Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, jika selalu guna pasu tak kiralah jenis tembikar atau plastik, sebenarnya boleh gunakan PVC juga. Lebih jimat, tahan lasak bertahun-tahun, kemas malah cantik dijadikan hiasan di laman yang tidak mempunyai ruang yang luas.
Jadi jika ada PVC terbiar di rumah tu boleh buat ikut idea yang dikongsikan ini.Tak perlu lagi kerap nak beli pasu di kedai yang mudah pecah, reput dan agak mahal harganya.
“Meh tengok nenek buat apa pagi ni.Tanam pokok guna PVC. Laman nenek memang sana sini PVC untuk tanam pokok. Kalau yang suka boleh cuba. Yang tak suka leceh kerja beli pasu je.”
“Boleh pilih saiz PVC dekat Hard ware. Lagi besar lagi cantik.”
MW: Menarik dan kreatif sungguh idea ni. Jadi tak perlu beli pasu lagi. Boleh juga guna PVC yang lebih tahan lasak dan menjimatkan. Malah nampak sangat cantik dan kemas.
Bilik air atau tandas memang memainkan peranan di rumah. Kena pastikan bersih dan cantik mata memandang. Biasanya kalau bilik air lama, selalu memang macam-macam masalah seperti bocor celahan mozek, jubin lantai kekuningan sebab karat, mozek licin dan sebagainya.
Sebelum nak panggil kontraktor ubahsuai tandas tu, ada baiknya cuba DIY guna Epoxy Paint ni. Hasilnya nampak bilik air nampak cantik, mudah nak buat dan lebih jimat.
“Tahun lepas upah tukang pasang epoxy layer di tandas kena charge RM9++ (4 layers, ada corak, professional work). Tahun ini musim PKP, ternampak iklan Epoxy Paint DIY di Shoppee dengan harga lebih marhaen. Terus beli dan cuba.”
Antara tujuan Epoxy:
1. Tutup lubang celah-celah mozek. (port laluan lipan/cacing kecil)
2. Kurangkan licin mozek lama.
3. Cantik kan.
4. Untuk tandas tingkat 2, kalau kena caranya boleh selesaikan masalah lantai bocor, rosakkan wall tingkat bawah.
Antara penjual di Shoppee. Penjual ini bagus rating dan lengkap perkhidmatannya. Boleh pilih warna pilihan. Jangan salah warna pula, haru nanti.
Bungkusan yang dipos.
Barang-barang yang ada di dalam kotak. Lengkap kelengkapan untuk DIY. Terbaik.Set tu dah include 2 bancuhan, Rm139. Acu usha shoppe, banyak jenis dan harga lain-lain. 1 set ini ngam-ngam untuk keluasan tandas ni.
Kertas arahan. Fahami dan ikut urutan.
Bersihkan tandas dan keringkan dahulu sebelum proses mengecat bermula.
Pakai tape biru yang dibekalkan. Untuk bahagian yang tak nak di cat. Nampak celah mozek yang ketara lubangnya.
Hasil bancuhan pertama. Perkakas yang terlibat dengan bancuhan ini memang pakai buang.
Proses layer bancuhan pertama. Memang likat! Meletihkan dan memang kena sabar. Rancang langkah-langkah tapak kaki anda hahaha. Untuk tandas yang kecil, disarankan buat 2 layer terus. There is no coming back 🤣 layer cepat keras.
Buat 2 layer sebab ada lubang celahan mozek yang agak kritikal dan dalam. Dengan layer pertama tak cukup. Masih berlubang. Kena extra sedikit di bahagian tersebut.
Saya korbankan sudu untuk proses target lebihkan cat di celah mozek yang kritikal.
Siap layer pertama. Sabar dan tunggu semalaman.
Hasil esok nya. Memang keras dan lubang tertutup.
Bancuhan kedua.
Proses cat layer kedua. Kurang likat berbanding semalam. Juga boleh buat 2,3 layer terus. Banyak lebih berbanding semalam. (Bergantung kepada keluasan tandas).Layer pertama nampak lebih kepada nak tutup kecacatan dan lubang-lubang. Lebih keras apabila kering. Layer kedua lebih kepada kosmetik, nak kasi warna.
