Lelaki dimadukan, mahkamah syariah sahkan wanita dua suami masih pasangan suami isteri. Kes yang sangat luar biasa namun ia telah tercipta. Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah dua hari lalu mengesahkan lelaki yang mendakwa telah dimadukan oleh isterinya, masih lagi kekal sebagai suami isteri yang sah.
Hakim Ahmad Hariri Mohd Saat berkata, keputusan itu dibuat selepas Rahaman Mohamed Jaafar, 47, membuat sumpah penafian yang dirinya tidak pernah sesekali melafazkan cerai terhadap isterinya, Wan Nor Shakirin Wan Abdul Razak, 32.
Lelaki Dimadukan
Rahaman meluahkan rasa bersyukur dengan keputusan itu dan menegaskan dia tidak akan melepaskan isterinya itu kerana masih ada rasa sayang terhadapnya.
“Alhamdulillah, saya berani bersumpah kerana saya tidak pernah melafazkan cerai talak tiga sebagaimana yang didakwa isteri.
“Sehingga kini saya masih sayangkan isteri kedua saya dengan apa yang dia lakukan terhadap saya sehingga berkahwin dengan lelaki lain.
“Walaupun isteri ada memfailkan cerai, saya tidak akan melepaskannya kerana sayang saya terhadap dia masih kuat,” katanya.
Mahkamah Syariah Sahkan Wanita Dua Suami Masih Pasangan Suami Isteri
Dalam kes ini dibicarakan, Wan Nor Shakirin yang tidak diwakili peguam bagaimanapun tidak hadir pada prosiding angkat sumpah oleh suami pertamanya itu.
Wan Nor Shakirin sebelum ini memberitahu mahkamah Rahaman sudah melafazkan cerai talak tiga ke atasnya namun Rahaman menafikan perkara itu.
Memetik laporan media, pasangan itu bernikah pada 2 Januari 2019 di Narathiwat, Thailand dan telah disahkan mengikut hukum syarak pada 6 Jun lalu. Pernikahan mereka juga telah didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah.
Bagaimanapun, Rahaman mendapat maklumat daripada pihak Pejabat Agama Shah Alam, Putrajaya bahawa isterinya itu telah berkahwin lagi dengan seorang lelaki lain, Mohd Kamarulazhar Ayob, 42.
Melalui peguamnya, Marzuqi Muhamad, dirinya memfailkan tuntutan faraq (perpisahan) nikah terhadap Wan Nor Shakirin dan Mohd Kamarulazhar di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.
Susulan itu, pada 7 Ogos lalu, mahkamah meluluskan perintah faraq nikah perkahwinan di antara isterinya dan Mohd Kamarulazhar sehingga kes pengesahan lafaz cerai antara mereka selesai sebelum kes tuntutan faraq nikah berkenan disambung.
Mahkamah menetapkan 22 Oktober ini sebagai tarikh sebutan permohonan cerai yang difailkan oleh Wan Nor Shakirin. Sumber:Sinar Harian
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– DIMADUKAN, DICERAIKAN Wanita Sedarlah KEHILANGAN SUAMI Kecil Berbanding Nikmat Tubuh Badan Allah Pinjamkan
Isteri Ada Pakej Lengkap, Beragama, Bijak. Apa Alasan LELAKI BERPISAH? Ini Pandangan Peguam Syarie
Walaupun Baru Dua Minggu Berkahwin, Wanita Ini Bersedia Dimadukan & Ikhlas Menerimanya
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI