
6. Ubi Bit
Banyak khasiatnya tetapi kalau dimasak dan dipanaskan semula, ianya akan bertukar menjadi toksik. Cuba untuk memakan ubi bit pada hari yang sama.
7. Lobak Bulat
Seperti ubi bit, lobak adalah sayur berakar yang terdedah kepada nitrat di dalam tanah.Masak dan makan pada hari yang sama untuk mengelakkan akan risiko ‘carcinogenic’(potensi untuk menyebabkan kanser), atau, buang lebihan lobak putih dalam masakan anda, sebelum memasaknya kembali.
8. Saderi
Bahan yang sering digunakan jika membuat sup, saderi juga turut mempunyai nitrat apabila dipanaskan. Nitrat adalah toksik yang menghubungkan kepada risiko carcinogenic, dan dicadangkan untuk mengeluarkan saderi dari masakan, sebelum dipanaskan semula.
10. Telur
Telur rebus atau telur hancur apabila dipanaskan semula, mempunyai potensi untuk membuatkan anda jatuh sakit. Khususnya jika dipanaskan berulang kali, kerana haba boleh menyebabkan toksin terhasil di dalam telur tersebut.
Menurut USDA, dan Agensi Piawaian Makanan, proses penyimpanan dan penyejukan makanan yang betul adalah kunci untuk mencegah penyakit bawaan atau kematian. Dicadangkan bahawa, makanan perlu disimpan dalam peti sejuk dalam masa 2 hingga 4 jam, dan makan di antara sehari atau dua hari. Jika disimpan lebih dari masa tersebut, anda mungkin boleh jatuh sakit.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa sangka resipi yang dibuat pada mulanya hanya untuk suka-suka makan sendiri untuk keluarga juga akhirnya boleh menjadi salah satu pendapatan sampingan.Menerusi perkongsian oleh Wan Hartini Wan Zainodin, beliau kongsikan resipi Tofu Begedil yang dibuat berniaga dan diambil tempahan.
Berikut perkongsian beliau;
“Mula-mula sekadar suka-suka sekarang dah jadi side income Alhamdulillah.Sape suka tofu bergedil? Ada yang nak resipi tak? Meh saya kongsikan.Saya mohon doakan saya dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.Amin.silalah share…semoga bermanfaat.
Bawang goreng
Daun bawang
Cili padi
Cili besar merah buang biji
Cili besar hijau buang biji
Cara Membuat:
1. Rebus kentang hingga empuk
2. Goreng dada ayam bersama sebiji bawang holland, perasakan.
3. Sesudah Kentang empuk, masukkan isi ayam Dan semua bahan-bahan yang disenarai diatas.
4. Potong tauhu dengan gunting bentuk ‘X’.
5. Sumbatkan tauhu.
6. Celup telur Dan goreng dalam minyak secara ‘deep fry”
Resipi Sos Kacang Bijan
1. Cili kering digoreng dengan minyak pastu kisar.
2. Gula melaka satu potong cairkan ngan sedikit air.
3. Campurkan cili tadi kedalam gula
4. Campurkan kicap jalen secukup rasa
5. Perasakan dengan cukup rasa Dan sedikit garam
6. Campur dengan sesudu Tepung jagung untuk pekatkan sos
7. Kalau suka sos cair tambahkan sedikit air
8. Sangai kacang tanah…buang kulit tumbuk kasar
9. Setelah sos masak taburkan bijan Dan kacang.
Tauhu ni agak renyah nak buat.Walau bahan-bahannya kelihatan senang.
Selamat Mencuba!
Sumber: wan hartini wan zainodin via mahn
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kuih Seri Muka antara kuih Tradisional Melayu yang sering menjadi pilihan dan kegemaran ramai orang. Rasanya pulutnya yang lemak bersantan dengan lapisan hijau aroma daun pandan, menjadikan kuih ini amat sesuai dinikmati pada bila-bila masa, baik ketika sarapan mahupun minum petang. Namun, nak rasai kuih seri muka yang benar-benar menepati citarasa agak sukar. Seringkali kuih seri muka yang dibeli mahupun dibuat kurang berlemak, tekstur keras dan warnanya pun pucat.
Mak-mak boleh cuba buat kuih seri muka yang sedap, lembut, cantik warnanya ikut resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Nazian Rahman ini. Menurut beliau, resipi ini menggunakan 100% daun pandan dan kuih seri muka ini juga sering menerima tempahan daripada kawan-kawan.
Berikut perkongsian resipinya;
“Kawan call pukul 1 nak seri muka
Pukul 6 pickup.
Alhamdulillah, nasib menjadi walau tak cantik mana.
100 % daun pandan”
Bahan-Bahan (Lapisan Bawah):
500gram Beras Pulut(Direndam sekurang-kurangnya 4 jam)
300ml Santan Pekat (Kakyan guna santan KARA)
300ml Air
2 Sudu Kecil garam halus
Cara Membuat:
Kukus pulut bersama santan selama 30minit, tekan dan padatkan guna loyang 10×10, loyang disapu sedikit minyak dan dilapik dengan plastik berukuran 16×16
Bahan-Bahan (Lapisan Atas):
250gram Gula
100gram Tepung Gandum
20gram Tepung Kastard
400ml Santan
400ml Air +
16 Helai Daun Pandan (Dikisar)
Campur secubit kayu manis semasa kisar
4Biji Telur Gred A
11/2 Sudu Kecil Garam
Sedikit Pewarna Hijau (Kalau warna pucat sangat boleh letak setitik dua)
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan diatas, kacau sebati dan tapis kedalam periuk kukus.
2.Masak dengan api perlahan hingga naik wap.
3.Kemudian, tapis sekali lagi,kemudian baru cedok ke dalam adunan pulut.
4. Tutup dengan Aluminium Foil, Kukus lagi 30 minit sehingga masak.