MINAZ, jenama fesyen Muslimah terkemuka tanah air, melakar sejarah gemilang sepanjang 15 tahun perjalanannya dalam dunia fesyen. Di sebalik kejayaan ini, tersimpan cerita penuh suka duka, cabaran, dan pencapaian yang membanggakan.
Koleksi ikoniknya, Blooming Raya, bukan sekadar busana tetapi simbol keanggunan dan kemewahan yang terus mewarnai industri fesyen tempatan dengan keunikan tersendiri.
Bermula tahun 2010, jenama berkenaan kekal mendapat tempat di hati pelanggan yang dikenali sebagai MINAZ Lovers. Tahun demi tahun, MINAZ teguh dalam misi menawarkan rekaan yang bukan sahaja unik tetapi penuh dengan nilai estetika kesenian yang mendalam.
Fesyen
Ketika dunia fesyen semakin berkembang maju, ia tetap utuh dengan pilihan rekaan persalinan mewah yang diberi sentuhan perhiasan seperti renda, manik dan ribuan rhinestones, menjadikannya sinonim dengan gaya minimalis namun tetap elegan.
Setelah 15 tahun mengukir sejarah dalam koleksi baju raya fesyen tempatan, MINAZ Blooming Raya kini berada di penghujung perjalanan. MINAZ mengumumkan kembalinya dua figura ikonik, Rozita Che Wan dan Aaisyah Dhia Rana sebagai wajah kempen MINAZ Blooming Raya di mana dua beranak ini pernah menjadi wajah kempen MINAZ Blooming Raya pada tahun 2017.
Kempen tersebut mencipta fenomena luar biasa dan meninggalkan impak mendalam terutama di hati peminat figura seni dan jenama berkenaan.
Menurut pengasas MINAZ, Hafiza Abd Hamid yang lebih mesra disapa Pija, kejayaan yang dikecap hasil kolaboratif bersama selebriti itu membuatkan pihaknya tidak ragu-ragu untuk membawa ibu dan anak itu sekali lagi sebagai muse bagi koleksi terakhir.
“Pemilihan Che Ta dan Aaisyah bukan sekadar simbolik, tetapi sebuah perjalanan yang penuh emosi dan kenangan indah. Koleksi terakhir ini juga bukan sekadar penghujung perjalanan, tetapi ia adalah penghormatan kepada setiap wanita yang menjadikan koleksi MINAZ Blooming Raya sebahagian daripada hidup mereka.
View this post on Instagram
“Kami ingin menutup kisah ini dengan penuh makna, dan siapa lagi yang lebih sesuai untuk mencipta momen istimewa ini selain Rozita Che Wan dan Aaisyah, yang telah bersama kami di salah satu kejayaan terbesar MINAZ Blooming Raya.
Koleksi berkenaan mempersembahkan konsep gaya ibu dan anak yang sangat menyentuh hati. Pilihan yang tepat untuk menggambarkan keindahan konsep fesyen sedondon raya yang dibawakan oleh MINAZ, melainkan dengan keanggunan dan kelembutan yang dimiliki oleh Che Ta dan Aisyah Dhia Rana.
Galeri Koleksi MINAZ
Dalam pada itu, butik berkenaan turut memperkenalkan MINAZ GALLERY 2025, sebuah pameran eksklusif yang memaparkan perjalanan indah di sebalik pembikinan koleksi ikonik jenama berkenaan , “Blooming Raya.”
“Blooming Raya, The Final Chapter” bukan sekadar satu sesi memperagakan koleksi raya, tetapi satu penghormatan kepada perjalanan MINAZ yang setia menemani pelanggan sepanjang tahun-tahun lalu.
“Anda akan berpeluang melihat secara dekat bagaimana inspirasi dan dedikasi kami diterjemahkan menjadi rekaan-rekaan anggun yang menawan. Setiap sudut galeri ini menceritakan kisah yang berbeza – dari lakaran awal, pemilihan kain, hingga proses jahitan yang teliti,” ungkap Pija lagi.
Kenangan Manis
MINAZ Blooming Raya yang kini berada di penghujung perjalanan sememangnya bukan keputusan yang mudah untuk Pija, tetapi ianya merupakan sebuah keputusan yang penuh makna dan kenangan.
“MINAZ tidak hanya sekadar jenama, tetapi telah menjadi sebahagian daripada hidup ramai pelanggan yang mengikuti perkembangan dan karya kami sepanjang lebih satu dekad.
“Insya-Allah, we will do better. Walaupun edisi Blooming Raya ini bakal melabuhkan tirai, kenangan indah sepanjang perjalanan ini akan terus dikenang.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI