Pakaian seragam pramugari bagi sesetengah syarikat penerbangan lazimnya mempunyai potongan baju ketat mengikut bentuk badan, terdedah pada bahagian tertentu malah memerlukan memakai kasut bertumit tinggi untuk ‘kelihatan anggun’ ketika menjalankan tugas.
Gaya Lebih Selesa & Sopan
Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang murah Ukraine, SkyUp Airlines berani membuat kelainan dengan melakukan perubahan dalam pakaian seragam rasmi pramugarinya kepada gaya yang lebih selesa dan sopan.
Ia dilakukan susulan hasil tinjauan yang dilakukan syarikat itu yang mendapati kebanyakan krunya meluahkan rasa tidak selesa serta bosan dengan gaya kasut tumit tinggi, skirt dan blaus ketat.
Keselesaan Maksimum Ketika Bertugas
Justeru, syarikat penerbangan berkenaan memberi pilihan kepada pramugarinya untuk mengenakan pantsuit berona jingga yang merangkumi blazer longgar, baju T putih, seluar panjang beserta kasut sneaker Nike Air untuk mendapatkan keselesaan maksimum ketika bertugas. Malah gaya penataan rambut juga ditukar daripada sanggul kepada gaya ‘braid.’
Pramugari senior SkyUp Airlines, Alexandrina Denysenko berkata bahawa adakalanya dia tidak memiliki masa terluang untuk duduk ketika penerbangan untuk merehatkan kakinya yang bengkak setelah menghabiskan masa berjam-jam dengan memakai kasut tumit tinggi.
Ads
Menurut Denysenko, tidak dinafikan bahawa memakai kasut tumit tinggi membuatkan penampilan menarik tetapi pramugari terpaksa menahan derita kesakitan pada kaki.
Malah katanya, jika kru kapal perlu melakukan pendaratan di atas permukaan air atau pemindahan kecemasan, ia amat tidak selesa.
Pelancaran Rasmi 22 Oktober
Pembaharuan pakaian seragam baru itu akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Oktober ini. Dalam pada itu, syarikat penerbangan terbabit turut melancarkan pakaian seragam baharu untuk pramugara.
Ads
Benarlah keselesaan adalah kunci utama dalam menggayakan apa jua pakaian. Bila selesa, secara automatik tugas menjadi lebih lancar. Semoga pembaharuan yang dilakukan oleh SkyUp Airlines ini menjadi inspirasi kepada syarikat penerbangan lain.
Baca Lagi Di Sini:
Minta Nombor Telefon Tak Dilayan, Beri Kad Nama Hilangkan! Akhirnya “Pramugari” Disatukan Dengan “Penumpang”
3 Tahun Jadi Pramugari, Hilang Kerja Kini Jual Tong Gas
Ads
Mulianya Hati Pramugari, Sanggup Menyusukan Bayi Menangis Kehabisan Susu Formula Dalam Pesawat!
Mingguan Wanita: Wah memang terbaik, inisitif dan perubahan yang dilakukan oleh syarikat penerbangan tambang murah Ukraine, SkyUp Airlines. Lebih menghormati wanita dengan berpakaian sopan dan pastinya kru yang bertugas juga dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih selesa. Semoga menjadi ikutan syarikat penerbangan lain diseluruh dunia juga.
“Semoga arwah tenang, damai di sana & ditempatkan di kalangan orang beriman” itulah antara luahan Salwa Abdul Rahman yang juga sahabat seni Allahyarham Ibnor Riza.
Berita duka tentang pemergian penyanyi era 80-an, Ibnor Riza disampaikan oleh Salwa menerusi akaun Instagramnya.
“Semoga Arwah Tenang, Damai Di Sana”
Allahyarham Ibnor disahkan meninggal dunia pada pukul 3.30 petang tadi. Ibnor Riza Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia.
“Semoga arwah tenang, damai di sana & ditempatkan di kalangan orang beriman” luah Salwa.
Derita Kanser Limfoma
Pada masa yang sama penulis juga menerima perkhabaran duka tersebut menerusi, Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah.
“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi lagenda industri muzik tanah air Allahyarham Ibnor Riza Ibrahim atau lebih popular dengan nama pentasnya ialah Ibnor Riza telah kembali kerahmatullah pada jam 3.30 petang tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras Kuala Lumpur pada usia 62 tahun.
“Beliau meninggal dunia akibat kanser limfoma yang dihadapi yang sudah merebak ke otak,” tulis Hafiz Nafiah.
Arwah memulakan karier seninya sejak tahun 1984 dan popular dengan lagu malar segar antaranya Mimpi Tak Sudah, Meneka Dalam Kesamaran, Berdiri Seorang Perindu, Suka Terluka Merindu Pula dan banyak lagi.
Selepas dimandikan dan dikafankan jenazah Allahyarham disolatkan di HUKM sebelum dibawa terus ke Masjid Tengku Ali, Tengkek Batu Kikir Negeri Sembilan bagi urusan pengkebumian.
Zizan bersimpati dengan nasib penyanyi wanita yang pernah menjadi rakan duetnya Kaka Azraff. Dek kerana lantang bersuara khabarnya syarikat rakaman naungan Warner Music bakal tamatkan kontrak Kaka?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isma Halil meraung dan sujud Syukur, terlepas hukuman gantung sampai mati. Pastinya hari yang sangat bermakna buat bekas dj Isma Halil, apabila dilepas dan dibebaskan daripada hukuman gantung oleh mahkamah sebentar tadi.
Memetik laporan Harian Metro, bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah meraung menangis dan sujud syukur selepas dilepas dan dibebaskan daripada hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, pada September 2021.
Isma Halil Meraung Dan Sujud Syukur
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap pengasas ‘Bapakku FM’ itu selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaannya.
Muhammad Jamil dalam alasan penghakiman berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah dalam beg itu milik tertuduh manakala bilik dadah itu ditemui boleh diakses ramai orang.
Mengikut pertuduhan, Ismahalil didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, 5.35 petang 27 Ogos 2021.
Berikutan itu, pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Sepanjang prosiding perbicaraan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Ismahalil diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.
Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila telah tiba ajalnya, ianya tidak akan lambat biarpun sesaat. Semoga keluarga mangsa tabah berdepan dengan kehilangan ini.
Seorang siak masjid ditemui meninggal dunia dalam longkang dan setelah disiasat terdapat kabel tiang lampu berdekatan kaki mangsa, dikatakan punca mangsa terjatuh.
Siak Masjid Ditemui Meninggal Dalam Longkang
Seorang siak ditemukan mati di dalam longkang di kawasan Masjid Hadhari Paka, Dungun, Terengganu.
Mangsa, Abdul Hamid Mat Zahari, 45, ditemukan bilal masjid terbabit, Che Ku Mohd Fauzi Che Engku Mohd Razali, pada 12.50 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Menurutnya, bilal terbabit yang tinggal di Kampung Batu 7, dikatakan terkejut sebaik menemui mangsa di dalam longkang terbabit sebaik keluar dari tandas masjid.
“Bilal terbabit yang terkejut dengan kejadian itu beberapa kali mengejutkan mangsa dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri.
“Bilal terbabit kemudiannya menghubungi Klinik Kesihatan Paka dan hasil pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.
Kabel Elektrik Punca Terjatuh
Baharudin berkata, polis yang menerima laporan pada 1.15 tengah hari bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.
“Siasatan mendapati terdapat kabel tiang lampu berhampiran dengan kaki mangsa dan kita percaya mangsa terjatuh disebabkan kabel terbabit.
“Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
MW: Apa yang telah berlaku ini adalah asbab kematian. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkannya di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...