Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, jika selalu guna pasu tak kiralah jenis tembikar atau plastik, sebenarnya boleh gunakan PVC juga. Lebih jimat, tahan lasak bertahun-tahun, kemas malah cantik dijadikan hiasan di laman yang tidak mempunyai ruang yang luas.

Jadi jika ada PVC terbiar di rumah tu boleh buat ikut idea yang dikongsikan ini.Tak perlu lagi kerap nak beli pasu di kedai yang mudah pecah, reput dan agak mahal harganya.

Puan Siti Samsiah ini ada kongsikan caranya sebagai panduan;

“Meh tengok nenek buat apa pagi ni.Tanam pokok guna PVC. Laman nenek memang sana sini PVC untuk tanam pokok. Kalau yang suka boleh cuba. Yang tak suka leceh kerja beli pasu je.”

“Boleh pilih saiz PVC dekat Hard ware. Lagi besar lagi cantik.”

Panduan ringkas ada di setiap gambar.

1.Permulaan gali sikit lubang.

Leceh Kerja Beli Pasu Je, Cara Jimat Tanam Pokok Guna PVC2.Pacak pvc ikut suka ukuran.Dah pacak ketuk keliling pvc biar kukuh.

IKLAN

Leceh Kerja Beli Pasu Je, Cara Jimat Tanam Pokok Guna PVC3.Lapisan bawah isi pecahan pasu atau batu bata. Untuk jimat tanah.

Leceh Kerja Beli Pasu Je, Cara Jimat Tanam Pokok Guna PVC4.Ketuk bagi tanah turun.

Leceh Kerja Beli Pasu Je, Cara Jimat Tanam Pokok Guna PVC5.Akhir sekali tanam pokok yang kita suka. Dan siram.

IKLAN

Leceh Kerja Beli Pasu Je, Cara Jimat Tanam Pokok Guna PVC

Suka tak. Cantik tak.

Leceh Kerja Beli Pasu Je, Cara Jimat Tanam Pokok Guna PVC

IKLAN

Selamat mencuba.

Baca Lagi Di Sini:
Nak Jimat Celup Tuala TERPAKAI Dalam Simen, Sembur CAT Jadilah Pasu
Nak Tanaman Subur, Serangga Menjauh Diri, Tabur Kulit Bawang Jadi Baja!

MW: Menarik dan kreatif sungguh idea ni. Jadi tak perlu beli pasu lagi. Boleh juga guna PVC yang lebih tahan lasak dan menjimatkan. Malah nampak sangat cantik dan kemas.

Sumber: Siti Samsiah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI