Legenda dikir barat Kelantan berjodoh dengan gadis umur 21 tahun, dari peminat tegar bergelar isteri. Jodoh tidak mengenal usia, sudah tertulis di luh mahfuz. Walau berbeza usia, namun jodoh sudah tertulis buat pasangan ini. Berbeza usia 43 tahun legenda dikir barat Kelantan, Halim Yazid bertemu jodoh dengan isteri, Farhana yang berusia 21 tahun yang juga salah seorang peminat tegarnya.
Hasil perkahwinan dengan wanita yang berasal dari Bachok, Kelantan itu, Halim dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia enam bulan.
“Perkenalan dengan isteri kedua ini sangat unik kerana sebelum ini dia pernah mengasuh anak sepupu, kemudian kami berkenalan di media sosial.
“Lebih menarik kerana dia juga berasal dari Kelantan dan merupakan peminat saya. Walaupun masih muda, namun dia tahu lagu-lagu dikir yang dinyanyikan oleh saya.
“Apa yang boleh saya katakan, isteri pertama tahu mengenai hubungan kami, mereka berdua tidak bergaduh,” katanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Lelaki Berusia Calon Suami Paling ‘Perfect’ Idaman Wanita Muda, Lebih Matang & Romantik
“Jangan Anggap Kahwin Muda Jodoh Tak Panjang..” ‘Terciduk’ Umur Bapa 16 Tahun Dalam Surat Beranak
Lelaki Muda Bila Kahwin Dengan Wanita Berusia, Hidup Lebih Bahagia
Bertemu Jodoh Dengan Lelaki 22 Tahun Lebih Muda, Mak Mentua Tak Restu…
Memetik laporan Harian Metro, Halim mempunyai lapan lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama.
Halim ditemui di majlis pengumuman Konsert Zikir Dikir yang bakal berlangsung pada 3 Mei depan di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
Selain bidang nyanyian, Halim turut menjalankan perniagaan nasi lemak dan nasi berlauk sejak tujuh bulan lalu di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang sekadar untuk mengisi masa lapang.
Pesara dari Universiti Malaya itu terkenal menerusi lagu Anak Tupai, berkata kebanyakkan undangan persembahan diterima membabitkan acara tertutup sehingga dia disangka sudah tidak lagi aktif.
“Daripada otak jadi tepu tak buat apa-apa di rumah, lebih baik saya lakukan sesuatu. Dapat juga tambah pendapatan.
“Lagipun saya buka gerai sebab nak jumpa peminat, ada di antara mereka yang datang semata-mata untuk bergambar dengan saya.
“Jadi jika ada undangan persembahan, saya terpaksa tutup gerai. Walaupun isteri boleh jagakan, tapi saya takkan buka kerana tak mahu peminat hampa apabila saya tiada di situ,” katanya.