Lelaki Diserang Sakit Jantung, Tertekan Ajar Anak Kerja Sekolah Matematik!

Share

Mengajar dan membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Mak ayah kena tahu kawal kemarahan, jika tidak memang mudah naik darah dan ‘menyinga’ pada anak-anak.Malah kesannya juga boleh memburukkan kesihatan terutamanya pada kesihatan jantung.

Seorang ayah di China diserang sakit jantung dipercayai tertekan ketika mengajar subjek matematik kepada anaknya.Ketika kejadian 4 Oktober lalu itu, lelaki dikenali sebagai Liu itu dikatakan membantu anaknya menyiapkan kerja sekolah.

Liu sebelum ini mengalami sakit di dada namun dia tidak menyangka itu adalah petanda sakit jantung.

Media tempatan melaporkan dia yang berusia 45 tahun berang selepas mengajar anaknya menyelesaikan soalan matematik sama, sebanyak tiga kali.

Gambar hiasan

Pengsan Sakit Jantung

Sebaik melepaskan kemarahannya, dia tiba-tiba rasa sakit di bahagian dada dan sesak nafas.Tidak lama selepas itu, Liu pengsan dan segera dikejarkan ke hospital di Shenzen bagi pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan perubatan kemudian mengesahkan Liu pengsan kerana diserang sakit jantung. Namun, ketika menerima rawatan, dia sekali lagi pengsan.Ia menyebabkan doktor membuat pemeriksaan rapi sebelum mengesahkan saluran arterinya sudah tersumbat.

Tekanan Bantu Anak Siapkan Kerja Sekolah

Pasukan perubatan berpendapat serangan jantung itu disebabkan tekanan ketika dia membantu anaknya menyiapkan kerja sekolah.Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tahap kesihatan terkini Liu.

Berdasarkan jurnal perubatan, penyakit jantung menjadi penyebab kematian utama bagi rakyat Amerika Syarikat.

Sementara itu, di Malaysia, penyakit jantung koronari menjadi punca kematian utama penduduknya.

Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan, jumlah kematian akibat penyakit jantung koronari di negara ini pada 2018 adalah 18,267 orang.

Baca Lagi Di Sini:
BAHAYA Air Liur Kucing Boleh Bawa Maut,Komplikasi Kegagalan Jantung & Mata Buta

Petanda Awal Jantung Bermasalah, Ramai LAMBAT Sedar & Tak Ambil Peduli!

MW: Selalunya memang tak sabar bila nak ajar anak ni. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi.Namun paling penting mak ayah berhati-hatilah iya, kawal tekanan dan kemarahan ketika ajar anak.

Sumber: Hmetro

Published by
Suhaidah Abd Wahab