Siap! Tanggalkan tape biru.
Awal-awal cat yang digunakan memang kuat baunya.
Waktu kecemasan seperti lampu mati dan tiada elektrik tengah malam memang membimbangkan. Apatah lagi jika tiada stok lilin di rumah dan kedai pula dah tutup. Alamatnya bergelap gelita lah sepanjang malam.Sebenarnya ada cara mudah untuk kita belajar buat lilin sendiri. Guna minyak goreng dan putik kapas (cotton bud) sebagai bahan utama.
Nak tahu lebih lanjut, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Anisah Connie ini.
Tips jika bila lampu mati atau tiada elektrik. Buat lilin sendiri, tahan lama berhari-hari.
Bahan-Bahan :
Gelas
Air
Minyak Goreng
Putik Kapas (Cotton Bud)
Cara Membuat :
1. Isi dasar gelas dgn batu-batu atau manik.
2. Kemudian letakkan (tegak) 1 cotton bud dibahagian tengah.
3. Kemudian isi air, kira-kira setengah gelas.
4. Setelah itu isi minyak goreng bahagian atas sampai sedikit mengenai kapas di cotton bud.
5. Nyalakan guna mancis atau lighter, Boleh tahan sampai berhari-hari.
Mingguan Wanita :Menarik juga idea buat lilin sendiri guna minyak goreng dan putik kapas ni. Waktu kecemasan bila tiada elektrik dan lilin dekat rumah boleh cuba buat lilin sendiri ni.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Rumah yang cantik menjadi idaman buat pasangan yang mendirikan rumah tangga. Ada pelbagai cara yang dilakukan oleh pasangan bagi memastikan rumah kediaman cantik dan paling penting mampu gembirakan isteri. Lebih bermakna, jika setiap dekoasi adalah hasil tangan dan kreativiti pasangan.
Begitu juga dengan kediaman sekarang yang kebanyakannya ada DIY sendiri, apatah lagi dengan keadaan sekarang dan kos yang diperlukan boleh tahan mahalnya. Cara terbaik kalau mampu buat sendiri, bajet yang diperlukan pun tidaklah mahal.Itu pun dah jimat.
Kalau sebelum ini, kebanyakan rumah lebih suka memasang wallpaprr pada dinding. Tapi sekarang ramai yang memasang wainscoting untuk dinding nampak cantik dan mewah. Jika minta upah orang luar buatkan memang agak mahal.
Walau bagaimanapun, jika ada kreativiti dan kemahiran, boleh saja buat sendiri. Malah kos yang diperlukan tidaklah mahal.
Perkongsian daripada lelaki ini boleh dijadikan rujukan bagi anda yang ingin memasang wainscoting pada dinding rumah. Menariknya, dia sendiri yang berusaha memasang pada dinding untuk gembirakan isteri. Malahk kos yang digunakan pun tidaklah mahal, Cuma RM70 sahaja.
“Masa PKP 2.0, banyak masa dihabiskan di rumah bersama keluarga. Dalam masa sama, banyak idea yang difikirkan bersama isteri untuk deko rumah dan salah satunya untuk memasang wainscoting. Oleh kerana keadaan sekarang ini, keinginan itu terkubur buat sementara waktu.
“Walau bagaimanapun, setelah beberapa kali melihat cara buat wainscoting di youtube, ia telah memberi idea untuk cuba buat sendiri dengan bajet yang ada.
“Kali ini, bajet tak adalah besar, cuma dalam RM100 sahaja. Tapi, tak pasti cukup atau tidak, cuba dulu. Oklah daripada minta upah orang tidak tahu berapa jumlahnya. Paling penting isteri gembira. ‘Happy wife happy life’..
“Jadi, inilah hasilnya wainscoting bajet bawah RM100 termasuklah segala jenis silikon, gam, kayu dan peralatan lain seperti dalam gambar. (Cat tidak termasuk sebab guna lebihan sebelum ini.)
Mudah-mudahan dapat membantu keluarga lain untuk berjimat cermat.
MW: Cantik!. Bolehlah minta suami buatkan di rumah. Jimat pun jimat.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...