Lelaki Ini Bantu Suami Isteri OKU Dari Tepi Highway, Hingga Selesai Urusan Bank
Urusan En Zubair sekeluarga dipermudahkan. Sekarang mereka di Hospital Sungai Buloh untuk dapatkan tarikh bagi rawatan adik Nur Jannah. Lepas ni, tak perlu lagi mereka ke Hospital Ampang. Alhamdulillah, berkat doa dan dukungan kalian.

Berkat hari Jumaat, lelaki ini Zairul Eizam kebetulan terserempak dengan pasangan suami isteri OKU sedang membonceng motosikal tak stabil bersama seorang anak kecil dan bayi di lebuhraya (highway) Guthrie.

Bimbang dengan keselamatan mereka, dia bertukar motosikal. Dia membawa motosikal suami isteri OKU itu, manakala pasangan itu menunggang motosikalnya. Sampai keduanya selamat tiba di kediaman mereka.

Rupanya, bantuan yang dihulurkan bukan habis setakat itu. Selepas kisah yang dikongsikannya menjadi tular, sehingga hari ini, Zairul masih lagi menghulurkan bantuan untuk pasangan ini.

Sebolehnya dia mahu memudahkan urusan transaksi derma yang disumbangkan orang ramai, dapat sampai kepada pasangan ini dengan selamat. Indah kisahnya.

Apa Jadi Selepas Kisah Suami Isteri OKU Ini Tular

Saya dan Tholhah (Adik kepada Zubair) bergegas ke Bank Islam untuk selesaikan isu transactions decline. Bila banyak transaksi dalam satu masa itu sebabnya jadi decline oleh kerana trafik terlalu tinggi.

Pihak Bank Islam cadangkan. Cuba di masa renggang yang lain. Bukan itu saja, mereka juga mendoakan yang membantu dimurahkan rezeki.

Selepas ni kami akan ke Maybank untuk urusan yang sama. Tapi berbeza prosedurnya. Pihak Maybank perlukan buku bank En Zubair untuk selesaikan isu ini.

Buat masa sekarang, kalian boleh menyumbang di akaun Bank Islam dahulu. Ayuh, kita bantu keluarga ini supaya beban mereka diringankan. Ambil berkah penghulu segala hari.

12234020181048 – Bank Islam (Zubair Mohammad)

Cerita Satu Suami Isteri OKU Dan Bayi Di Tepi Highway

Dua kali saya menangis dengan asbab yang berlaku. Luluh hati.

Sekitar waktu maghrib semalam, tengah laju bawa motor dekat Highway Guthrie, perasan ada satu motor ni menunggang macam tak stabil. Dalam hati apa ke halnya ni. Bahaya betul.

Sepintas lalu, saya toleh ke sebelah kiri. Sepasang suami isteri dengan seorang kanak-kanak di depan penunggang dan ada sepasang kaki terjulur di antara pembonceng belakang.

IKLAN

Allahu, ada baby.”

Saya terus berhenti tepi dan menyonsang ke belakang, pergi ke arah motor tadi. Dalam hati, Ya Allah, nasib tak jadi apa-apa. Kalau sebab tak stabil, boleh jatuh motor tu.

Bang, kenapa ni.” Tanya saya.

Terpinga-pinga nak jawab soalan. Lantas si isteri tadi, bagi bahasa isyarat yang mereka tak boleh bercakap.

Rupanya Angin Tayar Kurang

Tersepak di lamunan. Pasangan suami isteri ini OKU Pendengaran. Mereka hanya mampu berbahasa isyarat. Saya ke arah tayar belakang. Rupanya angin tayar kurang.

Terus dapat idea, saya keluarkan handphone dan taip apa yang berlaku. Kemudian saya tanya rumah di mana. Si isteri yang sedang kendong baby, cuba membalas soalan saya.

Bukit Subang.”

IKLAN

Kebetulan ada pakcik turut sama bantu dan bagi cadangan supaya tukar motor. Saya bawa motor mereka dan mereka sekeluarga naik motor saya. Terus setuju, sekurang kurangnya, mereka selamat sampai ke rumah. Pak cik tu sempat hulur not 10 pada si suami.

Saya tonjol dari belakang sampailah ke Caltex Denai Alam untuk bantu isi angin tayar. Sempat juga saya tanyakan pada si isteri kerja di mana.

Yelah saya beranggapan, mungkin mereka bekerja dan hantar ke rumah pengasuh yang berdekatan dengan tempat kerja. Tapi sangkaan saya meleset. Jawab si isteri,

Tak kerja. Kami dari Hospital Ampang. Check up baby. Ada masalah hearing.”

Isteri OKU Menangis Bila Tahu Saya Nak Bantu

Terus saya menangis. Berkata dalam hati. Apa Tuhan nak tunjuk pada aku ni. Saya terus taip di Whatsapp, nyatakan bagi saya bawa motor si suami ni, sampai ke rumah. Mereka bersetuju.

Sampai di premis perumahan flat kos rendah berdepan Surau Al Mahdi, Taman Bukit Subang, Shah Alam. Saya parkir dan serahkan kunci motor mereka. Malah, saya nekad nak bantu mereka. Saya nyatakan yang saya nak tulis cerita di Facebook untuk bantu mereka. Dengan izin Allah, bantuan sampai.

Bila mana saya nyatakan begitu, si isteri dan suami tadi mengalirkan air mata. Mungkin merasakan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Mereka juga maklum, anak sulung, sempurna tapi ini speech delay. Tak semena-mena saya sekali lagi menyeka air mata melihat si ibu mengendong Nur Jannah dan si ayah memimpin Muhammad Ziyad Wafi.

IKLAN

Kawan-kawan, jika datangnya peluang untuk kita bantu, kita cepat-cepat hulurkan bantuan. Yakinlah. Dengan kudrat yang kita ada, waimah dengan berkongsi entri ini atau berkongsi wang ringgit yang ada ianya akan memudahkan urusan dan tugasan keluarga ini.

Bagi kalian yang ingin membantu, saya sertakan nombor akaun dan nombor telefon si ayah.

12234020181048 – Bank Islam (Zubair Mohammad)
atau
151044019060 – Maybank (Zubair Mohammad)

0129414966 – En. Zubair Muhammad

Facebook – Zubair Muhammad

Selain tu, saya lampirkan foto dan video untuk tontonan kalian semua. Klik link : https://www.facebook.com/adithyazear/posts/4129465403746180

Terima kasih. Moga Tuhan permudahkan segala urusan dan tugasan kita semua.

UPDATE : Urusan En Zubair sekeluarga dipermudahkan. Sekarang mereka di Hospital Sungai Buloh untuk dapatkan tarikh bagi rawatan adik Nur Jannah. Lepas ni, tak perlu lagi mereka ke Hospital Ampang.

Artikel berkaitan :Wanita OKU istimewa, cekap pandu kereta guna kaki

MW : Semoga suami isteri OKU ini dipermudahkan urusan olehNya. Dan lelaki ini, Zairul Eizam dimurahkan rezeki olehNya kerana usahanya untuk membantu memudahkan urusan pasangan yang sedang diuji ini.

Sumber/Foto : Zairul Eizam

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI