Lelaki diuji saat senang, isteri tuntut cerai dari pakar motivasi juga Youtuber terkenal berpoligami dalam diam
Benarlah, lelaki diuji saat dirinya senang namun ketika susah hanya ada isteri yang setia di sisinya. Namun ketika diulit kemewahan, mereka akan memilih perempuan lain untuk berkongsi “kesenangan” tersebut hingga melukakan hati iseri yang tidak mahu berkongsi kasih dengan perempuan lain.
Lelaki Diuji Saat Senang
Di negara jiran, sorot dengan kisah pakar motivasi, Youtuber, ahli perniagaan, penulis buku dan juga konsultan marketing Dewa Eka Prayoga yang rasmi bercerai. Eka antara antara individu berpengaruh yang mempunyai jutaan pengikut di saluran Youtubenya selain banyak syarikat-syarikat besar memanggilnya memberi ceramah motivasi kepada pekerja mereka.
Namun di sebalik kesenangan dikecapinya, dirinya memilih berpoligami dalam diam hingga melukakan hati isterinya, Wiwin Supiyah yang juga mengusahakan butik Muslimah.
Kisah perceraian mereka menjadi sorotan media kerana di awal perkahwinan, Dewa diburu oleh orang ramai yang mahu menuntut kembali wang mereka yang ditipu sebanyak Rp 7.7 miliar yang dibawa lari oleh orang atasannya.
Di saat dia tidak punya apa-apa, isterinya, Wiwin menguatkan semangatnya untuk teruskan kehidupan walau perkahwinan keduanya dibantah.
Kata Wiwin, “Aku percaya kamu bisa lewati ujian ini. Aku yakin kamu mampu. Aku akan support apapun keputusanmu. Aku sayang kamu…
Dengan kata-kata itu, walau dirinya diisytiharkan bangkrup, tapi Dewa merasakan satu semangat lain.
Pasangan ini dikurniakan dua orang anak
Kesedihan, kegelisahan dan keputusan yang seolah menjadi selimut tebal menutupi nasib dan takdir dirinya hingga dia merasakan sudah tidak berguna lagi hidup, kembali bangkit.
Ads
“Allah hadirkan bidadari syurga untuk menguatkanku, meyakinkanku dan akan sentiasa bersamaku dalam menjalani ujian ini,” kata Dewa yang kemudian membuktikan dirinya adalah lelaki dan suami yang berguna untuk keluarganya.
Saat itu, Wiwin bersusah payah bangun memasak untuk suaminya membuat jualan. Bahkan suaminya juga pernah diuji dengan masalah saraf hingga semua urusan perlu dibantu semasa terlantar di hospital
Masa yang sama, dirinya mula hamil anak sulung dan ia menerima tekanan kerana sudahlah miskin, mengandung pula.
Ads
Isteri Tuntut Cerai Dari Pakar Motivasi Juga Youtuber Terkenal Berpoligami Dalam Diam
Tapi perjalanan hidup mereka kembali berubah selepas kisah hidup Dewa ditulis dari kisahnya hidup susah hinggalah seorang dikenali dan ia menjadi buku terlaris di pasaran yang mana orang ramai terinspirasi dengan kisahnya.
Dia cukup dikenali kerana idea-ideanya dalam bisnes yang sangat berjaya dan dilihat sentiasa menghargai isterinya, Wiwin.
Ternyata kata-katanya menjerat diri sendiri yang mana ketenangan hati itu tidak diperolehnya selepas berpoligami
Menjadi Youtuber terkenal, seorang ahli perniagaan, konsultan perniagaan marketing dan lain lagi dan ketika namanya di kemuncak, dia memilih berpoigami dalam diam hingga akhirnya pasangan yang dilihat menjadi sorotan media sejak semalam.
Benarlah, lelaki diuji saat senang. Dihimpit wanita lain saat dirinya di puncak kejayaan hingga dia melupakan pengorbanan isteri saat dirinya tidak memiliki apa-apa. Sumber :- Tribunnews / Liputan 6.com
Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setelah sepuluh tahun menanti cahaya mata, jururawat ini meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19 dari pesakit. Allahuakbar, berat ujiannya.
Dia pergi sebelum sempat menatap dan memeluk cahaya mata yang dinanti sejak sekian lama. Semoga syurga balasannya.
Jururawat Meninggal Selepas Dijangkiti Covid-19
Seorang jururawat yang juga ibu hamil meninggal dunia akibat COVID-19, di Hospital Sultan Ismail Petra dekat Kuala Krai, kelmarin.
Norfaizah Mohamed Nor, 34, menghembuskan nafas terakhir jam 3.02 pagi.
Sepuluh Tahun Menanti Cahaya Mata
Difahamkan, wanita berkenaan yang menunggu kehadiran anak sulungnya sejak 10 tahun yang lalu. Dirinya terpaksa melahirkan zuriat itu dalam keadaan pramatang secara pembedahan, ketika kandungan berusia kandungan 26 minggu.
Wanita itu dijangkiti COVID-19 bagi kategori 5 dan dipercayai mendapat wabak itu daripada pesakitnya.
Bayi wanita itu ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan wanita itu yang juga jururawat meninggal dunia akibat COVID-19 semalam.
Beliau berkata, Allahyarhamah jururawat di Hospital Gua Musang dan seorang petugas yang berdedikasi.
“Jenazah wanita itu dikebumikan di Kampung Lembaga, dekat Gua Musang,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Mingguan Wanita : Lagi satu kematian ibu hamil, semoga syurga balasannya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya setelah bertungkus-lumus membantu orang lain selama ini. Al-Fatihah.
Dunia akhir zaman semakin menakutkan. Ketika, para isteri cuba mempertahankan hak dan harapan bahagia dalam rumah tangga yang dibina. Ada isteri yang semakin berani menduakan suami, curang dengan lelaki lain.
Perkahwinan yang dibina bersama suami selama 7 tahun tak lagi dipandang indah oleh isteri ini. Tiga orang cahaya mata lahir dari perkahwinan mereka juga tak lagi menzahirkan bahagia di hati.
Inilah yang berlaku dalam rumah tangga pasangan muda berusia 32 dan 23 tahun, yang mana isteri ini telah ditangkap khalwat dengan lelaki lain oleh suaminya sendiri.
Sudahnya dalam Mahkamah Rendah Syariah, Kota Bharu, ibu anak tiga ini diceraikan dengan talak satu. Lafaz tersebut, dilafazkan di hadapan Hakim Zahari Mohd Yusoff mengikut Seksyen 47 Permohonan Perceraian Enakman Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002.
Berbalah Di Luar Mahkamah
Tidak cukup dengan itu, sebaik saja keluar dari mahkamah suasana kecoh terjadi antara pasangan tersebut. Sehingga terpaksa ditenangkan oleh pihak polis dan ahli keluarga.
Kata bapa yang mahu dikenal sebagai Atiq, 32, pada 25 Oktober lalu di sebuah hotel dekat utara tanah air dia telah menangkap isterinya yang sedang berkhalwat dengan lelaki lain.
Luluh hati suami ini apabila isterinya sanggup menduakan dirinya. Walhal mereka sudah ada tiga orang anak usia antara setahun hingga enam tahun.
Dalam Bilik Nampak Isteri Dengan Lelaki Lain
Ketika di hotel tempat isterinya ditangkap, suami ini bersama rakan, pejabat agama dan polis ke hotel tersebut. Rakannya memaklumkan yang kereta miliknya ada di hadapan hotel berkenaan.
Sebaik saja masuk ke sebuah bilik, dia lihat isterinya bersama lelaki lain.
Dia bersama rakan, pejabat agama dan polis ke hotel itu selepas diberitahu oleh rakan kereta miliknya diletakkan di hadapan hotel berkenaan.
Jelasnya, sebaik sahaja masuk ke sebuah bilik, dia melihat isterinya bersama dengan lelaki lain.
Akhirnya Kesabaran Teruji..
Memikirkan anak-anak, lelaki yang bekerja di Ipoh, Perak ini cuba bertahan dengan perkahwinannya.
Namun, perbuatan kecurangan isteri membuatkan dia membawa pulang anak ke Kota Bharu dan melafazkan cerai. Tidak sanggup dia melihat kecurangan itu terus-terusan berlaku.
Luahnya di luar Mahkamah Syariah di Tunjang, Kota Bharu.
Seharusnya sebagai isteri, seandainya berlaku apa-apa konflik dalam rumahtangga, janganlah jalan ‘curang’ jadi pilihan. Masih banyak cara lain yang boleh dipilih untuk pulihkan keretakan yang jadi.
Kerana, jika berita kecurangan sebegini terjadi, akhirnya isteri juga yang akan kehilangan haknya sebagai ibu pada anak-anaknya. Alangkah sayangnya.
Sumber/Foto : Berita Harian, Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Adilla Idris telah berkongsi kisahnya yang kini sedang menjalani kuarantin kerana positif Covid-19 di Hospital Sungai Buloh.
Menurut Adilla yang pernah mendapat jolokan ‘Ratu Keroncong Malaysia’ dan merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza Musim Pertama, dia dimasukkan ke Pusat Kuarantin Covid-19 Sungai Buloh pada 23 Disember.
Adilla Idris Jalani Kuarantin, “Doakan Saya Cepat Sembuh”
Menerusi laman sosial Facebook, penyanyi yang juga kakak ipar kepada Raja Azura, dia mendapat jangkitan dari seorang rakan.
“Good morning all…. Alhamdulilah hari ni dua hari sudah berada di pusat kuarantin Covid19 Sungai buloh. “Saya di sahkan positif selepas mendapat jangkitan dari seorang kawan. Saya tak ada apa-apa simptom pun cuma selsema dan sesekali batuk. “Alhamdulilah famili semuanya sihat dan negative. “Doakan saya cepat sembuh ya kawan-karan. “Buat kawan-kawan kalau pergi swab test dan disahkan positif, jangan panik ya. Bertenang dan rehatkan diri. Sebenarnya kat sini kita kena berehat and reda atas ketentuannya. InsyaAllah everything will be fine,” tulis Adilla.
“Menangis Bagai Nak Rak Masa Mula-Mula Tahu Positif”
Adilla yang terkenal dengan sikapnya yang ceria juga memberitahu dirinya berada dalam keadaan yang baik dan bersyukur kerana kakitangan hospital sangat baik dan banyak membantu.
Isteri kepada Tengku Ngah Putra Tengku Ahmad Tajudin dan ibu kepada empat cahaya mata ini turut menyatakan ketika mengetahui dirinya positif Covid-19 dia berasa cukup sedih dan di fikiran berlegar pelbagai masalah yang mendatang.
“Alhamdulilah dah masuk hari keenam kat sini, sedap sikit rasa badan. Hospital ni semua ada. Kalau ada masalah cepat-cepat nurse dan doktor akan bantu. Bertahun tak masuk hospital. Last dulu masa bersalinkan princess, 13 tahun dulu dah lamanya.
“Apapun pada semua kawan-kawan jika anda didapati positif jangan sedih sangat. Saya pun nangis bagai nak rak masa diberitahu positif.
“Dalam fikiran macam-macam fikir.But whatever it is just think for yourself first. You must be strong then only you can survived everything insyaAllah. Family first, Apapun cuma beritahu pada keluarga. Mereka akan memahami.
Seorang yang ceria dan tetap berdandan walaupun berada di dalam wad.
Akui Mampu Lalui Cabaran Ini
“Untuk orang luar memang akan pandang negatif tapi kita mampu lalui cabaran ini. Just ignore them. This is the time we will know whose our true friends.
“Pada saya alhamdulilah I have a lot of lovely and kind friends who not only love but care for me and my family. Terima kasih buat anda semua.
“Will keep posting insyaAllah. Just to let you know I’m fighting hard but still maintaining my cuteness everyday,” tulis Adilla yang masih ditahan di Pusat Kuarantin Hospital Sungai Buloh.
MW: Kami mendoakan agar Adilla cepat sembuh dan sentiasa kuat.