Ini cerita sedekah alaf baru. Dari idea #SuspendedGerai yang diinspirasikan dari sharing Facebook Syed Azmi. Projek menderma di bazar dengan cara membeli semua makanan di gerai terpilih dan beri percuma makanan yang dibeli kepada pengunjung.
Salah seorang pengunjung Bazar Ramadan Pasir Putih, Kelantan Mohd Rizal Othman, 34 yang juga Pengerusi Pertubuhan Komuniti Pandan Prihatin dan Sukarelawan NRC11 mempraktikkan idea itu.
“Waktu itu saya ziarah sahabat di Pasir Putih. Singgah di bazaar dan tergerak hati nak buat. So, buatlah. Ada 2 gerai semalam, satu gerai roti nan dan roti john. Satu lagi gerai, dua orang kakak.”
Ketika berjalan di bazaar Ramadan, Mohd Rizal melihat berbagai ragam peniaga. Ada yang laris dan ada yang kurang. Apabila dia membantu peniaga kecil dengan menghabiskan barangan meniaganya. Secara kejutan sebegitu, dia akan dapat riak wajah peniaga yang terkejut dan bersyukur. Baginya itulah detik yang paling indah baginya.
“Akak berdua meniaga roti john dan roti nan ini pasangan sahabat. Peniaga kedua pasangan suami isteri. Ada anak yang masih kecil dan ikut berniaga. Dia main di belakang kedai. Saya tanya dia nak beli semua.
“Dia cakap biasa hasil jualan RM350 so dia kira kutipan jualan yang dah dapat ada lebih kurang RM150. Dan dia setuju jual dengan harga RM200.
Katanya, akan datang Rizal akan menjemput rakan-rakan untuk turut serta dengan idea #SuspendedGerai yang baru dipraktikkan itu.
“Sebab itu saya post di FB, nak ajak kawan-kawan turut serta untuk next projek.”
“Saya beri makanan ini ikhlas dari hati bukan nak cari nama cuma niat nak memberi semula kepada masyarakat. Berkongsi rezeki di bulan Ramadan. Ia lebih pada sharing tje idea dan menginspirasikan orang lain agar mereka boleh buat benda yang sama atau lebih baik,” terangnya yang menetap di Ampang.
Mohd Rizal mempunyai 3 orang anak, Muhammad Adam, 6, Muhammad Alif, 5 dan Siti Hawa, 1 tahun. Isterinya, Mutmainah Usman, 28 sentiasa menyokong usaha suami
“Masa beraktiviti tak menentu. Sering juga saya bawa keluarga bersama. Ayah dan emak juga saya bawa bersama”
Kerja-kerja khidmat sosial sudah biasa dilakukannya. Menziarahi asnaf, anjurkan Makmal Kulinari yang mengajar suri rumah memasak untuk berniaga dengan peralatan sedia ada di dapur dengan modal bahan yang rendah antara projek CSR yang dilakukan.
“Kita juga ada buat projek ringan beban dimana ianya adalah pasar yg menawarkan sayur2an percuma, barangan preloved percuma, pakaian percuma, barangan asas dan makanan kering percuma dan juga makanan dan minuman percuma
.”Usaha tanpa jemu membolehkannya menerima anugerah Best Leader Of The Year yang disumbangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Pastinya usaha murni yang dilakukan oleh Mohd Rizal ini boleh menjadi contoh yang boleh ditiru oleh dermawan yang berkemampuan yang lain. Ramadan ini adalah bulan untuk mengumpul pahala. Tak salah sahut kempen sebegini, sementara masih bersisa untuk beberapa hari lagi.
Sumber/Foto: Facebook Mohd Rizal Othman