Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Leez Rosli dan vokalis Drama Band, Aepul Roza yang menimang cahaya mata kedua pada 21 April lalu.
Pelakon dan penyanyi Leez telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Bangi, awal pagi Rabu.
Aepul dan Leez berkahwin pada 27 Disember 2014 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Nur Saffiya Alisha yang kini berusia lima tahun.
Seperti mana perkongsian di laman Instagramnya, Leez bersyukur kerana telah dikurniakan dua cahaya mata.
“Alhamdulillah, amanah kedua dari Allah SWT utk Umi dan Daddy.
“Sesungguh nya journey sepanjang mengandung kan adik adalah yang paling mencabar. Tapi kita berjaya harunginya, sayang!
“Nanti balik, adik jumpa Kakak Alisha okay. Dia dah lama tak sabar nk jumpa adik.
“To My Man, @aepul.roza terima kasih sentiasa ada di sisi hingga saat ini,” tulis Leez.
Manakala Aepul juga berkongsi kisah gembira tersebut bersama pengikut di Instagram.
“Alhamdulillah isteri saya, Leez Rosli dah selamat melahirkan anak kedua kami, seorang bayi lelaki, jam 8.30 pagi tadi,” ujarya.
Bukan itu saja malah Aepul juga turut memberikan bayangan anak lelakinya itu bakal mengikuti jejak langkahnya dalam muzik.
“Welcome to the world, baby boy… I’ve got a new rocking partner,” kongsinya.
Baca Disini Juga:
Berkat Kesabaran 7 Tahun Berakhir, Idayu Bersyukur Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama
Nad Zainal Timang Cahaya Mata Kedua, “Alhamdulillah Proses Berjalan Lancar & Dipermudahkan”
Berkat 7 Ramadan, Usia 42 Tahun Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Anak Kedua!
Sumber/Sumber Foto: Instagram Leez Rosli
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Klik ini untuk mendaftar: https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com