Lelaki Ini Kongsi Cara Langsai Hutang Rumah 12 Tahun, Siap Buat ‘Pasif Income’ Lagi

Share

Komitmen setiap bulan yang harus kita lakukan adalah langsai hutang tertuamanya hutang rumah dan kenderaan. Inilah bayaran yang wajib kita selesaikan, selain perbelanjaan lain.

Namun, perasan tak bila dapat ‘statement’ bank tentang baki pembiayaan rumah, macam tak ‘gerak’. Sedangkan setiap bulan kita akan langsai hutang itu. Bukan setahun dua tapi bertahun-tahun jugalah, bakinya lebih kurang saja.

Atau mungkin juga sebab tempoh pembayaran rumah ini ambil masa antara 25-30 tahun, jadi kita kena bayar dividennya dulu. Jenuhlah nak langsai hutang yang ambil masa bertahun-tahun. Entah sempat atau tidak.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nak Beli RUMAH Kena BERSEDIA, Hutang 35 Tahun Ke Depan, Sanggup Atau Tidak?

Binaan Tambahan Di RUMAH FLAT Biasa Dibuat, Tapi Sebenarnya Tak Boleh!

Langsai Hutang Rumah 30 Tahun Kepada 12 Tahun

Kali ini, Faizal Rahmat berkongsi cara nak langsai hutang rumah dari 25 atau 30 tahun kepada 12 tahun saja. Ini adalah atas pengalamannya sendiri.

Bestnya, bila dah habis bayar hutang , boleh beli rumah baru dan sewakan yang ada. Dapatlah ‘pasif income’. Inilah cara yang beliau lakukan.

“Perasan tak, walaupun lebih 10 tahun buat bayaran bulanan rumah kat bank, tapi tak berganjak pun baki pembiayaannya. Geram je kan bila tengok bank statementnya..”

Ini cara macam mana aku langsaikan hutang rumah pertama aku ini dalam tempoh 12 tahun. Sepatutnya ikut perjanjian 25 tahun (aku pilih 25 berbanding 30 tahun).

Ilmu ni aku perolehi dari bacaan buku mentor kewangan Azizi Ali. Ikut cara dia, 5 tahun langsai hutang. Dulu pun aku fikir macam tak logik cara beliau. Tapi aku try saja.. Tak dapat settle 5 tahun, 12 tahun pun kira ok apa..

1. BAYAR LEBIH BULANAN – Setiap bulan aku akan bayar extra RM100-150 ke bank. Tapi jika tak ada lebihan, aku bayar ikut kata bank sajalah. Jangan stress!
.
2. BAYAR LEBIH TAHUNAN – Dulu company selalu bagi bonus tahunan. Duit bonus ni aku extrakan bayar bulanan ke bank. Orang biasa bayar 12 bulan kan, tapi aku bayar 13-14 bulan. Bayar lebih, cepatlah habis!

3. BAYAR GUNA KWSP – Tip ni paling banyak membantu. Aku keluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk mengurangkan baki pembiayaan. Kat sini biasanya ada drama sikit dengan pihak bank. Sila maklumkan pada mereka, kita mahu bayar “principal” terus. Barulah kita yang untung!

Lagi Cepat!

Aku praktiskan 3 cara ini sahaja. Dalam buku Tuan Azizi Ali tunjukkan banyak tips lagi. Boleh pi cari beli. Cara ini bagi yang nak langsaikan hutang rumah dengan lebih cepat.

Jika tak mahu, ikut sahaja kata bank. Bayar bulanan seperti biasa. Insya allah 30-35 tahun settle hutang anda. Apa-apa berlaku pada kita, encik MLTT/MRTT Insya Allah boleh cover…

Gambar ni masa kami gotong royong anak beranak bersihkan rumah setelah penyewa keluar hujung tahun 2020. Rumah dah habis bayar, duit sewa nilah yang jadi pasif income kami. Tahun lepas telah dilepaskan pada pemilik baru demi memburu RUMAH IMPIAN kami sekeluarga. Hutang dah tak ada, dapat sedebuk, baru syok..

Mingguan Wanita : Kalau tunggu 30-35 tahun, entah la sempat ke tidak kita habiskan. Nak cepat, bolehlah buat cara ini.

Sumber: Faizal Rahmat

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora