Lelaki Diuji Saat Senang, Isteri Tuntut Cerai Dari Pakar Motivasi Juga Youtuber Terkenal Berpoligami Dalam Diam

Share

Lelaki diuji saat senang, isteri  tuntut cerai dari pakar motivasi juga Youtuber terkenal berpoligami dalam diam

Benarlah, lelaki diuji saat dirinya senang namun ketika susah hanya ada isteri yang setia di sisinya. Namun ketika diulit kemewahan, mereka akan memilih perempuan lain untuk berkongsi “kesenangan” tersebut hingga melukakan hati iseri yang tidak mahu berkongsi kasih dengan  perempuan lain.

Lelaki Diuji Saat Senang

Di negara jiran, sorot dengan kisah pakar motivasi, Youtuber, ahli perniagaan, penulis buku dan juga konsultan marketing Dewa Eka Prayoga yang rasmi bercerai.  Eka antara  antara individu berpengaruh yang mempunyai jutaan pengikut di saluran Youtubenya selain banyak syarikat-syarikat besar memanggilnya memberi ceramah motivasi kepada pekerja  mereka.

Namun di sebalik kesenangan dikecapinya, dirinya memilih berpoligami dalam diam hingga melukakan hati isterinya, Wiwin Supiyah yang juga mengusahakan butik Muslimah.

Kisah perceraian mereka menjadi sorotan media kerana di awal perkahwinan, Dewa diburu oleh orang ramai yang mahu menuntut kembali wang mereka yang ditipu sebanyak Rp 7.7 miliar yang dibawa lari oleh orang atasannya.

Di saat dia tidak punya apa-apa, isterinya, Wiwin menguatkan semangatnya untuk teruskan kehidupan walau perkahwinan keduanya dibantah.

Kata Wiwin, “Aku percaya kamu bisa lewati ujian ini. Aku yakin kamu mampu. Aku akan support apapun keputusanmu. Aku sayang kamu…

Dengan kata-kata itu, walau dirinya diisytiharkan bangkrup, tapi Dewa merasakan satu semangat lain.

Pasangan ini dikurniakan dua orang anak

Kesedihan, kegelisahan dan keputusan yang seolah menjadi selimut tebal menutupi nasib dan takdir dirinya hingga dia merasakan sudah tidak berguna lagi hidup, kembali bangkit.

“Allah hadirkan bidadari syurga untuk menguatkanku, meyakinkanku dan akan sentiasa bersamaku dalam menjalani ujian ini,” kata Dewa yang kemudian membuktikan dirinya adalah lelaki dan suami yang berguna untuk keluarganya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ikon Poligami Ada Nasihat Untuk Sarah, Kongsi Tip KUNCI POLIGAMI Bentuk Keluarga Bahagia

“Nak Poligami Kekuatan Bukan Letak Di Poket Semata Tapi Terletak Pada Iman Di Dada”

Ashraf Dedah Ramai Lelaki Minta Tip Poligami, Keharmonian Rumah Tangga Dua Pasangan

Saat itu, Wiwin bersusah payah bangun memasak untuk suaminya membuat jualan. Bahkan suaminya juga pernah diuji dengan masalah saraf hingga semua urusan perlu dibantu semasa terlantar di hospital

Masa yang sama, dirinya mula hamil anak sulung dan ia menerima tekanan kerana sudahlah miskin, mengandung pula.

Isteri Tuntut Cerai Dari Pakar Motivasi Juga Youtuber Terkenal Berpoligami Dalam Diam

Tapi perjalanan hidup mereka kembali berubah selepas kisah hidup Dewa ditulis dari kisahnya hidup susah hinggalah seorang dikenali dan ia menjadi buku terlaris di pasaran yang mana orang ramai terinspirasi dengan kisahnya.

Dia cukup dikenali kerana idea-ideanya dalam bisnes yang sangat berjaya dan dilihat sentiasa menghargai isterinya, Wiwin.

Ternyata kata-katanya menjerat diri sendiri yang mana ketenangan hati itu tidak diperolehnya selepas berpoligami

Menjadi Youtuber terkenal, seorang ahli perniagaan, konsultan perniagaan marketing dan lain lagi dan ketika namanya di kemuncak, dia memilih berpoigami dalam diam hingga akhirnya pasangan yang dilihat menjadi sorotan media sejak semalam.

Benarlah, lelaki diuji saat senang. Dihimpit wanita lain saat dirinya di puncak kejayaan hingga dia melupakan pengorbanan isteri saat dirinya tidak memiliki apa-apa. Sumber :- Tribunnews /  Liputan 6.com

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros