Pakai wira buruk. Mungkin ada daripada kita yang sudah habis bayar bulanan kereta. Rasa lega sangat sebab dah terlepas dari bayar bulanan. Duit yang ada itu bolehlah digunakan untuk keperluan lain atau buat simpanan.
Namun, bila pakai wira buruk, mulalah orang bertanya-tanya bila nak pakai kereta baru, lebih-lebih lagi dengan anak ramai. Bersesak dalam kereta.
Masing-masing ada pendapat tersendiri. Nak beli kereta baru untuk menunjuk-nunjuk sampai ada yang pening nak bayar bulanan kereta.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Pendapatan Pernah Cecah RM200K Sebulan, Industri Kereta Sewa Bukanlah Bisnes ‘Budak Tak Sekolah’
Mak Ayah KENA ADA SIMPANAN Sendiri, Anak-Anak BUKAN PELABURAN HARI TUA Kita
Ada sedikit perkongsian dari pengalaman saya sendiri.
Saya tertarik dengan post Dr berkenaan dengan “Ramai suruh tukar kereta baru”.
Saya juga salah seorang yang menghadapi pertanyaan yang sama setiap kali balik kampung atau berjumpa kawan dan saudara mara.
Dihina dan dipandang rendah itu perkara biasa.
Dari mula saya bekerja tahun 2010 hingga sekarang, saya cuma memandu Proton Wira 1993. Isteri pula ada sebuah Alza 2013 yang juga digunakan sebagai family car kami.
Walaupun kami tertarik untuk membeli kereta yang lebih besar dan mewah, namun keinginan itu kami simpan dahulu.
Maka bersesaklah kami 6 beranak di dalam Alza yg penuh dgn barang barang ketika balik kampung.
Apa yang saya buat ketika org lain sibuk membeli Honda civic, Toyota estima, Alphard, Vellfire?
Saya tahan diri dan buat perkara-perkara di bawah.
1. Saya beli 2 buah rumah, satu untuk disewa dan satu untuk didiami oleh kami sekeluarga. Alhamdulillah hasil sewaan digunakan membayar pinjaman rumah.
2. Saya paksa diri untuk membuat ASB financing dari mula bekerja hingga sekarang berjumlah 800K (suami isteri ASB1 + ASB2). Dividen tidak pernah disentuh hingga sekarang.
3. Saya gagahkan diri buat part time selagi ada masa terluang. Hasil part time semuanya disimpan di dlm ASB/Tabung Haji/SSPN/Unit Trust.
4. Cuba berbelanja dengan berhemah, segala perbelanjaan saya catat dan simpan. Setiap bulan perbelanjaan akan direview semula.
5. Beli beberapa tanah yang ada nilai & potensi masa hadapan.
Setelah 13 tahun saya mengikat perut dan menahan nafsu, jumlah semua cash2 dan simpanan yang terkumpul pada hari ini adalah RM907,770. Ya, hampir RM1 juta.
Dividen yg dihasilkan pula dari jumlah ini sekitar RM60-70k setahun (RM907k cash + ASBf 800K).
Akhirnya pada bulan lepas, saya dan isteri baru mengambil keputusan untuk membeli kereta idaman kami sebuah MPV besar untuk kegunaan keluarga hanya dengan menggunakan dividen dari simpanan (sekitar RM2k sebulan).
Bagi saya, apa yang penting adalah matlamat kewangan seseorang lebih-lebih lagi jika sudah berkeluarga.
Tak guna beli kereta untuk menunjuk-nunjuk kemewahan jika diri sendiri sengsara membayar setiap bulan.
Pekakkan telinga, jawab sahaja kita tidak mampu.
Nota : Saya mula bekerja dgn gaji RM2500, skrg RM8500. Manakala isteri guru sekolah kerajaan. Tidak kira berapa gaji saya, lebih separuh akan disimpan secara tetap (force saving).
Yang benar,
Owner wira buruk.
Mingguan Wanita : Selagi boleh gerak, kita gunalah, daripada tambah hutang. Tapi kalau dah teruk sangat memang kena beli. Jenuh pula nak bayar baiki kereta rosak.
Sumber: Dr Azizul Azli Ahmad
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita