Gambar Hiasan

Dalam setiap perhubungan perlu ada batasan, tak kiralah lelaki atau perempuan dan rapat macam mana pun dengan seseorang. Apabila kepercayaan dikhianati, memang perit perasaannya, lebih-lebih lagi kawan baik sendiri.

Seorang lelaki di Taiwan menyaman sahabat karibnya sebanyak 1.2 juta yuan (RM787,951) kerana menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Lelaki hanya dikenali sebagai Li itu pada awalnya bersahabat baik dengan rakan sekerjanya, Shi. Mereka merupakan anggota polis di Bandar Baharu Taipei.

Kerap Datang Rumah

Disebabkan hubungan yang akrab, Shi kerap pergi ke rumah Li selepas lelaki itu berkahwin dengan isterinya pada 2018.

Akibat sering bertemu, Shi dan isteri Li menjadi semakin rapat dan melakukan hubungan terlarang tanpa pengetahuan Li. Hubungan mereka akhirnya didedahkan oleh isteri Li sendiri kerana enggan terus berahsia.

Dikhianati Kawan Baik

Selepas mengetahui perkara itu, Li berasa amat marah kerana dikhianiati oleh rakan baiknya.

Ads

Selain mahu bercerai dengan isterinya, dia turut mengemukakan tuntutan saman ke atas Shi sebanyak 1.2 juta yuan (RM787,951) kerana mengganggu rumah tangganya.

Ketika perbicaraan, Shi mengakui perbuatannya dan meminta maaf selain memohon mahkamah meringankan jumlah saman kerana mengakui sedang menjaga ibu bapanya yang telah uzur.

Bayar Pampasan Memusnahkan Perkahwinan

Pihak mahkamah akhirnya membuat keputusan agar Shi membayar pampasan sebanyak 600,000 yuan (RM393,961) kepada Li atas hujah bahawa dia telah bertindak melampaui batas dengan memusnahkan perkahwinan rakan baiknya itu sehingga menyebabkan kerugian kepada banyak pihak.

Mesti Baca:Ramai Tak Sedar Punca Retaknya Rumahtangga Juga Bermula Di Tempat Kerja!

Ads

Baca Lagi Di Sini:Rata-Rata Bila Ditanya Bab SKANDAL, Banyak Bermula Dari Tempat Kerja!

Artikel Menarik:‘Lelaki Curang, Masa Seronok Lupa Anak, Bini.’ Bila Hilang Segala, Baru Ingat Keluarga

Ads

Mingguan Wanita: Peritnya dikhianati kawan baik sendiri. Paling penting dalam apa juga perhubungan kena jaga batasan.Tak kiralah suami atau isteri. Bila kerap berdua, memang ada godaan dari yang ‘ketiga’.

Sumber: Kosmo

Follow kami
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI