Lelaki Bernama ‘KENTUT’ Tukar Nama Baru, IHSAN HADI, Tak Mahu Anak Malu, Diejek Kawan

Share

Bernama ‘Kentut’. Mahunya ia menjadi trauma buat lelaki ini bila namanya sedemikian rupa. Tak kurang juga jadi bahan lawak oleh sesiapa saja yang mendengarnya.

Malunya bila disebut nama ‘Kentut’. Bukat setakat perasaannya tapi tertanya-tanya bagaimana mak ayah terfikir untuk letakkan nama anak sedemikian. Mungkin masa kecil tidaklah ketara tapi bila dah makin membesar dan tahu makna nama itu, tentu rasa rendah diri dan malu.

Inilah yang berlaku kepada lelaki bernama ‘Kentut’, kerana nama ini jugalah dia sembunyikan identiti. Akhirnya selepas 31 tahun dengan gelaran itu, hakim membenarkan dia menukar nama baru.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Tak Kisah Diejek, Nekad Kahwin Niat Ikhlas Tolong Ibu Tunggal Anak 5

Akibat Selalu Diejek, Lelaki NEKAD Buat 9 Pembedahan Ubah Wajah & Penampilan!

Bernama Kentut Tukar Kepada Ihsan Hadi

Secara rasminya, lelaki bernama Kentut berjaya menukar nama kepada Ihsan Hadi selepas 31 tahun menyembunyikan identiti.

Kentut bersyukur selepas hakim Mahkamah Daerah Tangerang, Banten di Indonesia membenarkan keputusan untuk menukar namanya.

“Saya lega, bertambah semangat dan yakin,” kata Ihsan Hadi

Ihsan terpaksa mengambil keputusan mengubah nama selepas takut anak lelakinya akan dihina jika mempunyai ayah bernama Kentut.

“Saya mempunyai 3 orang anak, 2 lelaki seorang perempuan, saya tidak mahu mereka berasa dihina jadi saya membuat keputusan ini,” kata Ihsan.

“Saya tidak selesa sejak zaman kanak-kanak kerana sering diejek oleh rakan-rakan,” kata Ihsan. Dia juga selalu bertanya kepada ibu bapanya mengapa dinamakan sedemikian.

“Ibu berkata, ia nama yang baik dan tidak membawa apa-apa bermakna, itu sahaja,” kata Ihsan.

Kerap Dihina

Selama 30 tahun, warga Jalan Nyiur IV, Kelurahan Kunciran, Kecamatan Pinang, Kota Tangerang, ini mengaku kerap dihina, bahkan dibuli oleh penduduk sekitar.

Kini, pemuda yang tiap hari menjual mi ayam ini mampu bernafas lega. Ini kerana mahkamah Negeri Tangerang telah meluluskan permohonannya untuk mengganti nama Kentut menjadi Ihsan Hadi.

Fakta Nama Kentut Perlu Ditukar

1. Anak Menangis, Kerap Diejek

Setiap kali pulang ke sekolah, pasti anaknya menangis. Itulah titik awal tekadnya untuk tukar nama menjadi Ihsan Hadi. Dia mengaku anaknya kerap menangis dan mengurung diri di bilik sebab malu ada yang bernama Kentut.

“Pernah waktu itu anak saya tak mahu ke sekolah kerana terus-menerus diejek kentut oleh kawan-kawannya,” kata pemuda yang kini bernama Ihsan Hadi. Bukan itu saja, ejekan dari kawasan perumahannya juga kerap diterima Hadi dan keluarganya..

Pernah ayah kepada tiga orang anak ini menguruskan dokumen kependudukan di Jabatan Pendaftaran. Ketika namanya disebut Kentut, petugas memarahi kerana beranggapan dia mengada-ngada.

2. Pilihan Nama Ihsan Hadi

Semasa dia berusia 6 tahun dan bersekolah, gurunya sendiri merasa pelik mendengar namanya. Dari situlah, nama Kentut digantikan dengan Ihsan Hadi. Sebelum itu, dia juga pernah di ejek oleh kawan-kawan. Selepas namanya ditukar terus rasa keyakinan diri.

Melihat banyak perubahan sikap pada diri anak mereka, perubahan nama itu disambut gembira. Orang tua Kentut pergi ke Jabatan pendaftaran untuk membuat permohonan nama baru anaknya. Namun, niat itu tiba-tiba dibatalkan. Dengan alasan proses pergantian nama sangat sukar.

“Bapa saya hanyalah petani tua di Karang Anyar Solo, tidak pandai untuk menguruskan hal permohonan penukaran nama itu.,” katanya.

3. Urus Sendiri Permohonan Tukar Nama

Apabila dewasa, Kentut bertemu jodoh dan berkahwin. Dia bekerja sebagai penjual mi ayam dan dikurniakan 3 orang anak. Dalam masa sama, dia kerap diejek kerana namanya.
Sehinggakan Kentut memutuskan untuk menukarkan namanya menjadi Ihsan Hadi. Di sanalah, Kentut mulai berkenalan dengan Eko, seorang driver teksi Lapas Tangerang yang memberinya pertolongan.

Kentut mulai mempersiapkan segala dokumen yang diperlukan. Seperti surat keterangan RT/RW, ijazah terakhir, KTP, sijil kelahiran dan sijil nikah. Setelah lengkap, Kentut mendaftarkan diri memohon perbicaraan nama tersebut

4. Dapat Restu Orang Tua

Pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi Kentut dalam proses penukaran namanya. Meski demikian, hatinya merasa lega, kerana orang tuanya merestui pertukaran nama tersebut.
Kentut mengaku, nama baru yang digunakan itu adalah jalan baru hidupnya, terutama bagi ketiga anaknya. Setelah 30 tahun menggunakan nama Kentut, akhirnya Mahkamah Negeri Tangerang, meluluskan pertukaran nama warga Jalan Nyiur IV, Kelurahan Kunciran, Kecamatan Pinang, Kota Tangerang, itu menjadi Ihsan Hadi.

“Permohonan pertukaran nama Saudara yang sebelumnya Kentut menjadi Ihsan Hadi diluluskan,” ujar Hakim Elly Istianawati

Selepas perbicaraan, Ihsan lterus sujud syukur dan terpancar kegembiraan di wajahnya. Dengan nama yang disandangnya kini, Ihsan mengaku lebih percaya diri. Dia tak sabar untuk menghebohkan namanya kepada orang lain yang akan bertanya.

Mingguan Wanita : Mungkin masa kecil tak adalah terasa sangat tapi bila dah besar dan ada anak, kena fikir balik. Kasihan kat diri kita dan anak-anak.

Sumber: Edisimedia

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

 

Published by
Nora