Barangkali selama ini ramai mak-mak ingin mengambil lesen memandu tetapi gementar memikirkan perlu menghadiri ujian dan dipantau oleh seorang pegawai JPJ.
Kadang-kadang apabila pegawai JPJ berada di depan mata, perasaan gugup buatkan calon yang selama ini cekap mengendalikan atau memandu kereta jadi kalut, sudahnya ujiannya gagal. Insyallah dengan pengenalan sistem latihan dan ujian memandu automatik (e-Testing) ianya bakal memudahkan semua orang.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem latihan dan ujian memandu automatik (e-Testing) di institut memandu seluruh negara, Jun depan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, melalui sistem tersebut, pengukuran prestasi calon ujian memandu akan dijalankan secara elektronik (automasi) dan keputusan ujian memandu akan dijana secara berkomputer.
“Apabila dilaksanakan sistem ini, tiada lagi pegawai JPJ di dalam kenderaan bersama calon,” katanya.
Ads
Menurutnya, pegawai JPJ akan berada di bilik kawalan untuk memantau dan memberi arahan kepada calon.
Lebih Memudahkan Calon
“Ia bukan sahaja memudahkan calon tetapi yang penting tiada lagi urusan antara calon dan pegawai JPJ di dalam kenderaan itu sekaligus meningkatkan integriti jabatan,” katanya.
Ads
Beliau berkata, bagi pelaksanaan sistem itu, tiga institut memandu di Johor dipilih sebagai projek rintis.
“Kita akan perluaskan seluruh negara pada Jun ini,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan JPJ di sini hari ini.
Ads
Sementara itu menyentuh mengenai isu cermin gelap kenderaan, Shaharuddin berkata, JPJ memutuskan untuk mengeluarkan saman terhadap pemandu saja berbanding sebelum ini pemilik turut dikenakan tindakan sama.
“Penguatkuasaan akan berterusan cuma pemandu sahaja dikenakan saman. “JPJ akan mengeluarkan Notis 61(1) Akta JPJ untuk mengarahkan pemilik kenderaan berkenaan membuat pemeriksaan dalam tempoh 10 hari,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
MW: Semoga selepas ini semua calon yang ingin mengambil lesen memandu akan lebih bertenang. Mungkin ujian berlangsung dengan lebih mudah dan cepat. Syabas satu langkah daripada JPJ yang memudahkan semua orang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan calang-calang untuk melakar nama dalam The Malaysia Book Of Records. Tapi atas usaha Cadbury Dairy Milk dengan kerjasama MYDIN berjaya melaksanakan program Kuih Raya Dari Hati di empat lokasi terpilih seluruh negara.
Menerusi program ini, Cadbury Dairy Milk telah berkongsi kemanisan Ramadan bersama rakyat Malaysia untuk turut sama mencipta kenangan dengan membuat kuih Tart Cadbury dan berkongsi kebaikan untuk disumbangkan kepada badan kebajikan melalui MYDIN Prihatin.
Melakar Nama Dalam Malaysia Book Of Records, Kejayaan Cadbury Dairy Milk Dan Mydin
Matlamat utama kempen Kuih Raya Dari Hati adalah untuk berkongsi kebaikan Ramadan dengan menyumbangkan kuih tart yang dihasilkan bersama kepada komuniti yang memerlukan.
Sebanyak 26,550 kuih Tart Cadbury telah berjaya dihasilkan dan mendapat sokongan daripada beberapa chef selebriti tanahair seperti Dato’ Fazley Yaakob, Sue Razip dan Mohd Shafiq bin Zulkarnain, (juga dikenali sebagai shafiquecute).
Hasilnya, sebanyak 26,550 kuih tart Cadbury berjaya disalurkan kepada 21 badan dan rumah kebajikan yang memberikan manfaat kepada lebih 900 penghuni. Kempen ini turut memberi peluang kepada rakyat untuk turut serta dalam kebajikan sambil meluangkan masa bersama insan tersayang
Majlis keraian kejayaan penghasilan kuih tart Cadbury yang banyak dalam jangka masa yang singkat telah diadakan di pejabat Mondelēz International. Sijil pencapaian telah disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records, Siti Nurhanim Mohd Noh dan Siti Hajar Johor kepada Narmeen Khan. Turut hadir wakil MYDIN iaitu, Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin dan Pengarah Eksekutif MYDIN, Datin Wira (Dr) Hajah Siti Hawa Mohd bersama chef selebriti Sue Razip dan Mohd Shafiq Zulkarnain.
