Dirinya lebih rela berpuasa daripada meminta-minta makanan daripada jiran, nenek dari Jakarta, Indonesia ini tinggal sebatang kara sejak kehilangan suami.
Biarpun dia hidup serba kekurangan tetapi dia masih gemar teruskan hidup tanpa menyusahkan orang lain dan rela berlapar.
Seorang wanita warga emas yang hidup susah menyatakan bahawa dia bertahan hidup dengan berlapar dan minum air teh berusia empat hari, lapor laman Merdeka.com kelmarin.
Wanita bernama Sunimah itu hidup sebatang kara dan telah kehilangan suami sejak 20 tahun lalu. Dia juga tidak mempunyai anak atau cucu.
Sunimah kini hanya bertahan hidup dengan menumpang tinggal di rumah orang lain yang keadaannya sudah hampir roboh.
Akaun Instagram @rumahyatim yang berkongsi kisah Sunimah berkata, wanita itu hanya mampu melakukan kerja menjemur kerak nasi kerana tubuhnya sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat yang lain.
“Nenek sudah terbiasa lapar, namun kadangkala ada jiran tetangga yang akan memberikan makanan kepada nenek,” katanya.
Sekiranya tiada jiran yang memberikannya makanan, Sunimah akan berpuasa kerana menurutnya, itu lebih baik daripada meminta-minta.
Wanita itu juga akan menyimpan air teh sehingga empat hari dan akan meminumnya sedikit demi sedikit supaya ia bertahan lama.
Baca Juga Di Sini:
Sanggup Ponteng Sekolah Jaga Umi, Kini Tinggal Sebatang Kara Selepas Umi Meninggal
Emak Memang Tak Tolak Jaga Cucu, Sepatutnya Anak-anak Lah Kena Faham
Kanak-Kanak Tidak Mampu Berjalan, Berdiri Jadi Mangsa “SEPAK” Nenek Saudara Hingga Meninggal
Kisah nenek Sunimah membuatkan netizen bersedih dan mahu membantu nenek itu.
“Di mana (lokasi) ini?,” tulis seorang netizen.
“Semoga nenek sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan untuk terus berjuang ya. Tuhan melihat, Tuhan tidak pernah tidur,” tulis seorang lagi netizen. -Agensi
Mingguan Wanita : Walaupun tak berdaya, nenek ini berusaha meneruskan hidup dengan caranya sendiri tanpa mahu menyusahkan orang lain. Kagum betul.
Sumber/ Foto : Kosmo Online
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita