Lekat Guna Wallpaper RM3.49, Terus Cantik Rupa Rak TV Ini

Share

Tak sangka, cuma guna wallpaper wanita ini mampu hasilkan kelainan pada rak TV dalam rumahnya. Nak beli baru macam membazir, tambah pula perabot yang ada pun elok lagi. Langsung tak rosak.

Haa… nak sedapkan mata memandang, mak-mak boleh guna idea yang dikongsikan Puan Hanidah Hani, terus nampak cantik rak TV yang lama.

Idea Hias Rak TV, JIMAT!

Jangan tertipu dengan warna putih tu. Saya lekat guna wallpaper je. Nak beli rak ikea warna putih, bajet tak cukup lagi, nak buang yang sedia ada sayang pula sebab elok lagi. Jadi kita belikan baju baru untuk dia, kos murah-murah je.

Beli wallpaper warna putih (pvc) kat Mr Diy, 1 roll RM3.49, satu rak tv ini saya guna 4 – 5 roll. Total kos RM17.45.

Murah, bukan?

Selamat mencuba!

Published by
Nadia