Tidak ketinggalan, pengacara majlis iaitu Nazrudin Rahman dan Chris MJ yang memeriahkan lagi suasana majlis tersebut.
Acara Di 4 Lokasi Mydin Terpilih
Terdahulu, acara Kuih Raya Dari Hati ini telah dijalankan di seluruh Malaysia di cawangan-cawangan terpilih seperti berikut:
MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang (12 Mac)
MYDIN Subang Jaya, Selangor (13 Mac)
MYDIN Tunjong, Kelantan (16 Mac)
MYDIN Mutiara Rini, Johor (17 Mac)
.
.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pandemik COVID-19 sudah mengorbankan 45,719 penduduk dunia sejak ia mula tersebar Disember lalu di China, menurut statistik dikeluarkan AFP daripada sumber rasmi hari ini. Lebih daripada 905,580 kes jangkitan disahkan di 187 negara dan wilayah sejak bermulanya penularan wabak berkenaan.
Namun cukup membimbangkan apabila jumlah kes COVID-19 di Malaysia dijangka mencapai puncak pertengahan April dan akan semakin ramai pesakit kritikal. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua dijangka berakhir pada 14 April nanti, adakah bermaksud PKP akan diteruskan atau sebaliknya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, berdasarkan data yang ada, Pejabat WHO Negara menganggarkan Malaysia menunjukkan jumlah tertinggi pesakit di hospital pada pertengahan April.
Pesakit Kritikal Bertambah Minggu Depan
Ketua misi merangkap wakil WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura, Ying-Ru Lo, berkata jumlah pesakit kritikal di negara ini dijangka meningkat minggu depan.
“Malaysia mempunyai jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara dengan 2,908 kes yang disahkan dan sudah mengeluarkan larangan perjalanan bagi membendung penularan coronavirus ini.
“Berdasarkan data yang ada, Pejabat WHO Negara mengunjurkan kes yang dimasukkan ke hospital di Malaysia akan memuncak pada pertengahan bulan ini,” katanya dalam jawapan e-mel kepada Reuters.
Ramalan Mungkin Berubah
Katanya, jumlah pesakit yang kritikal pula dijangka memuncak menjelang minggu depan, namun ramalan WHO itu mungkin berubah.
“Wujud tanda-tanda lengkungan kadar kes akan mendatar tetapi ia mungkin melonjak kembali jika langkah pencegahan sedia ada dilonggarkan atau orang ramai tidak lagi mematuhi arahan perlindungan,” katanya.
Tambah beliau, data mengenai jangkitan baharu setakat ini dan langkah pemantauan tambahan tidak menunjukkan penyebaran meluas wabak dalam kalangan penduduk negara ini.
Terkini setakat jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 208 kes baharu direkodkan menjadikan kes kumulatif sebanyak 3,116 kes. Terdapat 102 pesakit coronavirus ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh Malaysia dan 50 kematian dilaporkan.
MW: Semoga ramalan daripada WHO ini berubah. Sama-sama kita doakan semoga berlaku penurunan kes, Malaysia kembali pulih seperti sediakala dan bebas daripada pandemik COVID-19 ini. Paling penting, kita ikut arahan pihak berkuasa #dudukrumah agar rantaian covid-19 ini dapat dihentikan.
Tinggal pasport dalam hotel, pelancong wanita dakwa pihak berkuasa minta duit kopi. Hari ini segala kejadian dibuktikan dengan rakaman video. Sama ada ia dirakam secara curi-curi atau dirakam secara terang-terangan.
Di media sosial tik tok @cs_quan, tersebar satu rakaman video yang kini viral di negara China apabila seorang rakyatnya mendakwa pihak berkuasa tempatan meminta duit kopi gara-gara tidak membawa pasport bersama ketika ditahan.
Tinggal Pasport Dalam Hotel
Dalam rakaman tersebut, dalam dakwaannya, wanita ini memaklumkan dirinya telah diperas ugut oleh polis yang membawa senapang di Malaysia.
Kejadian ini berlaku selepas dirinya selesai makan malam di sebuah restoran bertaraf Michelin dan perjalanan pulang dengan menaiki grab lebih kurang 11 malam.
“Grab bawa separuh jalan dan tiba-tiba berhenti”
Dirinya mengajukan pertanyaan kepada driver kenapa berhenti. Pemandu menjelaskan dan berkata kereta mereka diekori sebuah kereta polis.
Pihak berkuasa menyuruh berhenti di sisi jalan dan pihak polis kemudiannya mengetuk tingkap dan bertanya dirinya dari mana.
Selepas dirinya menjawab dirinya dari China, polis meminta pasport untuk dilihat. Namun ketika itu dia tidak membawanya bersama dan meninggalkan di bilik hotel kerana bimbang hilang di tengah jalan. Bahkan menawarkan untuk menunjukkan ID Chinanya, permit dan gambar pasportnya.
Dakwa wanita ini lagi, pihak polis tidak mahu melihat semua itu sebaliknya mahukan pasport bersama visa kemasukan ke Malaysia. Jika dirinya gagal menunjukkan itu, dirinya boleh dibawa ke balai.
Pelancong Wanita Dakwa Pihak Berkuasa Minta Duit Kopi
Masa yang sama, dalam videonya, selepas pihak polis meminta visa Malaysia (Entry Cop), dirinya cuba mencari nombor telefon Embassy China namun gagal dan tiada orang di kedutaan yang mengangkat panggilannya.
Ketika inilah, dirinya mendakwa di mana polis inginkan rasuah atau duit kopi.
“Pemandu e-hailing telah ingatkan saya bahawa polis mahukan wang tunai tapi masa yang sama, dirinya tidak membawa wang tunai ketika itu. Pemandu kata dia boleh pinjamkan RM100 tapi polis tak mahu.
“RM200 pun tak mahu sebaliknya minta tambah RM100,”dakwanya lagi dalam rakaman videonya yang kini tular di negara China.
Jelas wanita ini lagi, ketika itu kawannya (berasal dari negara Malaysia) meminta dia berdiam seketika dan kemudian menjelaskan kepada pihak berkuasa bahawa mereka tiada lagi wang tunai kecuali RM200 tersebut.
Lebih teruk andaiannya, kawannya memaklumkan, biasanya polis akan bawa mereka yang ditahan ke ATM untuk mengeluarkan wang tunai. Dan kalau gagal memberi duit seperti diingini, mereka akan dibawa ke balai untuk ditahan selama semalam.
Ternyata wanita pelancong China ini terus membuat andaian di mana katanya, dengan kulitnya yang putih, miliki wajah yang menarik dirinya akan mengalami gangguan seksual berbentuk lisan dan sentuhan badan jika tidak menjelaskan wang kopi tersebut.
Jelasnya lagi, selepas kejadian in, dirinya belajar sesuatu. Iaitu jika berada di luar negara mesti sentiasa membawa pasport bersama setiap masa.
Pun begitu, dirinya mengakui sudah travel ke 20 buah negara termasuk mendapat pendidikan di England, sehinggalah berada di Malaysia, baru dia tahu hal ini (berkaitan pasport perlu dibawa ke mana-mana).
Jelas dirinya tidak membawa pasport kerana tidak mahu ianya tercicir.
Di akhir videonya, dirinya menyoal, jika terjadi bahaya di luar negara, pada siapa dirinya patut meminta pertolongan?
“Pihak berkuasa tak boleh dipercayai, pihak Embassy tak angkat telefon.
Terakhir soalan darinya, kalau dirinya keseorangan, polis akan bawa dirinya ke mana? Adakah saya selamat dan mereka betul pihak berkuasa?, soalnya dan memaklumkan moga mereka yang pergi melancong selamat perjalanannya.
Ternyata tanggapan-tanggapan begini boleh memburukkan imej pihak berkuasa kerana ada banyak “anggapan” dan pendapatnya sahaja. Moga pihak berkuasa dapat bertindak menangani isu sebegini.
Bukan senang melupakan bila suami cuba dirampas perempuan lain. Pedih hati. Inilah dilalui oleh Bella Astilah. Katanya, memaafkan dan melupakan itu adalah dua perkara yang berbeza. Bukan senang kita nak melupakan perkara-perkara yang pernah melukai hati dan perasaan kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...