Ads
Home Berita Lelaki Ini Kena Pukau Di Pasar, Elak Jadi Mangsa Dengan Amalkan Ayat...

Lelaki Ini Kena Pukau Di Pasar, Elak Jadi Mangsa Dengan Amalkan Ayat Pendinding Diri

Ads
pukau
Lelaki Ini Kena Pukau Di Pasar, Elak Jadi Mangsa Dengan Amalkan Ayat Pendinding DiriSekarang ini kalau jalan bersendirian, kena extra jaga-jaga. Bukan luaran saja tapi dalaman pun kena kuat. Sebabnya, kalau dah terkena ilmu pukau, kalau tak ada yang tolong tepuk atau sedarkan, boleh hilang barang berharga yang melekat di badan.

Ini kisah peniaga Nasi Lemak Kampung Pandan, Hamdan Harun yang dikongsikan dalam Facebook isterinya, Cik Non.

Masa suaminya, ke pasar nak beli ayam, dia telah dipukau oleh pasangan dari Timur Tengah. Syukurlah ada orang-orang di pasar itu yang membantunya.

Ini Kisahnya

Salam uolls…kita sekadar nak share kisah yg terjadi kat en hubby saya aka Hamdan Harun smlm. Dia kena PUKAU semasa nak beli ayam 3 ekor kat pasar dekat dgn kedai mak saya jew kot.

Patutlah lama jew dia kat pasar tu..ingat dia tolong budak yg jual ayam tu sembelih ayam.Rupanya lain yg terjadi.

ini lah muka2 org middle east yg saya nak korggggg HATI2 takut terkena mcm hubby saya… (Rujuk Fb Cik Non)

Dia BLUR2 ingat x ingat klu korg tgk muka dia masa d tempat kejadian.

Saya berterima kasih bnyk2 kat Akak yg jual ikan & sulaiman yg jual ayam sebab sedarkan hubby saya yg kebinggunan kena PUKAU dgn dia org tu.

Alasannya

Alasan nak change money USD 100 separuh. korg rasa. tapi puashati dpt tangkap 2 org niii. Sorg dpt lari. Pendek kan cerita. Hubby dah buat report polis polis pun dah bawak dia org ke balai. Mungkin kena lokap ..x pasti …cuma risau dia akan buat kat org lain benda yg sama..

so korggg kena berhati2 ya…dgn org2 yg mcm nii..dia buat u leka2 n rampas duit u semua……HATI2 cuma nak bagitau kat uolls semua…..alhamdulilah hubby dah ok…mlm baru ingatan dia back tu normal….n duit semua dah dpt blk…syukur sangat2 dia x apa2.

Ads

tq sekali lagi kat semua yg membantu…org2 pasar & kedai2 depan & akak yg panggil saya & family n nephew2 yg membantu..

Alhamdulilah hubby dah ok..walaupun kadang2 ingat2 lupa tu ada sikit2 lagi….bila kita tanya pasal kes tu….doakan yg baik2 aja tau…inshallah kita sama jaga diri kita bersama2 lah ya.

Tip Elak Pukau

Teknik yang paling kerap digunakan ialah pandangan mata dan sentuhan tangan. Cara lain melalui asap rokok, minyak wangi, melihat sesuatu azimat seperti cincin, besi dan ayat-ayat yang dia minta kita bacakan semula.

Ini panduan elak pukau yang dikongsikan dalam blog Bulan Terang.

1. Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Ads

2. Hindari daripada berbual dengan orang yang mencurigakan seperti penjual (salesman) yang datang ke rumah.

3. Elakkan merenung mata orang yang tidak dikenali dan mencurigakan.

4. Elakkan berjalan seorang diri di tempat sunyi mahupun di tempat awam. Pukau boleh berlaku di mana-mana sahaja, tak kira jantina mahupun tempat.

Ayat/Doa Pendinding

1. Baca doa

Lelaki Ini Kena Pukau Di Pasar, Elak Jadi Mangsa Dengan Amalkan Ayat Pendinding Diri

Ads

“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

2. Ayatul Kursi

3. Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas

4. Berniat mohon Allah menghindari pukau/sihir ketika membaca doa/ayat.

5. Surah Hud ayat 56.

إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ رَبِّي وَرَبِّكُم مَّا مِن دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيم. Baca setiap kali lepas solat.

Sumber: Cik Non & Bulan Terang via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI