Lelaki Ini Kongsi 7 Tip Bagi Pihak Bank Luluskan Pembiayaan Perumahan Dengan Mudah!

Share

Bercadang nak beli rumah, berpuluh borang dah hantar dan macam-macam jenis bank dah pergi untuk mohon pinjaman tapi asyik tak lepas je.Ada baiknya, sebelum nak hantar borang permohonan tu, baca dulu perkongsian nota ringkas daripada Amir Syahir yang banyak memberi ilmu mengenai Hartanah dan Pengurusan Kewangan ini.Gerenti lepas pinjaman tu nanti.

Tip bermanfaat yang beliau kongsikan ini memudahkan pihak bank meluluskan pembiayaan perumahan, sekaligus melayakkan anda memiliki rumah impian.

Berikut antara perkongsian tersebut;

1. Cipta Rekod CCRIS

Tak ada laporan CCRIS tidak bererti pihak bank terus reject permohonan pembiayaan perumahan korang. Mungkin akan dikenakan kadar keuntungan bank agak tinggi daripada orang lain. Daripada laporan CCRIS, pihak bank akan tahu karektor pembayaran balik korang. Adakah seorang culas ataupun bagus.

2. Jadilah Pembayar Yang Baik

Pergi cek laporan CCRIS. Pastikan semua bersih segala nombor lain selain 0,0,0,0,0,0,0 tu. Dah berhutang tu bayarlah dengan jumlah yang tepat pada masa yang ditetapkan.

3. Jangan Mempunyai Sejarah Hitam

Mempunyai sejarah hitam seperti rumah pernah dilelong, kereta pernah ditarik, ataupun di bawah pemantauan AKPK mungkin akan menyukarkan pihak bank nak luluskan pembiayaan perumahan korang. Jadi rancanglah kewangan dengan sebaiknya. Buat bajet dulu. Kalau tak mampu bayar, janganlah beli kereta mewah ye.

4. Jangan Mencapai Kredit Limit Kad Kredit

Janganlah jadi hamba kad kredit. Anggaplah ia sebagai wang kertas. Untuk mohon pembiayaan perumahan janganlah sampai mencapai 70% kredit limit. Bayar semua dulu.

5. Hati-Hati Apabila Jadi Penjamin

Janganlah jadi penjamin sepupu, kawan-kawan, pakwe makwe kalau korang tak berapa yakin dengan kemampuan kewangan dia. Dia nak berhutang untuk kahwin pun, kau janganlah baik sangat nak jadi penjamin dia. Kalau dia tak bayar, kau akan kena.

6. Simpanan

Untuk membeli rumah pertama amatlah digalakkan untuk ada simpanan yang secukupnya. Kalau ansuran pembiayaan perumahan kau nanti RM550 setiap bulan. Elok ada 6 bulan simpanan untuk buat back up di masa hadapan. Dalam RM3300. Lagi banyak lagi bagus. Simpanlah dalam Tabung Haji ataupun ASB. Kepilkan masa mohon pembiayaan perumahan nanti.

7. Baki Bulanan Dalam Akaun Bank

Sekarang bank besar lagi susah nak luluskan pembiayaan perumahan individu yang bergaji bawah RM3000. Ada bank melaksanakan NDI (Net Disposable Income). Apa itu NDI? Nak senang faham ialah baki bersih selepas tolak semua komitmen / hutang. Jika korang tinggal di bandar, NDI kena atas RM1300. Jika di luar bandar baki kena ada RM500. Apa gunanya NDI ni? Untuk kos sara hidup kau lah. Kau kan suka makan kat kedai hipster jeeeee. Kos bayar petrol kereta import mewah korang tu. Kakakaka.

Jangan takut. Pergilah shopping dekat bank tu. Bawa payslip tanya mereka berapa kemampuan pembiayaan perumahan kau orang boleh dapat.

Jadi banyakkan membaca benda faedah dan berilmiah. Berkawan, follow orang yang banyak membantu kau orang. Banyak memberi input positif. Tak dapat semua dapat sedikit pun jadilah. Supaya senang lulus pembiayaan perumahan di masa depan nanti. Terima kasih

Sumber: Amir Syahir

Published by
Suhaidah Abd Wahab