Rasanya ramai mak-mak di luar sana payah nak tahan nafsu makan ketika berpantang malah ada yang bosan kalau dihidangkan menu yang sama setiap hari. Apa lagi kalau nak tunggu sampai 40 atau 44 hari sepanjang berpantang.
Tetapi sebenarnya mak-mak boleh ikut apa yang mak kita makan dan kalau bersalin anak pertama boleh makan, maknanya anak seterusnya pun boleh lah makan.
Begitulah juga perkongsian Puan Khairiah Yusof ini, andai kata kalau mak-mak muda nak cuba semua menu ini silalah ikut kemampuan badan sendiri. Jom godek apa menu berpantang wanita ini…
Menu berpantang saya.
Sekarang dah habis pantang, dah hari ke 60 lebih tapi terasa rindu pulak lauk-lauk berpantang 44 hari ni semua.
Lauk berpantang ni, ikut badan ibu masing-masing jugak, ada yang boleh makan anggur masa berpantang, ada yang tak boleh. Yang pastinya lauk pantang memang mabeles tambah dengan nasi panas-panas kan.
Masa berpantang, saya banyak makan ikan.
Untuk bakal-bakal ibu yang nak berpantang nanti boleh lah share ya.
Air pulak banyak minum air suam dan teh herbanika NR.
Ads
Menu ni semua mak yang masakan.
Terima kasih mak.
1. Ikan siakap stim halia berlada + pudina + oren
2. Sup ikan merah + buah oren manis
3. Ikan selar goreng + sup kucai + bawang putih goreng rangup
4. Ikan tenggiri masak chap chap mak kata ? halia+bawang merah+ bawang putih+kunyit bland semua dan tumis.
5. Ikan talang masak asam + ulam daun mengkudu
Ads
6. Ikan nyok-nyok masak kunyit + sayur sawi bawang putih
7. Ayam percik + daun pudina
8. Ikan nyok-nyok masak asam + sup sayur kucai
9. Spaghetti olio
10. Spahhetti bolognese
Ads
11. Ikan nyot-nyot goreng + pudina + bunga betik rebus pastu tabur lada mcd ja atas nasi.
12. Ikan merah masak berempah + Begedel daging + tabur habatussauda.
13. Menu habis pantang.
Moi sup daging + bawang putih goreng kicap + habatussauda
14. Ni hari ke 42.
Cooked by my bro pulak.
Nasib abang Bujang pandai masak kihkih melayan adik bpantang.
Tu sirap bandung, saya tak minum lah.
Lunch hour dng family nih.
Haa… nampak tak, tak adalah asyik menu yang sama je setiap hari. Jangan terlalu takut nak mencuba sebab semua makanan di atas masih selamat dan ikutlah kemampuan badan sendiri. Selamat berpantang buat mak-mak yang baru bersalin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesungguhnya mati itu PASTI. Bila, di mana dan bagaimana cara kematian kita adalah rahsia Allah SWT. Tragedi kemalangan maut melibatkan suami isteri ini cukup menjentik emosi. Pasangan ini maut selepas Perodua Myvi dinaiki merempuh lori membawa muatan baja di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Seremban, dekat Keratong, di Rompin awal pagi, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Noor Idham Ramli, 31, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala sementara isterinya Surawati Mohd, 33, meninggal dunia beberapa jam selepas mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah, di sini.
Meninggalkan 3 Anak Masih Kecil
Lebih menyayat hati, pasangan ini meninggalkan 3 orang anak-anak yang masih kecil. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kemalangan itu turut mengakibatkan tiga anak pasangan itu yang berusia dua hingga enam tahun cedera.
“Siasatan awal kita mendapati kereta dipandu Muhammad Noor Idham dari arah Kuantan menuju ke Seremban dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori.
“Pemandu lori Md Kamarudin Ibrahim, 43, turut cedera dan keterangannya sudah diambil bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, anak pasangan suami isteri itu dikenali Aryan Rizqy, 6, Areesh Razeen, 4, dan Arfan Rakeen, 2, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Muadzam Shah.
