Lelaki Ini Ajar Cara Mudah Guna Mesin Deposit Syiling, Tak Perlu Asingkan Duit Satu Persatu!

Share

Jika dekat rumah ada lebihan duit syiling yang disimpan dalam tabung, bekas mahupun letak bersepah dan merata-merata, ada baiknya simpan duit tersebut dalam akaun bank.Meskipun duit syiling, bila dikumpulkan boleh tahan juga banyaknya.

Sebenarnya ada cara mudah untuk mak-mak simpan duit syiling tersebut dengan menggunakan mesin deposit syiling yang ada di bank.Cara ini lebih mudah, tak perlu asingkan duit syiling mahupun kira satu persatu.

Berikut merupakan perkongsian dan tunjuk ajar oleh Anan Adli cara untuk menggunakan Mesin Deposit Syiling ini sebagai panduan;

Assalamualaikum! Saya nak share tentang mesin deposit syiling. Korang ada banyak siling tak kat rumah? Dalam tabung ke, dalam bekas ke. Kalau ada, korang boleh masukkan syiling-syiling tersebut ke dalam mesin deposit syiling. Maybe ada yang tak tahu lagi kan. Mudah sangat! Ok yang ni saya share kan menggunakan Maybank ye. Bank lain saya tak cuba lagi.

Ini Cara-Caranya:

1.Pergi ke cawangan yang ada mesin ni. Tak semua cawangan Maybank ada. Untuk cawangan yang ada mesin ni, anda boleh rujuk kat bawah nanti.

Mesin Deposit Syiling

2.Masukkan syiling anda. Tak perlu asingkan pun duit syiling tu. Mesin ni intelligent untuk asingkan setiap syiling. Hehe. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit baru dan lama dia terima. Tapi duit negara lain dia tak terima tau.

Masukkan duit syiling anda di sini. Tekan butang ‘A’ untuk mesin start kira syiling.

3.Tekan butang ‘A’ untuk start. Mesin akan start masukkan syiling. Setelah seketika mesin akan stop. Tekan balik butang ‘A’ untuk continue. Duit-duit yang tak diterima ketika itu akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Ambil dan cuba masukkan balik.

4.Setelah selesai, tekan butang ‘B’. Mesin akan keluarkan 2 resit. Satu untuk anda simpan, satu lagi pihak bank akan ambil. Anda kena isikan nama, no acc dan juga no telefon.

Resit ini untuk anda simpan. Ada tertera total jumlah duit syiling dan jumlah setiap syiling yang dimasukkan.

5.Tunjukkan resit tersebut kat kaunter khidmat pelanggan. Anda akan diberikan form untuk diisi. Isi nama, no acc dan jumlah wang syiling yang dah di deposit tadi.

Resit ni untuk anda isi dan berikan kpd kaunter khidmat pelanggan. (Ni resit contoh. Resit saya tadi lupa nak ambil gambar ?)

6.Beri form dan resit tersebut ke kaunter khidmat pelanggan. Siap! Wang anda akan masuk ke acc petang nanti (kalau pergi pagi la).

Alhmdulillah deposit syiling pagi tadi kul 9.30, kul 3 dah masuk dalam acc ?

Sedikit Info dan Peringatan :

Sebelum pergi, cuba call dulu cawangan tersebut untuk check availaibility of the machine. Kot-kot tengah maintenance ke kan. Kot-kot dah takde ke kan. Buang masa je datang.

Waktu operasi bank ialah 9.15am – 4.30pm. Mesin ni ikut waktu operasi bank. Dia bukan macam cash deposit machine mcm biasa tu. Sebab resit tu kena bagi balik kat kaunter khidmat pelanggan.

Resit tu valid SATU HARI je tau. Lepas dapat resit kat machine, terus ke kaunter khidmat pelanggan. Jangan gatal pegi esok pulak. Haha.

Kira betul-betul jumlah syiling tu. Make sure jumlah sama dgn yang dikira di mesin.

Maybank Coin Deposit Machine: (list diambil dari website M2U):

KL Main Branch
Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
Shah Alam Main Branch
USJ Subang Jaya Branch
Seremban Branch
Jelapang Branch
Melaka Main Branch
Johor Bahru Main Branch
Jelutong Branch
Alor Star Branch
Taman Tas Branch
Kuala Terengganu Branch
Kota Bharu Branch
Wisma Satok Branch
Kota Kinabalu Branch
Rawang Branch
Bandar Baru Selayang Branch
Bandar Sunway Branch
Equine Park Branch
Station 18, Ipoh Branch
Skudai Branch
Batu Pahat Branch
Prai Industrial Estate Branch
Legenda Heights Branch
Pulau Langkawi Branch
Paka Branch
Tanah Merah Branch
Mutiara Damansara Branch

So jangan letak merata rata duit syiling tu. Kumpul dalam tabung, dah banyak boleh masukkan dalam mesin tadi. Selamat menabung!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Anan Adli

Published by
Suhaidah Abd Wahab