Katanya, mayat dibawa ke hospital sama bagi urusan bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MW: Cuma terfikir andai berada dalam situasi sebegini, kematian berlaku tiba-tiba..bersedia kah kita menghadapinya? Usia muda bukan jaminan hidup lama..Ajal menjemput tak kira masa dan peringkat usia. Paling terkesan pasti anak-anak yang masih kecil, rasa kehilangan dan masih mengharap kasih sayang daripada kedua ibu bapa. Salam takziah buat keluarga mangsa, semoga roh kedua-dua mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Resepi Jelly Papaya ini nampak enak sungguh. Lagi-lagi agar-agar jelly dan buah betik original bersatu menjadi hidangan minum petang yang enak.
Sebab itu, kalau ada betik di rumah, bolehlah mencuba resepi yang dikongsikan Liza Ibrahim ini. Katanya, resipi ini diperoleh sendiri dari peniaga yang menjualnya di Kempas Johor Bahru.
“Cerita jelly papaya.
Pertama kali lihat dan jumpa di satu kedai jual cookies di Kempas Johor Bahru (satu row dengan Rest Satay Wak Radol) tahun 2012.
Saya beli dan ringankan mulut tanya seller cara-cara membuatnya. Selepas tu saya banyak kali buat papaya jelly untuk majlis makan-makan.
Beberapa kali demonstrate pada ahli keluarga dan rakan-rakan cara membuatnya. Stop buat almost 3 tahun lepas. Tapi raya tahun 2022 ni dapat buat 3 kali (ada pula yang pm minta resepi).
Alhamdulilah. Saya sedekahkan recipe dan cara-cara membuatnya yang simple dan senang.
Bayi 4 Bulan KOMA Didera Pengasuh, Kepala Dipukul, Badan Dihempas & Digoncang! Luluhnya hati mak ayah, apabila pengasuh bertindak kejam sanggup melakukan perkara sebegini kepada bayi yang baru berusia 4 bulan.
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan koma dipercayai didera pengasuh sebuah pusat jagaan kanak-kanak berdaftar di Batu Burok di sini, pada Rabu lalu.
Darah Beku Dalam Kepala
Bayi tersebut yang mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan di dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kejadian disedari bapa mangsa berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pegawai perubatan ketika mengambil bayinya di pusat jagaan tersebut.
“Mangsa didapati berada dalam keadaan lemah dan kesakitan lalu dibawa ke hospital.
“Hasil pemeriksaan menunjukkan terdapat darah beku dalam kepala bayi itu dan bapa mangsa membuat laporan polis pada hari sama,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Terengganu di sini pada Selasa.
CCTV Jadi ‘Saksi’
Susulan laporan itu kata Rohaimi, pihaknya telah memanggil pengasuh pusat jagaan terbabit untuk membantu siasatan, namun menafikan berlakunya penderaan selain memberikan keterangan meragukan.
Bagaimanapun katanya, siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek telah memukul bahagian kepala mangsa dengan tangan, menghempas dan menggoncang tubuh mangsa.
Jelas beliau, mangsa baru sahaja didaftarkan di pusat jagaan kanak-kanak itu selama tiga hari sebelum kejadian berlaku.
“Susulan itu, polis telah menyerbu pusat jagaan kanak-kanak itu dan menahan tiga wanita tempatan berusia lingkungan 22 hingga 33 tahun yang bekerja sebagai pengasuh pada Isnin.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak iaitu kesalahan menganiaya atau mencederakan kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Mingguan Wanita: Aduhai kasihan sungguh pada bayi yang tidak berdosa ini. Tergamak sungguh bertindak kejam sehingga bayi koma sebegini. Ini yang membuatkan mak ayah cukup risau nak hantar anak dibawah jagaan pengasuh di pusat jagaan.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.